23

32 6 0
                                    

"Biha!"

Mendengar teriakan dari seseorang itu membuatkan Sabihah berpaling.

"Ahmad? Apa lagi yang kau nak?" soal Sabihah malas.

"Kau tipu aku!"

Kening Sabihah bertaut. "Tipu? Tipu apa ni?" sumpah dia tak mengerti apa yang dibicarakan oleh Ahmad.

"Duit yang kau beri tu, semua palsu! Aku nak duit RM 1000 aku!" marah Ahmad. Dia tak perasan yang duit itu palsu. Sabihah ingat dia bodoh tak tahu itu duit palsu?

"Palsu? Eh, kau tak payah nak tipu aku lah! Duit tu sumpah aku ambil di laci bapak aku!" Sabihah masih menafikan bahwa duit itu adalah duit asli dan bukannya duit palsu.

"Biha?" terus dua orang itu berpaling ke arah satu suara.

"Qamar?" soal Ahmad.

"Wah! Kau skodeng kami lah ye? Dah ada suami pun nak skodeng orang. Kenapa? Kau dengan suami kau tak bahagia ke?" sinis pertanyaan Sabihah.

"Apa yang kau katakan ni, Biha?!"

"Oh, tadi aku baru dengar ada yang mengambil duit dari laci bapak. Agak-agak siapa eh? Dulu suka tuduh aku curi barang, tapi sekarang... dia pulak yang curi haha." ujaran itu membuatkan Sabihah meneguk liur.

Habislah!

"Kau diam lah, perempuan!" terus di tarik sanggul Qamariah.

"Biha! Lepaskan aku!" mengerang sakit Qamariah.

Ahmad yang melihat itu, panik.

Hadui, nak bergaduh pula time ni. Patutnya pergi lah dekat gelanggang. Hish!

"Biha, lepaskan Qamar." direntap tangan Sabihah, namun sukar untuk dilepaskan.

"NUR SABIHAH!" jerkah seseorang.

"KAU LEPASKAN ISTERI AKU SEKARANG!" dengan sekali rentap, maka terurailah pegangan Sabihah di sanggul Qamariah tadi.

"Sayang tidak apa-apa?" soal Luqman lembut.

Qamariah senyum dahulu sebelum menjawab, "Tak, abang. Qamar okay."

Luqman mengeluh perlahan.

"Kau dah kenapa, Biha? Jangan ganggu isteri aku boleh tak?" sayu suara Luqman. Qamariah yang kena bagai dia sekali terkena.

"Eh, dia yang cari pasal dahulu! Dia tuduh Biha curi duit bapak!" suaranya agak geram.

Qamariah membulatkan mata. Apakah!

Luqman mengganguk perlahan. "Sejak bila Qamariah ambil?" soal Luqman datar. Terus Qamariah memandang Luqman tidak percaya manakala Sabihah senyum sinis. Luqman sudah masuk perangkap!

"Hari tu!"

Belum sempat Luqman membalas, ada satu suara membalas dahulu.

"Kau tak payah menipu lah, Biha! Bukan kau ke yang ambil? Eh, kau lupa ada Ahmad dekat sini. Dia saksi apa yang kau cakap tadi, Biha! " turun naik dadanya menandakan dia sedang marah.

"Sayang." Luqman mengelus belakang badannya.

Qamariah berpaling ke arah Luqman. "Biar abang settle kan, okay?" soal Luqman lembut. Qamariah menghela nafas.

"Baik, abang."

"Luqman, kau tak payah percaya perempuan ni! Dia tu kuat penipu." soal Sabihah.

"Eh, Biha! Aku dah panas punggung tengok kau ni. Ha, ada Luqman dekat sini, baguslah!" mimik wajah Sabihah terus bertukar takut.

"Kalau kau nak tahu Luqman, Biha ni lagi banyak kes! Dia ni bukan setakat mencuri duit, dia merompak sekali. Apa nak jadi lah dengan perempuan ni!" terang Ahmad kepada Luqman.

"Mencuri? Merompak?"

"Ye, dia lah mencuri duit bapak mentua kau. Yang merompak tu aku tak tahu dia merompak dekat mana sebab kawan aku ada ambil gambar dia yang sedang susah payah nak buka pintu rumah orang." terang Ahmad lagi.

Qamariah yang mendengar itu mengucap seketika. Apa nak jadilah dengan adik kembar dia ni.

"Dah kantoi, Biha. Sekali lagi aku pesan dekat kau, Biha! Jangan sesekali ganggu isteri aku. Kalau kau ganggu juga, tahulah apa yang aku nak buat. Bukti dan saksi ada je depan aku. So, jaga-jaga lah ye?" selepas ujaran Luqman,  terus dia menarik tangan Qamariah dan terus pulang.

Ahmad terus mencekup pipi Sabihah. "Kau ingat ye, Biha. Kau tak kenal siapa aku lagi! Hutang tetap hutang. Kalau kau tak langsai kan hutang kau ni bulan depan, aku beritahu semua aib dan bukti yang dah kantoi tadi tu. Ingat ye, Bihakuu." sempat dilambai ke Sabihah.

Sabihah menyepak batu yang berada di tanah.

"ARGHH, SIAL!" ujar Sabihah geram tambah tidak puas hati.

"Korang tunggu. Tahu lah apa yang aku nak buat!"

TBC

akhirnya,  setelah lama tak update , update juga kali ini. Maaf sebab lama tak update. Tengah cari ilham dahulu 😓

𝗚𝗔𝗗𝗜𝗦 𝗣𝗨𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡Where stories live. Discover now