19

31 6 0
                                    

"T—tempat apa ni, Ahmad?" terketar-ketar lutut Sabihah sejak dia melangkah ke dalam tempat ini.

"Lah! Kata taknak balik rumah? So aku bawa lah kau ke hotel. Tadi bukan kemain senyum bagai. Dah sampai, memuncung pula." ayat akhir diperlahankan.

"Hisy! Memanglah aku taknak balik rumah. Tapi kenapa bawa aku ke hotel? Tadi kata nak belanja aku makan. Ini dah lain ni!" geram pula hatinya melihat senyum senget yang berada di bibir Ahmad.

"Dah sampai hotel kan? Nak buat macam mana.."

Sabihah guling mata meluat. Tadi ajak pergi makan bagai. Kemain aku senyum sampai ke telinga tadi.

"Mana kunci?" tanya Sabihah.

Ahmad kerut dahi. "Kunci apa? Kau tidur luar lah. Aku datang sini sebab aku nak rasa tidur sini je." ujar Ahmad selamba. Kunci ditangan dipusing-pusingkan.

Makin menyirap pula darah Sabihah.

"Kau jangan nak main-main, Ahmad. Penumbuk melayang ke muka kau nanti." garang suara Sabihah.

"Relax lah, Sabihah. Aku gurau je. Kau tak payah lah emo sangat. Patutlah Luqman tak suka kau. Kasar! "

"Eiii kau ni kan. Makin lama, makin aku nak bagi pelempang je dekat kau ni. Dahlah kau." Sabihah terus merebut kunci hotel yang berada di tangan Ahmad. Siapa suruh menunjuk sangat.

"Hey! Bagi balik kunci akulah, Biha!" jerit Ahmad. Namun, apa Sabihah peduli. Dia terus berjalan ke lift dan terus bergerak ke bilik hotel tersebut. Ahmad? Pandai-pandailah dia tidur luar.

Dipandang tubuh Sabihah yang sudah memasuki lift itu. Sempat Sabihah melambai tangan kearahnya tanda mengejek. Memang nak kena perempuan ni!

"Nasib kau perempuan, Biha. Kalau kau jantan, jangan harap la kau nak nampak dunia lagi." gumam Ahmad kesal. Menyesal pula keluarkan kunci tadi. Kalau dia tahu, kunci tu akan simpan dalam poket je.

"Ha ni lagi satu hal. Aku nak balik macam mana ni? Tunggulah kau, Biha. Memang aku minta duit yang kau menumpang bilik aku tu!" dihentak-hentak kakinya ke lantai. Sekali-sekala, selipar dilambung-lambungkan. Orang nak tengok? Biarlah. Dia lapar perhatian!






"Bapak tak apa-apa? Duduklah dulu." arah Qamariah. Makin rasa marah ini tidak dapat dibendung lagi apabila Sabihah memperbuatkan Shah Ismael sebegitu. Dia ingat bapak dia patung agaknya.

"Bapak tak apa-apa, Qamar." jawab Shah Ismael. Qamariah mendengus perlahan namun didengari oleh Shah Ismael.

"Makin melampau lah, Sabihah tu!" tinggi suara Qamariah. Dia sudah lelah memberi muka terhadap adiknya. Namun, apa yang dibalas?

"Qamar.." pujuk Luqman perlahan. Tangan Qamariah dicapai dan digenggam.

"Abang, kalau kita beri muka lagi dekat Sabihah, sampai bila-bila perangai dia macam tu. Qamar penat, abang. Kalau tak ditentang, naik lemak Biha tu nanti!" geram Qamariah.

"Abang tahu, Qamar. Bincang baik-baik dengan Biha ye, Qamar. Tak elok gaduh-gaduh. Syaitan suka." ujar Luqman lembut.

"Betul kata Luqman, Qamar. Bincang baik-baik dengan Biha. Jikalau dia tidak peduli akan nasihat kau, barulah tegur kesalahan dia."

Qamariah kalau boleh nak bantah idea Shah Ismael. Namun, dia tak sanggup.

Keluhan kecil dilepaskan. "Baiklah kalau macam tu." lemah suaranya. Dia percaya kata mereka. Kerana, Dalam sahihnya, Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Sa'id Al-Khudzri, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa bersabar dengan segala musibah dan ujian yang menimpa, maka Allah akan menolong dan membantunya. Dan tidak ada anugerah yang lebih baik dan lebih luas bagi seseorang melebihi kesabaran.” (At- Targhib, 4/276)

Shah Ismael dan Luqman senyum nipis. Harapnya dapat lah Qamariah memujuk Sabihah yang degil itu.

Sedang mereka berbual, pintu utama tiba-tiba terbuka.

Krekk..

"Biha?"

TBC

kalau boleh, saya nak biarkan cerita ni jadi sarang labah-labah. Tapi saya tak sanggup 😌. Btw, anggaplah yang mereka berada di masa hadapan. Karang ada pula yang tanya 'ada ke lift masa zaman dulu?' 'ada ke hotel zaman dulu?' . So, anggaplah mereka datang dari masa depan 🤗

𝗚𝗔𝗗𝗜𝗦 𝗣𝗨𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡Where stories live. Discover now