"Allahuakbar!" tersentak Sabihah seraya dia terbangun daripada mimpi yang tidak dia sangkakan itu.
Dadanya dipegang.
'Perasaan apakah ini?'
"Biha! Oh Biha!" laungan dari luar menyentakkan lamunan lama Sabihah. Dia agak terkejut kerana tengahari ini ada yang memanggilnya. Selalunya Shah Ismael sahaja.
Cakap pasal Shah Ismael, takkanlah bapaknya itu tidak mengejutkannya pagi tadi?
"Sekejap!" jerit Sabihah pula.
Sampai di hadapan pintu, laju Sabihah membuka pintu.
Terlihat ada 3 orang di luar rumahnya. Sabihah berkerut sebentar.
Mengapa ramai datang ke rumahnya ni?
"Kenapa Pak Hamid datang ke rumah ni? Kalau nak cari bapak, bapak tiada di rumah." jelas Sabihah. Dari semalam Sabihah tidak nampak batang hidung Shah Ismael.
Pak Hamid mengambil nafas dahulu. Wajah Sabihah dipandang sayu. Kesiannya dengan nasib anak muda ini. Walaupun dia tahu Sabihah selalu menyakiti Qamariah, terdapat juga secebis perasaan kasih sayang kepada Qamariah.
"Pak Hamid harap apa yang Pak Hamid sampaikan ni, Biha boleh terima dengan hati terbuka."
"Kenapa ni Pak Hamid?" bersama kerutan, Sabihah makin tertanya-tanya apakah yang ingin Pak Hamid beritahu kepada Sabihah.
"Bapak kamu, Mael dan kakak kembar kamu, Qamariah dijumpai di kawasan puncak Gunung Titiwangsa dalam keadaan tidak sedar. Dan..." wajah Pak Hamid ditunduk. Rasa sakit mencengkam hatinya.
"Kenapa Pak Hamid? Bagitahu Biha!" gesa Sabihah dengan riak risau dan gelisah.
Ya Allah! Kenapa dengan keluargaku?
"Dan Qamariah serta Shah Ismael meninggal di tempat kejadian, Biha!"
DUM!
Bagai petir menyambar Sabihah apabila mendengar ayat tersebut dari mulut Pak Hamid.
"Pak Hamid tak tipu, kan? Bapak Biha ada lagi! Akak Qamariah pun ada lagi! Tak mungkin mereka tinggalkan Biha!" air matanya terus mengalir laju melalui pipinya. Tersedu-seduan dia menahan tangisan.
"Tak, Biha. Apa yang Pak Hamid cakap ni benar. Kalau Biha nak tengok Qamariah dengan Mael, mari Pak Hamid bawa kamu ke kubur." tawar Pak Hamid melihat Sabihah yang menangis itu.
"Sebelum itu, Biha masuk dulu dan pakai selendang. Di kubur, kita harus menutup aurat." tegur Pak Ali pula.
Karang ada pula Sabihah ni terus pecut ke kubur tanpa menutup aurat.
Laju Sabihah masuk ke dalam rumah. Pintu dikunci dahulu sebelum memasuki perut kereta Pak Hamid.
Lemah lutut Sabihah melihat tanah yang masih merah di depan matanya.
Air matanya mula bertakung.
Tak mungkin! Ini semua mimpi!
"B-bapak. Q-Qamar. Bangunlah. Kenapa Qamar dengan bapak tidur dekat sini?" soal Sabihah sayu. Orang-orang yang berada di sekitarnya memandang Qamariah dengan sayu.
Hati mereka meruntun melihat nasib keluarga tersebut. Banyak dosa mereka kepada arwah Shah dan arwah Qamariah.
"Sabihah. Mari balik dulu. Dah nak hujan ni." awan daripada warna biru cair tadi bertukar kepada kelabu gelap.
Sabihah tersenyum seketika. Dia teringat akan kata-kata Shah Ismael dahulu.
Katanya ketika Hari Jumaat dan awan mendung seperti mahu hujan tetapi hujan tidak turun, itu sebenarnya Allah sedang menunggu jasad tersebut.
Beruntungnya Qamariah dan bapaknya, Shah Ismael.
Arwah Qamariah dan arwah Luqman meninggal pada hari yang sama iaitu hari Jumaat serta tarikh yang sama iaitu Luqman 20/6
manakala Qamariah pula 20/8.Adakah semua ini dirancang?
Sabihah tahu semua ini adalah takdir yang ditetapkan oleh Allah dan dirancang sebaik-baiknya oleh Allah SWT.
Sabihah memandang kubur tersebut dengan perasaan bercampur baur.
Dia melihat sebentar kubur tersebut sebelum melangkah keluar dari perkarangan kubur.
Semoga dia kuat menghadapi hari-hari yang akan datang. InsyaAllah.
TBC
YOU ARE READING
𝗚𝗔𝗗𝗜𝗦 𝗣𝗨𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡
Historical FictionSatu kisah wanita yang sanggup berjuang demi keluarganya sendiri. "Wahai bulan, walaupun seterang mana cahayamu, janganlah engkau sinarkan cahayamu kepada tempat persembunyian anakku." - Shah Ismael "Kalau Qamar sedih, pasti Qamar akan melihat bulan...