"Biha?"
Mereka semua terdiam disitu.
Kedengaran rengusan kecil dari Sabihah.
"Duduk sini, Biha." arah Shah Ismael sambil menepuk-nepuk tempat disebelahnya.
"Hm." Sabihah hanya ikut arahan Shah Ismael.
"Dari mana, Nur Sabihah?" soal Qamariah datar.
Sabihah gulingkan mata. Menyibuk je. "Kenapa?"
"Kakak tanya, Biha dari mana? Susah sangat ke nak jawab soalan kakak, hm?" tegas suara Qamariah.
"Oh, sekarang 'kakak' ? Sukahati Biha lah nak pergi mana. Kau takda hak nak halang aku, sedangkan bapak pun tak halang aku pergi mana-mana." lebar jawapan Sabihah. Tidak takut dengan renungan tajam Qamariah.
"Cukup, Biha! Kakak dah penat beri muka dekat, Biha. Tapi apa yang Biha balas dekat kakak?" automatik dia bangun. Keluhan kecil dilepaskan.
"Apa salah kakak, Biha?" lirih suara Qamariah.
Sabihah gelak sinis. "Apa salah kau? Salah kau sebab rampas Luqman!" jerit Sabihah.
"Allahuakbar, Biha. Kamu tahu tak Luqman ni suami orang?" mengucap seketika Shah Ismael.
Luqman meraup muka seketika. Salah dia ke kerana membuat keluarga isterinya jadi renggang begini? Salah dia ke?
"Memanglah suami orang. Sebelum ni apa? Bapak sama je. Korang tak faham isi hati, Biha. Bapak tak pernah beri lebih perhatian dekat Biha. Semuanya, Qamar. Apa ada dekat Qamar tu berbanding Biha, bapak. Cakap dekat Biha, bapak. Cakap!" terhinjut-hinjut bahunya melepaskan tangisan.
"Biha—" belum sempat Shah Ismael mahu memujuk Sabihah, Sabihah terlebih dahulu lari masuk kedalam bilik. Tidak lupa juga dia mengunci pintu biliknya.
"Allahuakbar." pening kepala Shah Ismael dibuatnya.
"Bapak." tangan Shah Ismael dipegang. Shah Ismael memandang kearah Qamariah.
"Salah Qamar ke? Qamar terlalu manja sampaikan adik sendiri pun tak dapat perhatian. Maafkan Qamar, bapak." luah Qamariah. Sesak dadanya apabila keluarga mereka semakin renggang.
"Bukan salah, Qamar. Bapak yang salah. Bapak sepatutnya berikan perhatian kepada kamu berdua secara adil. Bapak seorang yang tak pandai jaga keluarga ni. Ketua keluarga tapi keluarga pun semakin renggang. Bapak tak jaga amanah emak dengan betul. Maafkan bapak Qamar, Sabihah." terang Shah Ismael dari isi hatinya.
Qamariah terus memeluk tubuh Shah Ismael. "Bukan salah bapak semuanya."
Luqman yang melihat, mengukir senyuman kecil. Mudah-mudahan keluarga mentuanya semakin akrab. Aamiin.
TBC
Suka diingatkan, cerita ini tak banyak. Dalam 35+ atau 40+. Ikut kepada kerajinan saya dan idea saya.
Sekian.
YOU ARE READING
𝗚𝗔𝗗𝗜𝗦 𝗣𝗨𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡
Historical FictionSatu kisah wanita yang sanggup berjuang demi keluarganya sendiri. "Wahai bulan, walaupun seterang mana cahayamu, janganlah engkau sinarkan cahayamu kepada tempat persembunyian anakku." - Shah Ismael "Kalau Qamar sedih, pasti Qamar akan melihat bulan...