27

20 5 0
                                    

"Qamar!" bunyi laungan daripada luar menyentakkan Qamariah.

Laju dia mengambil tudung sarung yang berada di atas kerusi untuk dipakai.

"Sekejap." laung Qamariah dari dalam. Bergegas dia keluar daripada bilik untuk menyambut Shah Ismael yang memanggilnya tadi.

"Kenapa bapak?" soal Qamariah setelah keluar dari biliknya.

"Ini ha. Ada orang meminang si Biha. Eloklah kamu ada sekali dekat sini."

Selepas beberapa minit perbincangan, lelaki itu pun sudah meminta diri untuk balik kerana matahari pun sudah mahu terbenam.

Dia beralih ke Sabihah yang sedang tersenyum-senyum itu.

Dia ragu-ragu dengan pilihan Sabihah sebenarnya.

"Mana kamu jumpa dia, Biha?" tanya Qamariah apabila melihat adiknya seperti di dalam dunianya sendiri.

Sabihah menggulingkan mata.

Busybody betul!

"Itu pun nak kena jawab juga ke?" jawab Sabihah acuh.

Qamariah mengangguk.

"Hisy! Aku jumpa dia dekat bandar. Pertama sekali bila aku terserempak dengan dia, aku terus jatuh cinta." terang Sabihah malas.

"Tapi Qamar macam pernah lihat dia di suatu tempat."

Sabihah meneguk liur.

"Dekat mana tu, Qamar?" tanya Shah Ismael.

Qamariah berpaling kearah Shah Ismael lalu tersenyum dan menggeleng.

Mungkin dia salah lihat, tapi dia pasti rupa lelaki itu seakan-akan dia pernah lihat di suatu tempat.

Sabihah tanpa kata-kata, terus mengangkat punggung dan terus masuk ke biliknya.











Fahmi
You tak payah risau. I pandai cover line.

Mesej daripada Fahmi itu membuatkan dia berasa lega.

Sabihah senyum sinis. "Mampus kau kali ni, Qamar!"

flashback

"You betul sukakan perempuan tu?" soal Sabihah dengan memuncung.

Fahmi ketawa kecil. " Hisy! Kan I dah kata, yang I hanya nak balas dendam dekat dia sahaja. Bukannya I suka dia pun. You tak percayakan I ke?"

"Hisy! Of course lah I percaya kan you, sayang." tangan Fahmi dirangkul kemas.

"Tapi, kenapa you ikut rancangan I juga walaupun muka you nampak macam terpaksa?" soal Fahmi pelik. Jarang Sabihah nak dengar cakapnya.

Dia tu degil!

"Alaa you ni. Sebenarnya I banyak dendam dekat dia! Dia pernah rampas ex-crush I dulu." ujar Sabihah tidak puas hati.

Fahmi menggulingkan mata. "So, you harapkan ex-crush you tu lagi ke?" sinis soalan yang diberikan Fahmi.

Sabihah menggeleng laju. Ada tu ada lah, tapi masalahnya orang tu sudah tiada!

"Tak. Sebab Luqman tu dah meninggal minggu lepas." terang Sabihah.

Fahmi menghela nafas. Cemburu buta juga dia ni. Padahal orangnya sudah tiada.

"So, beritahulah I tentang 'dendam' yang terkubur dekat hati you dengan kembar you tu."

"Hisy! Kalau you nak tahu, kakak I tu ada darah putih. Kalau boleh semua nak tatang dia macam bagai menatang minyak yang penuh. Tak kisahlah lelaki ke perempuan ke semua minat dia. Sampaikan Luqman tu pun jatuh hati dekat dia!  Masa mak I hidup, mak I sangat rapat dengan kakak I and ramailah lelaki terkejar-kejar kan dia. I tak faham kenapa ramai sangat suka dekat dia! Tapi, takpe. Sekarang ramai penduduk kampung benci kan dia." lebar Sabihah luah. Ini kalau Fahmi tak fokus bila dia bercakap, memang dia piat telinga Fahmi!

"Kenapa orang kampung tak suka dia?"

Sabihah berdecit malas.

"Hisy! Malas lah I nak cerita pasal dia. Lambat-laun you akan tahu jugak."

end of flashback...

TBC

𝗚𝗔𝗗𝗜𝗦 𝗣𝗨𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡Where stories live. Discover now