Cikgu Ayuni menutup bukunya dengan perlahan, matanya beralih memandang murid-murid di hadapannya yang diam untuk menunggu kelanjutan cerita.
"Okay, sampai situ kisah Qamariah dan Luqman. Di dunia ini, tak semestinya semua berakhir dengan sad ending. Kadang-kadang, apa yang kita sangka akan berakhir dengan kesedihan, sebenarnya ia boleh berubah menjadi happy ending dan kalau kita lihat dari sudut yang berbeza."
Senyap seketika.
Murid-murid dalam kelas masih terpesona dengan kisah cinta Luqman dan Qamariah yang diceritakan dengan penuh perasaan oleh Cikgu Ayuni sebentar tadi.
Setiap kali Cikgu Ayuni bercerita tentang sesuatu perkara, suasana kelas itu bertukar menjadi magis. Ia seolah-olah kisah itu hidup di hadapan mereka.
Murid-murid selalu teruja apabila kisah Luqman dan Qamariah diungkapkan oleh cikgu mereka kerana sebuah kisah tersebut mempunyai cinta yang penuh dengan pengorbanan, kesetiaan, dan keajaiban.
Cikgu Ayuni tersenyum melihat wajah-wajah muridnya yang asyik mendengar. Nasib mereka mendengar, kalau tak dengar tadi, bazir air liur je dia bercerita.
Jam tangan dilihat sekilas. Ada beberapa minit sebelum muridnya beredar untuk pergi rehat.
Kisah ini, yang pernah dibacanya dari sebuah novel lama dan selalu membuatkan Ayuni termenung.
Ada sesuatu tentang hubungan antara Luqman dan Qamariah yang mendalam dan sesuatu yang lebih dari sekadar cerita cinta biasa.
Itu sebabnya Ayuni sering menceritakan kisah-kisah yang pernah dia baca di dalam novel kepada murid-muridnya. Ia kerana Ayuni tahu mereka juga merasai keajaiban dalam kisah tersebut.
"Apa jadi dengan Qamariah lepas tu, cikgu?" tanya seorang murid dari barisan depan sekali gus mencelah hening kelas.
Cikgu Ayuni tersenyum lebih lebar, tahu benar murid-muridnya tidak sabar mendengar lebih lanjut.
"Seperti dalam kisah tersebut, Qamariah akhirnya meninggal dunia di Gunung Titiwangsa. Tapi ada satu babak yang sangat penting dalam hidup mereka berdua. Luqman adalah seorang lelaki yang berjiwa seni, dan dia sering menulis hadis-hadis serta petikan kehidupan yang penting dalam hidupnya ke dalam sebuah diari dan sketch book hanya kerana seorang wanita bernama Qamariah."
Tiba-tiba, seorang pelajar yang selalu penuh dengan soalan bernama Sarah, mengangkat tangannya. "Cikgu, kenapa Luqman guna sketch book dan diari untuk bagi tahu hadis kat isteri dia? Kenapa tak cakap sahaja?"
Cikgu Ayuni tergelak kecil mendengar soalan itu, senyumannya tak lekang dari wajah.
"Kuat betul ingatan awak ni, Aina. Saya pun boleh terbabas dan tak ingat sangat tentang itu."
"Biasalah cikgu. Dia ni memang kuat ingat. Sampai aib saya yang berjuta-juta tu pun dia ingat sampai sekarang." celah kawan yang duduk semeja dengannya.
"Hahaha." terletus ketawa murid-murid di kelas tersebut.
Ayuni hanya tersenyum nipis.
"Sebenarnya, Luqman buat macam tu sebab dia tahu akan ada perkara yang tak dapat diungkapkan hanya dengan kata-kata lisan. Dia nak tinggalkan sesuatu yang lebih kekal dan lebih bermakna. Sketch book dan diari itu bukan sekadar catatan biasa, ia adalah cara dia untuk terus bersama dengan Qamariah walaupun Luqman sudah tiada ketika itu. Ia seperti kenangan yang boleh dibelek semula, dilihat, dirasa... dan dihayati." panjang lebar Cikgu Ayuni terangkan kepada gadis tersebut beserta seisi kelas.
Murid-murid dalam kelas mengangguk-angguk dan memahami jawapan cikgu mereka. Tetapi kelihatan mereka seolah-olah masih ingin tahu lebih lanjut.
Cikgu Ayuni menyambung dengan penuh tenang.
"Qamariah percaya bahawa setiap kali dia memegang buku itu, dia akan merasakan kehadiran Luqman di sisinya. Di dalamnya ada hadis-hadis yang ditulis dengan tangan serta ada lukisan yang dia buat sendiri yang dilukis dengan penuh makna dan perasaan. Setiap coretan itu adalah tanda kasih sayang dan perhatian Luqman terhadap Qamariah. Itu bukan sekadar nasihat agama, tetapi juga refleksi tentang kehidupan mereka berdua. Setiap helaian buku itu menjadi seolah-olah peta jiwa mereka." sambung Cikgu Ayuni lagi.
Muridnya ni taknak pergi rehat ke?
Faris, seorang pelajar yang jarang berbicara, mengangkat tangan dari belakang. Suaranya sedikit perlahan tapi penuh ingin tahu.
"Cikgu, itu macam... cara mereka kekal bersama, kan? Walaupun jauh, mereka tetap ada hubungan yang tidak akan putus." tanya Faris.
Cikgu Ayuni mengangguk. "Ya! Tepat sekali, Faris. Hubungan mereka tak terputus walaupun mungkin ada jarak di antara mereka. Setiap kali Qamariah buka buku itu, dia dapat rasa kehadiran Luqman, dapat baca apa yang Luqman fikirkan seperti apa yang dia rasa. Ia lebih daripada sekadar buku. Ia jadi simbol cinta mereka yang tak terikat oleh masa atau jarak. Dalam setiap ayat atausetiap lukisan, Luqman letakkan sebahagian daripada dirinya untuk Qamariah."
Kelas itu terdiam lagi, namun kali ini dalam keheningan yang sarat dengan kekaguman.
Bagi murid-murid, kisah ini lebih daripada sekadar kisah cinta biasa. Ia adalah pelajaran tentang kesetiaan.Tentang bagaimana cinta boleh bertahan walaupun berhadapan dengan pelbagai halangan.
Mereka dapat merasai bahawa cinta antara Luqman dan Qamariah adalah sesuatu yang lebih mendalam daripada apa yang pernah mereka bayangkan.
Cikgu Ayuni melangkah ke hadapan kelas, lalu meletakkan buku yang tadi ditutup di atas meja. "Kadang-kadang dalam hidup ini, kita tak semestinya perlu sentiasa berada bersama seseorang untuk tunjukkan kita sayang. Ada masanya, benda yang kita tinggalkan seperti kenangan, tulisan, atau lukisan juga boleh bercerita lebih dari apa yang kita boleh kata. Cinta itu lebih dari sekadar ada di hadapan mata. Ia tentang apa yang kita rasa di dalam hati, dan apa yang kita tinggalkan untuk dikenang."
Seorang pelajar perempuan yang duduk di barisan tengah perlahan-lahan mengangkat tangan, dengan sedikit ragu. "Cikgu, maksudnya... Qamariah tak akan pernah lupa Luqman, walaupun Luqman ketika itu sudah jauh?" tanya gadis tersebut.
Cikgu Ayuni tersenyum lagi, kali ini dengan lebih dalam. "Betul. Walaupun terlalu jauh sehinggakan tidak boleh tergapai, Qamariah tak pernah lupa pada Luqman sebab setiap kali dia baca hadis atau tatap lakaran itu, seolah-olah Luqman ada di situ bersamanya. Dan itulah keajaiban cinta mereka. Ia hidup melalui setiap coretan, setiap kenangan yang mereka cipta bersama."
Suasana dalam kelas terasa semakin berat dengan emosi.
Setiap murid memandang Cikgu Ayuni dengan rasa kagum yang mendalam.
Kisah Luqman dan Qamariah bukan hanya kisah legenda biasa bagi mereka, tetapi sebuah cerita yang memberi pengajaran tentang cinta yang ikhlas, yang bertahan melangkaui masa dan ruang.
"Jadi, anak-anak, ingatlah," kata Cikgu Ayuni sambil menutup buku dengan perlahan,
"Cinta yang paling kuat itu bukan hanya tentang berada bersama setiap saat, tetapi tentang bagaimana kita menjaga dan menghargai kenangan yang kita cipta bersama. Seperti Luqman dan Qamariah, cinta mereka tak pernah hilang walaupun waktu dan jarak memisahkan mereka." sambung Cikgu Ayuni lagi.
Dengan itu, kelas berakhir dengan murid-murid yang masih terpegun dan meninggalkan Cikgu Ayuni yang tersenyum sendirian yang sedang mengenang kisah cinta yang terus hidup dalam hati Luqman dan Qamariah
END OF SPECIAL CHAPTER
okay, ini betul ending nya. And thank you so much for supporting me till this chapter end. Thankyou so much ! ♡‿♡
YOU ARE READING
𝗚𝗔𝗗𝗜𝗦 𝗣𝗨𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡
Ficción históricaSatu kisah wanita yang sanggup berjuang demi keluarganya sendiri. "Wahai bulan, walaupun seterang mana cahayamu, janganlah engkau sinarkan cahayamu kepada tempat persembunyian anakku." - Shah Ismael "Kalau Qamar sedih, pasti Qamar akan melihat bulan...