"Benarkah?" Qamariah hanya membisu.
"Qamar ak-" belum sempat Luqman mahu menghabiskan ayatnya, Qamariah terlebih dahulu sudah potong.
"Awak percaya gosip itu? Ya, memang Ahmad masuk rumah saya, tapi kami tidak buat apa-apa. Dia masuk dan mahu berehat. Saya sudah halang, tetapi dia berkeras juga. Dengan kudrat yang saya ada, saya terus tolak dia keluar dari rumah saya. Awak tak percaya saya, Luqman?" terang Qamariah perlahan. Seperti sudah redha apa yang akan jadi nanti.
"Bukan macam tu, Qamar. Saya percaya awak Qamar. Saya tahu, Ahmad itu baik. Mungkin ada yang menghasutnya." ujar Luqman. Dia tahu Ahmad budak baik, tetapi dia pelik, kenapa Ahmad berbuat demikian.
"Haih! Mungkin Sabihah. Dia mungkin tidak tenang melihat hari perkahwinan kita semakin dekat."
"Jangan terburu-buru menuduh, Qamar. Qamar juga pernah berpesan kepada Luqman sebegitu, bukan? Jangan fikir pasal dia lagi, Qamar." sampuk Luqman lembut.
Qamariah mengangguk perlahan. Betul kata Luqman tersebut.
"Maaf." Luqman hanya tersenyum.
"Mari." ajak Luqman.
Qamariah mengerut dahi. Luqman mahu membawa dia kemana pula ni. "Ke mana?" tanya Qamariah.
"Jumpa bakal mentua ku." dan selepas itu, Luqman terus melangkah. Dibiarkan Qamariah tersipu malu disitu.
Segera Qamariah melangkah apabila melihat Luqman sudah jauh.
"Kamu okay tentang gosip itu?" tanya Shah Ismael.
Luqman mengangkat kepala. "Pak Mael, saya tahu bukan salah Qamar. Saya percaya dia, Pak Mael." jujur Luqman memberitahu. Takut akan Shah Ismael tidak mempercayainya.
"Baiklah, kalau begitu. Sebelum Pak Mael restu hubungan kamu berdua, Pak Mael ada soalan untuk kamu Luqman." ujar Shah Ismael.
Tidak semena-mena terangkat wajah Qamariah. Ditatap wajah Shah Ismael. Namun, Shah Ismael hanya membalas dengan senyuman.
"Pak Mael akan bagi 4 soalan. Kalau kamu betul semua soalan yang Pak Mael bagi, maka dengan itu, Pak Mael akan restu hubungan kamu berdua."
Luqman menghela nafas pendek. Menghilangkan rasa gementarnya.
"Apa soalan itu, Pak Mael?"
Shah Ismael senyum nipis. "Bagus! Tidak takut apabila Pak Mael berkata begitu." puji Shah Ismael.
Luqman menggosok tengkuknya. Malu pula.
"Baiklah, soalan pertama. Apakah gelaran bagi Nabi Ya'kub?"
"Israel atau lebih baik Hamba Allah." jawab Luqman. Luqman merasa dia seperti temuduga pula.
"Yakin dengan jawapan kamu?" soal Shah Ismael. Mana tahu Luqman mahu menukar jawapan balik.
"Yakin." dia yakin jawapannya itu.
"Baiklah, soalan pertama sudah lepas. Soalan kedua. Apa yang Nabi Yunus buat sampaikan Allah SWT perintahkan ikan untuk menelannya?"
Luqman menelan liur. Dia tahu jawapannya, tapi dia lupa. "Lari dari masalah kaumnya sendiri?" jawab Luqman was-was.
"Yakin?"
Luqman mengangguk. Pasrah jela.
"Baik. Soalan ketiga. Kenapa Nabi Isa digelar Al Hawariyyun? Dan berikan penjelasan."
DUM!
Allahuakbar! Soalan ini! Masa dia sekolah rendah, ustaz dia pernah beritahu. Tapi dia sibuk main dibelakang.
"E-erm boleh skip soalan tak?" takut-takut Luqman berkata.
"Tak boleh." Luqman mengetap bibir. Mana dia nak cari jawapan ni.. Ahh! Bantai jelah!
"Sebab ditangkap dan hampir dibunuh, tetapi diangkat oleh Allah SWT ke langit, dan akan diturunkan semula apabila hari kiamat. Betul tak?"
"Baik. Jawapan last Pak Mael beritahu. Baiklah. Soalan keempat dan soalan terakhir. Jaga-jaga ya. Pak Mael tengah perah otak nak cari soalan susah-susah ni." terasa berpeluh pula melihat senyuman sinis Pak Mael.
Qamariah dibelakang hanya tertawa kecil.
"Soalannya berbunyi begini, kenapa Allah mengangkat Malaikat Izrail menjadi Malaikat maut?"
Parah! Dia tidak tahu.
"Kalau bantai je, boleh tak?"
"Tak boleh. Jawab betul-betul."
Aduh! Tadi pun dia bantai je masalahnya.
"Kerana Allah perintahkan Malaikat Izrail mengambil tanah di bumi. Cuma Malaikat Izrail sahaja yang berani diantara Malaikat lain yang tidak berani." jawab Luqman tersekat-sekat. Dia sedang fikir ketika itu.
"Baiklah. Pak Mael akan umumkan jawapannya. Semua jawapannya adalah.......Betul!" Luqman ternganga. Serious lah? Dapat A+ ke?
"Betul ke Pak Mael? Maksudnya, saya lulus jadi bakal suami Qamar?" tanya Luqman tidak percaya.
"Ya, Luqman. Tarikh perkahwinan kamu bila?"
"Bulan depan, bapak." jawab Qamariah.
"Alhamdulillah. Bapak doakan yang baik-baik je. Jangan lupa jemput orang ramai datang." ditepuk-tepuk bahu Luqman.
"Baik, b-bapak."
Tanpa mereka sedar, Qamariah senyum pahit. Bagaimana dia mahu melihat wajah orang ramai nanti. Pasti dia jadi bahan bualan semasa perkahwinan berlangsung.
TBC
risau sangatla Qamar. Jangan risau Qamar, takda lalat datang kemari.
YOU ARE READING
𝗚𝗔𝗗𝗜𝗦 𝗣𝗨𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡
Historical FictionSatu kisah wanita yang sanggup berjuang demi keluarganya sendiri. "Wahai bulan, walaupun seterang mana cahayamu, janganlah engkau sinarkan cahayamu kepada tempat persembunyian anakku." - Shah Ismael "Kalau Qamar sedih, pasti Qamar akan melihat bulan...