Malam itu, angin bertiup dingin, membawa bersama gemuruh dari rumahnya di sekitar kampung yang mula gelap. Di sebuah rumah kecil di pinggir kampung, Shah Ismael termenung lama di beranda.
Fikirannya kusut memikirkan nasib anak perempuannya, Qamariah. Dia tahu, dia tidak lagi boleh menunda keputusan ini. Penduduk kampung semakin mendesak, setiap hari semakin ramai yang datang dengan niat yang sama iaitu meminta tangan Qamariah dalam perkahwinan.
Atau meminta restu untuk mengahwini Qamariah.
"Bapak," suara lembut Qamariah menyentak lamunan Shah Ismael. Qamariah berdiri di hadapan pintu bersama matanya yang redup penuh dengan kebimbangan.
"Apa yang bapak fikirkan?" sambung Qamariah
Shah Ismael memandang anaknya. Perasaan kasih dan risau bercampur baur di dalam hatinya.
Qamariah, dengan sifat lemah lembutnya dan rupa paras yang ayu, sering menjadi perhatian ramai lelaki di kampung itu.
Namun, Shah Ismael tahu bahawa bukan semua mereka yang datang itu tulus hati. Ada yang hanya tertarik dengan kecantikan dan kelembutan Qamariah, tanpa memikirkan tanggungjawab besar yang akan datang bersama perkahwinan itu. Dan antaranya juga, Qamariah memiliki darah putih.
Cukuplah Qamariah berkahwin hanya sekali. Dia bukan pentingkan diri sendiri, namun dia tidak tega melihat anaknya menderita lagi.
"Qamariah, kita harus pergi malam ini." kata Shah Ismael dengan suara rendah tetapi tegas.
"Bapak akan bawa Qamar ke gunung di atas puncak Gunung Titiwangsa. Di sana, kita akan aman buat sementara waktu." perlahan suara Shah Ismael.
Qamariah tersentak mendengar kata-kata bapanya. "Kenapa, bapak? Mengapa kita harus lari?" bertalu-talu dia bertanya.
Shah Ismael bangun melangkah perlahan ke arah anaknya.
"Qamariah, mereka tidak akan berhenti datang. Setiap hari, semakin ramai yang mahu mengambil Qamar sebagai isteri. Bapak tidak mahu Qamar menjadi mangsa kepada keadaan ini. Qamar berhak memilih jalan hidup Qamar sendiri dan bukannya dipaksa oleh kehendak orang lain.” perlahan bercampur aduk dengan risau dan gemuruh jiwanya sekarang.
Qamariah merasakan air matanya mula bergenang di matanya. Dia tahu bapanya hanya ingin melindunginya, tetapi dia juga tahu bahawa melarikan diri bukanlah sesuatu yang mudah.
"Bapak, bagaimana dengan kita nanti? Bagaimana kita akan hidup di sana?" tanya Qamariah.
Shah Ismael mengusap kepala anaknya dengan lembut.
"Bapak sudah sediakan segala-galanya. Di puncak Gunung Titiwangsa tersebut, ada sebuah pondok kecil yang bapak bina dulu. Kita akan tinggal di sana sehingga keadaan di kampung tenang. Kita akan hidup sederhana, tetapi yang paling penting, Qamar akan selamat." diberikan senyuman nipis buat Qamariah.
Qamariah akhirnya mengangguk, walaupun hatinya masih berat dengan keputusan itu. Dia memandang bapanya yang seorang lelaki yang kuat dan tabah. Tetapi, kini kelihatan letih akibat bebanan yang ditanggungnya.
Dia tahu bahawa apa yang bapaknya lakukan adalah semata-mata untuk kebaikannya.
Mereka berdua mula berkemas dalam keadaan senyap. Shah Ismael hanya membawa keperluan sahaja seperti bekalan makanan, pakaian secukupnya, dan beberapa peralatan asas.
Qamariah mengikut sahaja dan mematuhi arahan bapanya tanpa banyak bertanya. Walaupun hatinya berdebar, dia merasakan sedikit ketenangan dalam kepastian bahawa bapanya akan sentiasa ada di sisinya.
Ketika malam semakin larut, mereka memulakan perjalanan.
Dalam kegelapan malam, mereka bergerak perlahan ke arah Gunung Titiwangsa yang menjulang di hadapan mereka.
Langit yang dihiasi bintang-bintang dan bulan yang bersinar terang seolah-olah menjadi saksi kepada tekad seorang ayah untuk melindungi anaknya.
'Bulan, selamatkan aku dan lindungi aku. Ya Allah, Kau jagalah aku ketika berada di puncak gunung kelak.'
Perjalanan itu tidak mudah. Jalan berbatu yang mendaki semakin curam, dan mereka perlu berhenti beberapa kali untuk mengambil nafas.
Namun, Shah Ismael tidak membiarkan keletihan menghalang niatnya. Dia tahu bahawa mereka harus sampai ke puncak sebelum fajar menyingsing supaya sebelum penduduk kampung menyedari ketiadaan mereka.
Akhirnya, setelah 1 jam setengah mendaki gunung dalam keadaan sunyi, mereka tiba di sebuah dataran yang tersembunyi di celah gunung.
Di situ terdapat sebuah pondok kecil berdiri teguh dan tersembunyi di antara pepohonan. Qamariah melihat pondok itu dengan kelegaan. Ia mungkin sederhana, tetapi ia akan menjadi tempat perlindungan mereka buat sementara waktu.
"Di sini, kita akan selamat." kata Shah Ismael sambil memandang anaknya dengan senyuman yang letih tetapi penuh dengan harapan.
"Bapak akan pastikan kamu jauh dari gangguan mereka. Insyaallah."
Qamariah mengangguk perlahan. Dia tahu bahawa ini bukan pengakhiran, tetapi permulaan baru bagi mereka berdua walaupun tiada Sabihah bersama.
Dengan segala cabaran yang mungkin mendatang, dia yakin selagi bapaknya berada di sisinya, dia akan selamat.
TVC
YOU ARE READING
𝗚𝗔𝗗𝗜𝗦 𝗣𝗨𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡
Historical FictionSatu kisah wanita yang sanggup berjuang demi keluarganya sendiri. "Wahai bulan, walaupun seterang mana cahayamu, janganlah engkau sinarkan cahayamu kepada tempat persembunyian anakku." - Shah Ismael "Kalau Qamar sedih, pasti Qamar akan melihat bulan...