25

28 8 0
                                    

"Kenapa Qamar sedih ni?" soal Shah Ismael.

Dia tidak mahu memberitahu Shah Ismael tentang penyakit Luqman. Cukuplah dia sahaja yang terseksa. Dia tidak mahu Shah Ismael tahu tentang ini.

"Tak ada apa-apa lah, bapak. Biasalah, Qamar pening sikit." balas Qamariah.

Shah Ismael senyum senget.

Qamariah menoleh ke arah Shah Ismael.

Apasal bapak aku ni?

"Bapak kenapa senyum macam tu?" komen Qamariah.

"Manalah tahu kan Qamar tengah bawa budak dalam perut?" selamba jawapan yang diberikan Shah Ismael.

Qamariah takut Shah Ismael meletakkan harapan tinggi kepada dia.

"Merepeklah bapak ni!" balas Qamariah.

"Apa yang bapak merepek? Manalah tahu kan?"

"Bapak, Qamar taknak bapak letak harapan tinggi dekat Qamar." perlahan suaranya. Dia cuma pening sedikit sahaja. Tiada simptom seperti ibu mengandung.

"Hm, yela." Qamariah mengeluh perlahan.

"Ha! Bincang apa tu!" sergah Luqman secara mengejut.

Tersentak Qamariah dan Shah Ismael.

"Eh, kamu ni! Nasib bapak takda penyakit jantung tau!"

Luqman hanya sengih.

"Nak main-main dengan bapak kan sangat! Meh sini kamu." terus Shah Ismael mengejar Luqman.

Qamariah hanya tersenyum nipis.

Qamariah memandang Luqman yang sedang tertawa itu.

Abang, Qamar harap sangat abang dapat bertahan lama dekat dunia ni. Qamar nak selalu berada di sisi abang.

Tuhan, Kau janganlah ambil penguat hatiku ini dalam keadaan aku tidak bersedia untuk kehilangan dia.









"Kenapa sayang muram je ni? Dari rumah bapak, abang perasan sayang diam je. Sayang ada apa-apa nak bagitahu abang ke?" tanya Luqman lembut.

Qamariah menggeleng. Kepalanya dilabuhkan di peha Luqman.

Luqman tersenyum nipis. Dia mengusap lembut kepala Qamariah.

"Abang."

"Ye, sayang?"

"Qamariah tak sedia nak lepaskan abang."

Luqman terdiam sejenak.

"Apa sayang cakap ni? Sayang tahu kan abang tak suka sayang cakap macam ni?"

"Tapi Qamar tak boleh lepaskan abang pergi!" tanpa sengaja dia tertinggi suara.

Luqman tersentak. Kemudian, dia senyum. Dia tak terasa pun isterinya tertinggikan suara kepadanya. Dia tahu isterinya sukar untuk melepaskannya.

"Sayang. Sayang pernah dengar kan tak kira masa, dimana , Allah boleh tarik nyawa kita? Semua akan menghadapi kehilangan, sayang."

"T—tapi kenapa seperit ini, abang?" soal Qamariah tertahan-tahan.

"Itu ujian daripada Allah, sayang. Allah datangkan ujian dekat seseorang bermakna Allah sayangkan dia. Setiap kehilangan pasti ada hikmahnya. Allah lebih tahu apa yang mungkin atau berlaku. Kalau Allah tarik nyawa abang dahulu, abang harap sayang akan kekal redha dengan pemergian abang."

"Stop talking nonsense, abang! Qamariah taknak dengar lagi!" Luqman terkejut mendengar teriakan Qamariah itu.

"Qamar minta maaf sebab kurang ajar dekat abang. Tapi percayalah, Qamar taknak dengar pernyataan yang membuatkan Qamar akan sedih." ditahan air matanya agar tidak jatuh.

Luqman mendengar itu, terharu.

Dia mengambil langkah ke isterinya yang berdiri dalam 3 langkah itu sahaja.

"Baik, sayang. Abang tak merepek lagi, ye." Qamariah angguk perlahan.

Rasa malu pula dia! Kenapalah semenjak Luqman sakit ni, dia asyik nak berkepit sahaja dengan Luqman. Terasa Luqman akan pergi jauh.

"Dah jangan termenung lagi. Jom tidur, sayang."

Qamariah membuntuti langkah Luqman dan seterusnya melabuhkan kepalanya keatas bantal.

"Allahumma Lakasumtu. Wabika Amantu. Wa'ala Rizqikah Aftahtu
Birahmatikaya Arhama Rohimin."

"Selamat malam, sayang."

"Selamat malam, abang."

Semoga pada hari esoknya, Qamariah diberi peluang untuk melihat wajah abang lagi.

Ini paling dia takuti ketika bangun daripada tidur.

TBC

quite boring 🥱 but it's okay lagi beberapa bab sebelum habis dari ayat" cliché saya ni 😭












𝗚𝗔𝗗𝗜𝗦 𝗣𝗨𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡Where stories live. Discover now