32

27 7 0
                                    

Shah Ismael berdiri di puncak Gunung Titiwangsa yang sedikit tinggi itu. Matanya yang hitam dan berpengalaman kini dipenuhi dengan rasa sayu yang jarang sekali terlihat pada wajahnya.

Angin sejuk yang bertiup membawa aroma hutan yang menenangkan.
Tetapi tidak dengan hati Shah Ismael.

Hatinya bergejolak seperti lautan bergelora.

Di sebelahnya, Qamariah berdiri dengan tenang. Wajahnya yang muda dan bersinar tidak menunjukkan ketakutan, tetapi dalam diamnya, dia merasakan berat keputusan yang bakal memisahkan mereka. Dia tahu Qamariah tak rela dengan semua ini.

"Qamariah, anakku. Maafkan bapak kerana harus menyorokkan Qamar disuatu tempat kerana bapak mahu Qamar hidup tenang tanpa ada gangguan penduduk kampung." suara Shah Ismael bergema perlahan dalam keheningan gunung itu.

"Tidak mengapa bapak. Qamar tahu akan hal itu."

Setiap perkataan yang diucapkannya membawa beban perasaan seorang ayah yang terlalu sayang kepada anak perempuannya.

"Tiada apa yang lebih berat dalam hidupku ini selain meninggalkanmu di sini... di puncak gunung yang sunyi ini." perlahan suara Shah Ismael.

Qamariah memandang wajah Shah Ismael. Dia cuba mencari kekuatan dalam kedalaman mata yang selama ini menjadi pelindungnya itu.

"Bapak, jangan bimbang. Qamar akan menjaga diri Qamar di sini. Bukankah bapak yang selalu berkata bahawa Qamar ini sekuat gunung dan secerdas angin?" suaranya lembut tetapi penuh keyakinan. Matanya merenung wajah tua Shah Ismael.

Sungguh sebenarnya dia tidak rela. Namun, dalam masa yang sama, dia takut akan terjadi apa-apa di kampung nanti.

Shah Ismael tersenyum hambar. "Memang benar, Qamar. Qamar ini ibarat bulan yang terlindung dan kecantikanmu memancar walau disembunyikan. Namun, berat bagi bapak untuk meninggalkan Qamar sendirian. Dunia ini penuh dengan bahaya dan godaan yang tidak terduga." sayu suaranya. Air mata ditahan supaya tidak jatuh.

Wajah Qamariah yang lembut itu berubah sedikit.

"Tetapi bapak, bukankah ini yang terbaik untuk kita berdua? Di sini, Qamar jauh dari mata jahat orang-orang kampung yang sentiasa ingin memperisterikan Qamar. Lagenda Puteri Lindungan Bulan yang bapak ceritakan dahulu sering memberi Qamar kekuatan. Seperti puteri itu, Qamar akan bertahan di sini, menanti hari yang lebih cerah." makin mahu jatuh air mata Shah Ismael mendengar patah-patah perkataan yang keluar dari mulut anaknya itu.

Firasatnya menyatakan yang Qamariah tidak rela dengan apa yang dia buat ketika ini. Sumpah demi Allah. Dia pun tidak rela.

Shah Ismael menghela nafas panjang. Hatinya berperang antara tanggungjawab seorang ayah dan naluri melindungi.

Dia tahu, keindahan dan kemurnian hati Qamariah adalah bagaikan magnet yang menarik segala yang baik dan buruk. Namun, dia juga tahu. Ada saatnya dia perlu mempercayai kebijaksanaan anaknya.

"Baiklah, Qamariah. Di sinilah engkau akan tinggal, terlindung dari dunia luar seperti Puteri Lindungan Bulan. Tetapi ingatlah, meskipun berjauhan, kasih sayang bapak akan selalu melingkari diri Qamar
Seperti angin yang tidak pernah meninggalkan gunung ini."

"Maafkan bapak, Qamar. Bapak hanya mahu Qamar terlihat bahagia." makin perlahan suara Shah Ismael.

"Tidak mengapa. Qamar redha dengan takdir Qamar ini. Sekali-sekala, Qamar dapat lihat bulan lebih dekat dan lebih jelas walaupun bapak tidak dapat menunaikan permintaan terakhir Qamar iaitu membawa Qamar ke bulan." memang pelik fikiran nya. Tidak pernah dek akal orang seperti dia mahu ke bulan. Lama lagi saat itu akan berlaku.

Kalau kantoi di kampung, mahu dia kena ejek dengan penduduk kampung.

Dengan kata-kata itu, Shah Ismael terdiam seketika.

"Maaf Qamar.."

"Tidak perlu meminta maaf dekat Qamar, bapak. Qamar minta maaf dekat bapak dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Andai kata Qamar pergi dahulu, ikhlaskan masa-masa Qamar dengan bapak. Dan jangan lupa pesan pada Biha supaya tuju lah kearah jalan yang benar dan katalah kepada Biha yang Qamar sudah lama maafkan dia."

Galak air mata Shah Ismael jatuh.

Qamariah senyum nipis lalu mengelus air mata Shah Ismael.

"Sudah mahu Subuh ni. Bapak pergilah. Takut ada yang tahu tentang kehilangan kita."

'Maafkan bapak, Qamar. ' bisik hatinya.

Sebelum dia pergi, sempat Shah Ismael mencium dahi anaknya serta memeluk anaknya buat kali terakhir. Dengan itu juga, sebuah tanda kasih dan perpisahan yang mengukir dalam hati mereka berdua.

'Wahai bulan, walaupun seterang mana cahayamu, janganlah engkau sinarkan cahayamu kepada tempat persembunyian anakku.' bisik hati kecil Shah Ismael.

Tanpa sepatah kata lagi, Shah Ismael beranjak pergi, langkahnya berat seiring dengan perasaannya yang penuh dengan kesedihan. Dia tidak mahu pusing ke belakang. Takut dia tidak redha dengan apa yang dia lakukan.

Qamariah berdiri teguh, melihat sosok ayahnya yang semakin jauh di balik kabus tebal Gunung Titiwangsa.

Dia tahu, inilah takdir yang perlu ditempuhnya sendirian di puncak gunung yang sunyi ini.

Tetapi, dia seperti puteri dalam lagenda yang akan menjadi bulan yang terlindung dan menunggu saatnya untuk bersinar kembali.







Tangannya menadah untuk membaca doa. Dia baru sahaja selesai solat Subuh. Cantik sungguh matahari terbit tadi. Tidak lagi bulan semalam. Bulan yang menyinari cahaya dalam kegelapan gunung semalam.

"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebaikan dalam agamaku, kehidupanku, keluargaku, dan akhiratku. Ampunilah dosaku, bimbinglah aku ke jalan yang lurus, dan lindungilah aku dari segala keburukan dan bencana. Jadikanlah aku hamba-Mu yang bersyukur dan ikhlas dalam setiap amalanku. Amin, Ya Rabbal 'Alamin."

Sempat dia termenung seketika... Terasa penat menangis sebentar tadi. Mahu basuh muka, namun dia teringat yang dia mahu menyimpan air untuk buat stok makanannya. Walaupun air itu masih banyak, namun dia tetap terasa seperti sedikit.

Solat Subuh tadi pun dia tayamum sahaja.

Dia tersenyum nipis mengenangkan nasibnya. Ada betulnya juga Shah Ismael membawa dia ke sini.

'Ya Allah. Disini aku berpijak di bumiMu ini, dan disinilah jasadku bakal kembali. Aku redha dengan ketentuanMu, meski hatiku berat melepaskan dunia yang fana ini. Semoga sisa waktu yang Kau anugerahkan ini dapat aku gunakan untuk menggapai rahmatMu. Ya Allah, andai tiba saatku nanti, terimalah aku dalam kasih sayangMu. Ampunkan segala dosa-dosaku dan tempatkanlah aku di kalangan hamba-hambaMu yang beriman. Hanya kepadaMu aku berserah, hanya padaMu aku bergantung, dalam setiap detik yang semakin menghampiri pengakhiran.'

Tanpa dia sedar, itulah kalimat terakhir yang dia sebutkan sebelum dia hembuskan nafas selama-lamanya. Pada hari Jumaat yang indah ketika waktu Subuh tersebut.

TBC

𝗚𝗔𝗗𝗜𝗦 𝗣𝗨𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡Where stories live. Discover now