"Abang, sini lah cepat!" gesa Qamariah.
Luqman menggeleng. Teruja betul nak lihat bulan.
"Cantiknya bulan tu." tersengih suka Qamariah. Bulan malam ni penuh. Sama macam bulan hari sebelumnya. Makin semangat lah dia macam ni.
Qamariah mengalihkan pandangan kearah Luqman. Dia perasan sedari tadi Luqman merenungnya.
"Abang tenung apa?" tanya Qamariah malu.
"Pandang bidadari depan abang ni. Cantik sangat." ujar Luqman jujur. Berbahang wajah Qamariah.
"Hadza min fadli robbi." Luqman senyum tipis.
"Abang. Boleh Qamar ceritakan sesuatu? Tentang mimpi Qamar." pinta Qamariah.
Luqman mengerut dahi. " Mimpi? Qamar mimpi buruk ke?" soal Luqman.
"Tak. Tapi Qamar mimpi emak. Dalam mimpi tu, nampak sangat wajah emak. Dan... Biha sangat baik ketika itu." tersentak Luqman dibuatnya. Walaupun dia tidak kenal arwah Puan Fatimah, dia tahu arwah Puan Fatimah sangat baik orangnya. Seperti Qamariah. Shah Ismael selalu cerita tentang arwah isterinya kepada dia.
"Abang nak dengar?"
"Ceritalah. Abang akan setia menjadi telinga untuk Qamar." tidak semena-mena, Qamariah senyum manis.
"Macam ni...."
"Emak kenapa gelakkan Qamar? Hisy! Janganlah gelak. Malulah!" sedaya upaya dia menutup wajahnya. Habis lencun satu badannya apabila dia terjatuh ke dalam sawah padi. Habis bajunya dipenuhi tanah.
"Itulah Qamar. Emak kata jangan lari, Qamar lari jugak."
"Qamar lari bukan saja-saja. Qamar lari dari nyamuk. Habis dia gigit satu badan Qamar." Puan Fatimah hanya menggeleng kepala.
"Kakak ke tu? HAHAHAHA. Tangkap gambar." Sabihah membuat kamera menggunakan tangannya.
"Hisy! Semua gelakkan Qamar. Malulah macam ni." rengek Qamar.
"Alaa akak ni. Jom kita mandi parit? Nak tak?" laju Qamariah mengangguk.
"Biha pergi dulu. Kakak nak minta bapak tuala sekejap. Kalau masuk karang, habis bapak marah kakak."
"Orait, kakak. Biha pergi dulu. Bye." pamit Sabihah.
"Emak nak masuk atau tengok kitorang mandi?" tanya Qamariah.
"Emak teman kamu berdua mandi."
"Yeay!!" teruja Qamariah. Belum sempat dia ingin pergi ke rumah, Puan Fatimah menahan tangannya.
Qamariah menjungkit kening.
"Pergilah hiburkan hatimu dan bersabarlah. Suatu hari nanti pasti kau akan mendapat kebahagiaan." ujar Puan Fatimah.
Qamariah menggaru keningnya. Apa maksud Puan Fatimah.
"Kenapa emak kata begitu?" memanglah dia tak faham. Dia baru berumur 9 tahun. Dia tak faham ayat yang dilontarkan oleh Puan Fatimah.
Puan Fatimah hanya senyum. " Nanti semasa Qamar menginjak dewasa, barulah Qamar faham akan ayat emak.."
Lama Qamariah diam.
"Qamar pergilah mandi di parit dahulu. Biar emak ambilkan tuala." arah Puan Fatimah.
"Terima kasih, emak."dicium sekilas pipi Puan Fatimah.
Puan Fatimah senyum tipis.
"Mula-mula saya tak faham ayat emak, namun bila saya dah besar, barulah saya faham ayat dia dalam mimpi tu."
Luqman hanya diam tanpa menyampuk. Biarlah Qamar bercerita. Dia suka bila Qamar meluah kepadanya. Dia rasa amat diperlukan oleh Qamar.
"Maksud emak, pergilah hiburkan hati saya. Buat benda yang saya suka atau minat dan buat benda yang membahagiakan hati saya. Dan emak suruh saya bersabar walaupun ramai hina caci kita. Bersabar sebagai seorang kakak supaya membimbing adiknya ke jalan yang benar. Dan maksud emak 'suatu hari nanti pasti kau akan mendapat kebahagiaan' tu adalah abang. Awak, Luqman. Abanglah kebahagiaan saya. Apa yang membuatkan abang bahagia, saya lebih bahagia." terang Qamariah.
Luqman senyum manis. Air mata hampir jatuh namun sempat ditahan.
Perlahan-lahan, tubuh Qamariah dipeluk. Terhinjut-hinjut bahunya melepaskan tangisan. Dia tidak tahu kenapa dia menangis. Mungkin kerana luahan Qamariah sebentar tadi?
"Kenapa abang menangis? Terharu ke?" diusap-usap kepala Luqman.
"Abang terharu sangat, Qamar. Qamar juga kebahagiaan abang. Pemilik hati abang. Abang sayang Qamar. Jikalau abang tiada didunia ni, abang harap Qamar akan sentiasa ingati abang." luah Luqman.
Qamariah tersedar seketika. "Apa maksud abang yang tiada didunia? Abang nak tinggalkan, Qamar ke? Abang tak sayang Qamar ke?" air matanya jatuh.
Luqman mengelus air mata Qamariah. "Abang kata 'jikalau' , Qamar. Abang takkan tinggalkan Qamar kecuali Allah tarik nyawa abang."
"Abang, janganlah cakap pasal nyawa." rengek Qamariah.
Luqman senyum. "Sayang, kita kena ingat tentang kematian. Walau kita bahagia, sedih sekalipun kita kena ingat tentang kematian. Kerana Allah akan tarik nyawa tak kira masa, tempat, umur."
Qamariah menunduk malu. Dulu dia selalu ceramah Luqman. Sekarang dah terbalik.
"Maaf, abang."
"Takpa, sayang." tersenyum malu Qamariah kerana Luqman memanggilnya sebegitu.
Luqman mencubit pipi Qamariah. Lucu dia melihat wajah berbahang isterinya itu.
TBC
YOU ARE READING
𝗚𝗔𝗗𝗜𝗦 𝗣𝗨𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡
Historical FictionSatu kisah wanita yang sanggup berjuang demi keluarganya sendiri. "Wahai bulan, walaupun seterang mana cahayamu, janganlah engkau sinarkan cahayamu kepada tempat persembunyian anakku." - Shah Ismael "Kalau Qamar sedih, pasti Qamar akan melihat bulan...