18

29 6 0
                                    

"Abang nak makan ke? Kalau nak, Qamar hidangkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Abang nak makan ke? Kalau nak, Qamar hidangkan." tanya Qamariah kepada Luqman.

"Takpa, Qamar. Abang masih tidak lapar lagi."

Qamariah mengangguk lalu mengambil tempat ditepi Luqman yang sedang duduk diatas bangku diluar itu.

"Hmm."

Keluhan kecil itu membuatkan Luqman berpaling. "Qamar ada apa-apa nak beritahu abang?" soal Luqman. Lihat sahaja wajah gusar Qamariah pun dia sudah tahu.

"Qamar risau dengan hubungan kita, abang." ujar Qamariah sayu.

Terus redup pandangan Luqman. "Kenapa? Qamar takut Sabihah kacau rumah tangga kita?" soal Luqman. Namun, Qamariah hanya diam walaupun itu jawapan sebenar.

"Cantikkan bulan itu abang?" Qamariah menukar topik.

Luqman mengalihkan pandangan kearah bulan yang ditunjuki Qamariah itu.

"Sinarannya mampu buat Qamar terpukau." ujar Qamariah lagi. Direnung bulab itu sepuasnya.

"Bulan itu seperti Qamar. Sinaran dari senyumanmu membuatkan abang terpukau juga dan... Qamar cantik seperti bulan itu." puji Luqman. Qamariah senyum nipis.

"Qamar beruntung kerana bapak dan emak meletakkan nama Qamar, Qamariah. Kalau abang nak tahu, Qamar adalah bulan. Qamar suka lihat bulan. Ia bagai Qamar melihat diri Qamar sendiri." luah Qamariah. Luqman hanya diam. Memberi isterinya bicara.

"Abang akan jaga Qamar sampai akhir hayat abang." tiba-tiba sahaja Luqman berkata demikian.

"Kenapa abang tiba-tiba berkata begitu?" Qamariah mahukan jawapan namun Luqman membalas dengan senyuman.

"Takda apa-apa lah. Mari kita masuk dalam." terus lengan Qamariah ditarik lembut.






"ARGHH!! BODOH PUNYA PEREMPUAN!" lantang jeritan Sabihah.

"Kenapa Luqman juga yang kau nak? Kenapa?!" jerit Sabihah lagi. Barangan diatas meja ditolak sehingga terjatuh.

Shah Ismael yang mendengar teriakan anaknya, segera berlari ke bilik Sabihah.

Diketuk bilik Sabihah dahulu sebelum dipulas tombol pintu.

"Biha, kenapa dengan kamu ni, nak. Ya Allah! Habis barang-barang Biha jatuh ni." Shah Ismael mengucap perlahan.

"Diamlah kau orang tua! Ini semua salah kau! Disebabkan kau, perempuan tak guna tu kahwin dengan Luqman. Semua disebabkan kau!" lantang suara Sabihah berkata kepada Shah Ismael.

"Allahuakbar! Mana adab kau, Biha? Macam ni, kau kata dengan bapak kau sendiri?" soal Shah Ismael kecewa. Anak yang dia kasihi dari kecil, sewenang-wenangnya berlaku tidak adab kepadanya.

"Pergi mati dengan kau punya adab. Aku dah muak dengan perangai setan keluarga ni. Semua nak lebihkan Qamar! Sedangkan aku?" air matanya mengalir. Walaupun dia kuat diluar, tapi dia punya hati.

Sayu Shah Ismael melihat air mata anaknya. "Biha—" belum sempat Shah Ismael mahu menyusun ayat, Sabihah terlebih dahulu sudah keluar dari biliknya.

Bahu Shah Ismael sempat dilanggar.

"Biha, Biha!" panggil lantang Shah Ismael. Namun, Sabihah hanya menghiraukan. Baginya panggilan itu tidak penting.

"Allahuakbar." Shah Ismael meraupkan mukanya.  Bukan begini dia mahukan.







"Mana hutang aku?" soal Ahmad.

Sabihah merenungnya dengan pandangan tajam.

"Kau boleh diam sekejap tak? Asyik aku datang, hutang jelah kau nak." marah Sabihah.

Ahmad sengih. " Kalau tak cakap, kau lupa pulak."

Sabihah merengus. Sampul yang berisi duit, dikeluarkan dari kocek seluarnya.

"Nah!" sampul itu dibaling tepat diwajah Ahmad.

"Ini yang kita mahukan!" lebar senyuman Ahmad.

"Mana kau dapat duit banyak ni? Aku rasa, kau ni miskin." tanpa segan-silu dia mengutuk Sabihah.

Sabihah menyepak betis Ahmad.

"Dibandingkan kau dengan aku, kau lagi miskin. Duit tu, aku ambil dari laci bapak aku. Kau pandai-pandailah senyap."

"Wooo. Dah buat fitnah, sekarang ni mencuri pula? HAHAHAH teruk kau ni, Biha." galak Ahmad tertawa.

"Kalau aku teruk, kau bla la." geram hatinya melihat Ahmad tertawa. Dia membuka langkah ke motornya.

"Kau nak pergi mana? Balik rumah ke? Takut nanti rasa menyampah pulak balik rumah tu." soal Ahmad. Sempat dia mengejek Sabihah.

"Habis? Nak duduk rumah kau?" kasar suara Sabihah.

"Relax, Sabihah. Aku tahu mana tempat yang kau akan rasa selesa." dia membisik ketelinga Sabihah.

Sabihah senyum sinis. Tawaran yang sempurna.

TBC



𝗚𝗔𝗗𝗜𝗦 𝗣𝗨𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡Where stories live. Discover now