1

115 11 1
                                    

"APA yang Qamar sedang lakukan?" soal Shah Ismael kepada Qamariah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"APA yang Qamar sedang lakukan?" soal Shah Ismael kepada Qamariah.

"Kemarilah, bapak. Qamar mahu bapak melihat betapa indahnya bulan itu. Jikalau Qamar dapat melihat bulan itu lebih dekat, mungkin Qamar akan lebih bahagia selamanya." ajak Qamariah sambil melihat bulan yang ingin ditutupi awan itu.

"Adakah Qamar tidak bahagia duduk disini, wahai Qamar?" soal Shah Ismael. Dengan kerutan didahi, dia melihat anak kesayangannya.

"Bukan begitu, bapak. Qamar cuma mahu melihat bulan lebih dekat sahaja. Jangan risau. Qamar takkan kemana-mana."terang Qamariah mengelakkan Shah Ismael keliru.

"Ohh, begitu. Jika Qamar berkata dengan lebih awal, tiada lah bapak terfikir-fikir ayatmu itu." Qamariah tertawa kecil.

"Qamar sambunglah melihat bulan. Bapak keluar dahulu. Jangan lupa untuk tidur lebih awal." pesan Shah Ismael sebelum mencium ubun-ubun Qamariah.

"Baiklah, bapak." Qamariah mengangguk. Kelihatan awan sudah mula mahu menutupi bulan. 

"Semoga kita bertemu esok kembali, wahai bulan." gumam Qamariah sebelum dia menutup jendela. Dia bangun dari kerusi yang dia duduk ketika melihat bulan, dan terus ke katilnya untuk beradu. Sebelum tidur, sempat dia membaca doa tidur dahulu sebelum dia diulit mimpi.

Qamariah bersyukur kepada Tuhan nya kerana telah menciptakan bulan yang sangat indah.









"Qamar. Kemarilah makan dahulu sebelum Qamar ke pasar." ajak adiknya iaitu Sabihah.

Qamariah mengangguk sebelum kakinya bergerak ke meja makan.

"Adakah Biha yang masak hidangan ini, Sabihah?" soal Qamariah.

"Iya, Qamar. Biha hanya tahu masak nasi putih bersama telur goreng sahaja. Bukan macam Qamar. Qamar handal memasak." ujar Sabihah sambil memuji Qamariah. Qamariah tersenyum nipis.

"Tidaklah. Qamar handal memasak pun kerana Qamar belajar dari arwah mak." terang Qamariah.

"Sudahkah Qamar mengejutkan bapak?" Sabihah menukar topik perbualan. 

"Sudah. Mungkin bapak masih bersiap."

"Kalau begitu, marilah kita makan dahulu." baru sahaja Sabihah mahu mencedok nasi, Qamariah membantah.

"Jangan begitu, Sabihah. Tunggu bapak dahulu. Barulah kita dapat makan bersama. Kalau Biha lapar, Qamar pun lapar juga." tegur Qamariah.

Sabihah sedar akan tingkahnya, lalu segera memohon maaf. " Maaf, Qamar. Biha terlalu lapar sehingga tidak memandang sekeliling." Sabihah ukir senyum malu. Qamariah menggeleng perlahan sebelum kepala adiknya diusap lembut.

"Kenapa kalian masih belum makan lagi? Adakah kalian menunggu bapak?" soal Shah Ismael sebaik sahaja kaki dia sampai dihadapan meja makan.

"Iya bapak. Kata Qamar, dia mahu menunggu bapak dahulu. Barulah selesa makan bersama." ujar Sabihah bagi mewakilkan Qamariah.

"Kenapa kalian menunggu bapak? Tidak usah. Kalau kalian lapar, makan sahaja." pesan Shah Ismael.

"Baiklah, bapak." jawab mereka mengangguk.

"Bapak mahu kemana, cantik-cantik ini?" tanya Qamariah pula.

"Bapak mahu ke pekan. Katanya ada satu kerajaan datang ke kampung kita. Sebagai orang yang terpenting, bapak harus datang ke sana. Adakah Qamar mahu ke pasar?" tanya Shah Ismael kepada Qamariah.

"Iya. Kalau Qamar ke pasar, terpaksalah Sabihah tinggal seorang diri." ujar Qamariah. Dia memandang adiknya disebelah.

Terlihat ada mata sedang merenungnya, dia mengangkat wajah. "Tidak mengapa, bapak, Qamar. Jangan risau, Biha boleh menjaga rumah ini. Kalian pergi sahaja." Shah Ismael dan Qamariah saling berpandangan sebelum mengangguk.

"Baiklah, jika Biha berkata begitu."

Usai beberapa minit mereka makan, Qamariah mahu bertolak ke pasar, manakala Shah Ismael harus pergi ke pekan.

"Bapak, Qamar mahu ke pasar sekejap lagi. Qamar izin pergi, ye." pinta Qamariah.

"Baiklah, Qamar. Jaga diri, anakku." tangannya dihulurkan, pantas Qamariah menyambut. Begitu juga Sabihah yang berada di tepi Qamariah.

"Jaga diri juga anakku, Sabihah." Shah Ismael mengucup dahi kedua-dua puterinya itu.

"Bapak pergi dahulu. Assalamualaikum." usai memberi salam, Shah Ismael berlalu.

"Waalaikumussalam." jawab mereka berdua.

"Qamar pergi dahulu, Sabihah. Jaga diri di rumah." pesan Qamariah pula sebelum bertolak ke pasar.

Sabihah hanya mendengar pesanan daripada keluarganya itu. Sabihah memerhati Qamariah yang berjalan kaki untuk ke pasar itu.

Dalam hatinya, terselit juga cemburu dengan kakaknya. Kerana, kakaknya jauh lebih cantik, pandai memasak, beradab, dan pandai dalam agama. Walaupun dia ada semua sifat itu, dia tidaklah disukai orang ramai. Satu sahaja dia tidak ada persamaan dengan kakaknya. Iaitu Qamariah berdarah putih, manakala Sabihah berdarah merah. Namun, dia membuang sifat dengki dan cemburu itu supaya keluarga mereka kekal harmoni.

 Namun, dia membuang sifat dengki dan cemburu itu supaya keluarga mereka kekal harmoni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TBC



𝗚𝗔𝗗𝗜𝗦 𝗣𝗨𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡Where stories live. Discover now