Qamariah berlari ke pohon beringin di belakang halaman rumahnya dengan cepat. Dia ternampak seseorang sedang mengejarnya dalam kegelapan malam.
Usai sampai di hadapan pohon itu, Qamariah segera duduk di atas buaian itu dan mula menyanyi. Bunyi cengkerik berbunyi membuatkan dia sedikit gementar. Malam itu, tersangatlah tenang dan sedikit sejuk.
Tiba-tiba, bahu kanan nya dipegang. Terhenti nyanyian Qamariah. Qamariah menelan liur. Perlahan-lahan Qamariah pusing kebelakang untuk melihat siapa gerangan itu.
Pusing sahaja belakang, terkejut hebat Qamariah dibuatnya. Air mata Qamariah jatuh setitik di pipinya.
Qamariah memeluk erat gerangan yang berada dihadapannya itu.
Qamariah melepaskan pelukan. "Emak. Bagaimana emak boleh muncul di sini? Bukankah emak—" tanpa aba-aba, Puan Fatimah terus memotang percakapannya.
"Ya, sayang. Emak tahu apa yang Qamar mahu katakan. Tetapi, emak datang kesini untuk melihat siapa orang istimewa yang duduk di atas buaian ini. Ternyata Qamar rupanya. Buaian ini sangat istimewa. Istimewa untuk Qamar. Emak harap, Qamae dapat menjaganya dengan baik." sempat Puan Fatimah memesannya.
Qamariah mengangguk sambil mengelus air matanya.
"Mari. Biar emak buaikan buaian ini untuk kamu." Puan Fatimah mengajaknya.
Bersinar-sinar mata Qamariah ketika itu. Dengan laju dia mengangguk sambil bergerak kearah buaian itu. Puan Fatimah menggeleng sebelum ketawa kecil.
"Ha-ah-ah, ha-ah-ah
Ha-ah, ha-ah-ahSunyi sepi hidup tanpa keluarga
Menagih kasih ibunda
Diriku ini terperangkap di sini
Sanggupnya difitnah insan yang dikasihiBuai laju-laju
Buailah diriku
Buai laju, gembirakan hatikuBuai laju-laju
Buailah diriku
Hati duka, terkenang nasibkuHa-ah, ha-ah
Ha-ah-ah-ahBuai laju-laju Buailah diriku
Buai laju, gembiranya hatikuTitisan air mata
Maafkan segalanya
Hati gembira, kasih bertaut semula"Nyanyian itu terkeluar dalam mulut Puan Fatimah. Buaian itu dengan automatik bergerak sendiri. Didalam kegelapan malam itu, hanya kedengaran bunyi cengkerik berbunyi dan nyanyian dari Puan Fatimah sahaja.
Nyanyian Puan Fatimah terhenti. Qamariah kerutkan dahi.
"Kenapa emak berhenti? Nyanyian emak sungguhlah sedap." puji Qamariah ikhlas.
"Emak mahu memesan kepada kamu. Janganlah kamu memberitahu sesiapa tentang pohon dan buaian istimewa ini. Emak harap Qamar dapat menjaga amanah terakhir daripada emak ini." Puan Fatimah bergerak ke sungai yang terbentang luas dihadapan pohon beringin itu.
"Tetapi kenapa?" tanya Qamariah sambil melihat muka Puan Fatimah. Wajahnya jelita walaupun sudah tua.
Puan Fatimah hanya tersenyum.
"Emak ingin pergi."
"Pergi kemana?" ayat Puan Fatimah membuat dia pelik.
"Ketempat emak semula. Emak harap, Qamar dapat mengizinkan emak pergi." Qamariah terdiam. Dia faham akan ayat Puan Fatimah.
"Masa emak sudah tiba. Emak pergi dahulu." belum kaki Puan Fatimah mahu gerak, Qamariah segera memeluk Puan Fatimah.
"Qamae sayang emak." air matanya tumpah lagi.
"Emak juga sayangkan Qamar." dengan perlahan-lahan Puan Fatimah merenggangkan pelukan dan berlari ke semak-samun.
"Emak! Emak!" panggil Qamariah kuat. Badannya terjelepuk diatas tanah.
Qamariah tersentak. Dia bangun dari pembaringan.
"Mimpi rupanya." Qamariah mengeluh kesekian kali.
Dia bergerak ke jendela. Jendela dibuka. Melihat kepekatan malam bersama bulan dan bintang-bintang kecil diatas langit membuatkan Qamariah berasa sangat tenang dan nyaman ketika itu.
"Bulan. Aku mahu meluahkan sesuatu kepadamu. Aku mimpikan emak ku. Nampak sangat aku merindukannya. Hihi." Qamariah tertawa kecil.
"Aku harap, aku mimpikan emak ku lagi." ujar Qamariah sebelum pintu jendela ditutup.
Perlahan-lahan Qamariah keluar dari biliknya dan bergerak ke bilik air. Wudhuk diambil.
Usai wudhuk diambil, dia terus bergerak ke kamarnya kembali.
Sejadah dibentang dan telekung dipakai. Niat Solat Tahajjud dibaca dan mulai solat.
TBC
/ buka lagu diatas untuk mendengar dialog nyanyian dari Puan Fatimah
YOU ARE READING
𝗚𝗔𝗗𝗜𝗦 𝗣𝗨𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡
Historical FictionSatu kisah wanita yang sanggup berjuang demi keluarganya sendiri. "Wahai bulan, walaupun seterang mana cahayamu, janganlah engkau sinarkan cahayamu kepada tempat persembunyian anakku." - Shah Ismael "Kalau Qamar sedih, pasti Qamar akan melihat bulan...