Setelah lama berbincang mengenai 'sesuatu', akhirnya Qamariah hanya bersetuju dengan cadangan bapaknya.
"Bapak bukannya buat macam tu dekat Qamar. Tapi, bapak nak yang terbaik."
Ujaran Shah Ismael mula bermain di mindanya. Jauh dia mengelamun. Dia sedikit teruja dan sedikit sedih dengan cadangan bapaknya.
Cadangan itu bagai Drama Jepun!
"Tidak mengapa, Qamar. Itu juga disebabkan kau nak lari dari kampung ini." ujar Qamariah sayu.
Matanya merenung bulan yang menyinari kegelapan malam.
"Bulan, sudikah kau menjagaku disana? Aku tiada sesiapa lagi. Kau hanya perlu menyinari cahayamu pada ketika itu." air matanya jatuh.
Sedih!
Lama sudah dia tidak melihat bulan. Asyik berkurung dalam bilik dan terlalu berfikir untuk masa depannya.
"Sadis nya kehidupan aku, Ya Allah. Kenapa aku lemah begini? Mana Qamar yang kuat ketika dahulu kala?" rintih Qamariah perlahan. Dadanya ditumbuk perlahan.
Tanpa Qamariah sedar, Shah Ismael mendengar semua rintihan anaknya itu.
"Allah. Apa aku buat ni?" mukanya diraupkan.
Hanya itu sahaja candangan yang dia ada.
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya, Kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah mengenai orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya mengenai orang yang berdusta.”
(al-Ankabut: 2-3)
Termenung seketika Qamariah mendengarkan ceramah dari telefon bimbitnya.
Shah Ismael menolak pintu anaknya selepas diketuk.
"Qamar buat apa tu?" terhenti lamunan Qamariah. Serta-merta dihentikan ceramah dari telefon bimbitnya.
"Dengar ceramah, bapak."
Shah Ismael mengangguk perlahan.
"Qamar nak dengar bapak cerita?"
"Cerita apa, bapak?" kepalanya beralih ke Shah Ismael.
Dia suka apabila Shah Ismael bercerita dengannya.
"Tentang surah-surah didalam Al-Quran yang banyak maksudnya tentang ujian yang kita harus sabar dan tempuhi."
Makin berminat Qamariah ingin tahu.
"Ceritalah cepat." gesa Qamariah.
"Okay, bapak bagi situasi. Pada suatu hari, Hilman lari keluar dari rumahnya kerana disebabkan mak dan bapak dia pukul dia disebabkan markah peperiksaan dia merosot. Hilman buntu ketika itu sampailah dia mendengar laungan azan dari masjid. Dia tersedar yang dia sudah lama tidak menunaikan Rukun Islam yang kedua itu. Jadi, dia hanya menunggu diluar sehingga seorang pakcik datang menghampirinya untuk solat bersama. Namun, ditolak kerana dia malu disebabkan dia jauh dari Allah dan sudah lama dia meninggalkan perkara wajib itu. Tetapi, dengan bantuan pakcik tersebut Hilman dapat menunaikan solat Isyak dengan sempurna."
Shah Ismael berhenti disitu. Dia senyum nipis melihat Qamariah berminat ingin tahu kisah tersebut walaupun hanya sekadar rekaan sahaja.
"Selepas beberapa minggu, Hilman datang kembali di masjid itu. Apabila dia melihat pakcik yang mengajari dia solat tempoh lalu, dia ingin menceritakan dan luahkan segala isi hatinya yang terpendam semenjak dia berada di rumah itu bersama ibu bapanya. Dia tiada tempat bercerita dan hanya pakcik itu sahaja dia berasa tenang apabila bercerita. Banyak yang pakcik itu cerita. Dia selitkan ayat Al-Quran juga agar Hilman percaya yang kebanyakannya keluar dari mulutnya itu benar. Seperti,
"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,"(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."
(al-Insyirah: 5-6). Selain itu juga, hampir tiga potongan ayat Al-Quran diceritakan dan diselitkan satu hadis.
"Barangsiapa yang tidak reda terhadap qadak Ku serta tidak sabar terhadap ujian Ku, maka carilah Tuhan lain selain Ku."
(Hadis Riwayat Thabrani).
Bagi Hilman dia ingin tahu lebih mendalam tentang Islam. Dan ending nya pakcik itu mengangkat Hilman sebagai anak angkatnya. Tamat."
"Wah! Kisah benar ke, bapak?"
"Bukan. Bapak bagi situasi je tadi. Lagipun Qamar suka kan dengan cerita bapak tadi?" tanya Shah Ismael sambil mengangkat kening.
Qamariah senyum mengusik."Best, bapak. Bapak dah boleh buat novel dah tadi tau!"
"Yakah? Baguslah. Ada ilmu juga kalau bapak buat novel kan?" dilayan sahaja anaknya itu.
"Hahaha. Betul bapak. Qamar sokong!"
Shah Ismael hanya merenung wajah gembira anaknya itu.
'Ya Allah, selamatkanlah anakku dari segala bencana, Ya Allah. Mahupun Qamariah dan Sabihah. Aamiin' bisik hatinya.
TBC
“Tidaklah seorang Muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah S.W.T akan menghapus kesalahan-kesalahannya.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, No : 5641, Muslim, No : 2573, at-Tirmizi, No : 966, Ahmad, No : 7684, 8070, 10714)
YOU ARE READING
𝗚𝗔𝗗𝗜𝗦 𝗣𝗨𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡
Historical FictionSatu kisah wanita yang sanggup berjuang demi keluarganya sendiri. "Wahai bulan, walaupun seterang mana cahayamu, janganlah engkau sinarkan cahayamu kepada tempat persembunyian anakku." - Shah Ismael "Kalau Qamar sedih, pasti Qamar akan melihat bulan...