"Kenapa Qamar menangis ni, sayang?" soal Shah Ismael. Mahu ketuk pintu bilik Qamariah untuk menyuruh Qamariah makan, tetapi hanya tangisan kecil sahaja yang didengari oleh Shah Ismael.
"Qamar tak tahu, bapak. Kenapa Qamar lemah?"
Shah Ismael mengerutkan dahi. Aduh, kenapa pula ni?
"Kenapa ni, Qamar? Cuba beritahu bapak."
"Qamar mimpi arwah suami Qamar."
Shah Ismael terdiam.
"Qamar tak redha dengan pemergian arwah lagi ke?" takut juga Qamariah jadi begitu kerana ketika arwah Puan Fatimah meninggal, Qamariah paling sedih sehingga berkurung dalam bilik seminggu.
"Tak, bapak. Qamar dah redha. Tapi dalam mimpi tu, sangat tragis sekali." ujar Qamariah sayu.
Shah Ismael menghela nafas. "Cuba beritahu bapak apa yang kamu mimpikan itu." Shah Ismael ingin tahu juga apa yang dimimpikan oleh Qamariah itu.
"Qamar mimpi ramai makcik datang ke rumah untuk meminang Qamar. Mereka siap berkata yang arwah Luqman tidak layak bersama Qamar dan didalam mimpi itu juga ramai menghina mencaci arwah Luqman dan Qamar semasa kami bahagia dulu." sempat Qamariah menarik hingus. Air matanya dilap.
Shah Ismael menghela nafas. Dia buntu.
Dia kasihankan Qamar, tetapi dia tidak boleh buat apa-apa.
Hanya satu cara sahaja.
"Dan Qamar rasa benda itu akan berlaku, bapak." sambung Qamariah setelah melihat Shah Ismael seakan tidak memberi respon terhadapnya.
Shah Ismael terdiam.
"Bapak ada cadangan. Tetapi, cadangan ini agak susah untuk bapak dan Qamariah terima."
Qamariah menjungkit kening.
"Cadangan apa, bapak?" soal Qamariah.
Shah Ismael memeluk Qamariah lalu bisik tepat di telinga Qamariah.
"Assalamualaikum. Hamid oh Hamid." laung Shah Ismael kuat.
"Waalaikumsalam." sambut Pak Hamid dari dalam. Bergegas dia membuka pintu apabila mendengar ada melaungkan salam di luar rumahnya.
"Eh, Mael. Kau buat apa dekat sini? Masuklah." tawar Pak Hamid namun ditolak Shah Ismael.
"Takpe, Hamid. Aku sekejap sahaja ni." sopan Shah Ismael menolak.
"Kalau macam tu, jomlah kita duduk dekat meja batu bawak pokok tu." ajak Pak Hamid.
Shah Ismael hanya membuntuti. Kesian pula kalau dia menolak ajakan Pak Hamid untuk kali kedua.
"Ada apa-apa kau nak mengadu atau beritahu aku ke, Mael?" dia selalu dapat cerita tentang Qamariah dari Shah Ismael. Kesian Qamariah kerana penduduk kampung ramai tidak menyukai Qamariah.
Jadi, dia selaku ketua kampung harus mengambil cakna tentang semua yang berlaku di kampungnya.
Shah Ismael menggeleng.
"Bukan, tapi kau boleh carikan aku satu tempat tinggi seperti dekat gunung dan boleh melihat bulan dekat secara dek—" belum sempat habis, dipotong dengan satu tawaan.
"Hahaha. Tempat tinggi seperti gunung dan boleh melihat bulan secara dekat? Hahaha. Tidak pernah aku dengar lagi perkara merepek ini." lancang Puan Yati tertawa.
Pak Hamid memandangnya tajam manakala Shah Ismael merengus geram.
Menyibuk!
"Puan Yati. Boleh tak jangan ganggu kami bercakap? Kenapa? Tak puas hati lagi kerana aku tolak lamaran kau untuk mengahwini anakmu dan anakku?" sinis Shah Ismael.
Puan Yati meneguk liur. Pak Hamid pula senyum nipis.
"Hisy!" Puan Yati menghentak kakinya sebelum berlalu dari situ.
"Dah tua pun tak ingat nak taubat. Asyik menghina caci orang sahaja. Apalah nak jadi dengan manusia ketika ini. Membuat dosa seakan-akan tabiat harian!" Pak Hamid merengus perlahan.
"Sabar, Hamid. Biarlah orang macam tu. Dosa dia dengan Allah. Biar Allah tegur dia sendiri." ujar Shah Ismael lembut.
Shah Ismael menghentikan perbualan selepas dia memberikan kata-kata. Dan, ketika tiada balasan daripada Pak Hamid, Pak Hamid menyambung perbualan ketika beberapa minit mereka berdiam diri.
"Apa yang kau katakan aku tadi, aku tahu dimana tempat sesuai. Tetapi, kenapa engkau bertanya kepada aku tempat tersebut? Kau nak mendaki ke?" soal Pak Hamid.
Shah Ismael senyum kelat. Lalu, membuka mulut untuk mengeluarkan kata-kata.
TBC
agak-agak apa yang Shah Ismael katakan dekat Pak Hamid dengan Qamariah?
YOU ARE READING
𝗚𝗔𝗗𝗜𝗦 𝗣𝗨𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡
Historical FictionSatu kisah wanita yang sanggup berjuang demi keluarganya sendiri. "Wahai bulan, walaupun seterang mana cahayamu, janganlah engkau sinarkan cahayamu kepada tempat persembunyian anakku." - Shah Ismael "Kalau Qamar sedih, pasti Qamar akan melihat bulan...