"Lepaskan Qamar!!" jerit Qamariah kuat. Tangannya menolak-nolak tangan Sabihah yang sedang mengheretnya ke bilik stor.
"Diam!" ujar Sabihah kasar. Tidak kisah dengan tatapan sayu dan jeritan kesakitan dari Qamariah. Dia sedang marah ketika ini. Terasa api membara didalam tubuhnya.
"Kenapa Biha buat begini kepada Qamar?" soal Qamariah sambil menangis teresak-esak.
Sabihah menghentikan langkah. Ditatap wajah bersih kakak kembarnya. "Disebabkan kau, Luqman tidak menyukaiku. Disebabkan kau, bapak tidak memberikan perhatianku. Semua disebabkan kau!" kasar bahasa Sabihah. Tiada rasa hormat terhadap orang yang lebih tua darinya. Yang dia tahu, dia sangat marah dan benci terhadap Qamariah.
Sabihah menyambung langkah dengan Qamariah ditarik sekuatnya. Tidak kisah sakit dirasai.
Sampai dihadapan bilik stor, dia terus menolak Qamariah. Qamariah jatuh terlentang diatas lantai itu. Dengan kesempatan yang Sabihah ada, terus dia menutup pintu dan dikunci.
Qamariah bangkit kembali apabila terdengar pintu yang ditutup.
"Buka! Tolong! Tolong buka pintu ini!!" kuat jeritan Qamariah sambil diketuk-ketuk pintu itu kuat.
Sabihah tersenyum sinis. Terasa puas hatinya.
Krukk
Krukk
Qamariah memegang perutnya yang berbunyi itu. Dari petang tadi sehinggalah malam, dia tidak merasai makanan lagi. Nasib sahaja dia sudah sarapan. Haus, lapar, semuanya ada.
Qamariah bersandar ke dinding apabila merasa sakit kepala yang teramat.
Qamariah menghembus nafas. Kenapa dia jadi begini? Apa salahnya terhadap Sabihah?
flashback...
"Qamar!"
Terdengar seseorang memanggilnya, terus Qamariah berpusing kebelakang.
Alangkah terkejutnya dia melihat gerangan itu.
"Luqman?"
Alangkah terkejutnya Qamariah apabila terlihat gerangan itu.
Perlahan-lahan kakinya diundurkan.
"Jangan takut, Qamar. Aku tidak akan melakukan apa-apa terhadap engkau." pinta Luqman lembut.
Qamariah senyum kelat. Terlalu susah baginya untuk mempercayai Luqman.
YOU ARE READING
𝗚𝗔𝗗𝗜𝗦 𝗣𝗨𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡
Historical FictionSatu kisah wanita yang sanggup berjuang demi keluarganya sendiri. "Wahai bulan, walaupun seterang mana cahayamu, janganlah engkau sinarkan cahayamu kepada tempat persembunyian anakku." - Shah Ismael "Kalau Qamar sedih, pasti Qamar akan melihat bulan...