17

27 5 0
                                    

Alhamdulillah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Alhamdulillah. Itulah ayat pertama yang keluar dari mulut Luqman selepas diijab kabulkan bersama Qamariah. Bahagianya tidak terkata. Dia bersyukur sangat kepada Allah.

Dia mendekati Qamariah yang sedang bersimpuh itu. Tidak percaya di hadapannya ini adakah orang atau bidadari. Tersangatlah cantik. Bersama purdah putih yang menutupi bahagian mulut dan hidung Qamariah, membuatkan lagi cantik apabila terlihat mata sahaja.

Sampai dihadapan Qamariah, satu cincin dikeluarkan dari kotak baldu itu dan disarungkan ke jari manis Qamariah. Ramai yang bersorak suka. Qamariah nelakukan hal yang sama pada Luqman. Lalu, mencium tangan Luqman.

Photographer tidak terhalang untuk menangkap gambar.

"Izinkan abang, sayang." malu Qamariah apabila dipanggil begitu. Namun, dia anggukan jua.

Luqman membuka purdah yang menutupi separuh wajah Qamariah itu.

Dua perkataan yang terkeluar dari mulut Luqman apabila melihat wajah cantik Qamariah itu. Masyaallah dan Subhanallah.

"Izinkan abang cium dahi sayang." Luqman terus melabuhkan bibirnya ke dahi Qamariah.

Shah Ismael yang melihat anaknya tersenyum, berasa bahagia. Ya Allah, aku takut untuk melepaskan anakku kepada orang lain, Ya Allah. Kau jagakanlah puteriku, Ya Allah.







Selesai majlis akad nikah yang dilangsungkan di masjid sebentar tadi, Luqman membuat perhitungan untuk balik. Dia dan Qamariah mahu balik kerumah Shah Ismael dahulu untuk mengambil barangan Qamariah.

Sampai dirumah, Qamariah turun dari kereta. Dia terlihat Sabihah bersama seorang lelaki sedang duduk diatas pangkin. Namun, Qamariah membiarkan. Takut dia diserang oleh Sabihah nanti.

"A-awak nak masuk sekali ke?" soal Qamariah gagap. Malu masih ada.

"Awak? Siapa awak?" Luqman buat-buat tidak kenal.

Qamariah menggulingkan mata. Tahu muslihat Luqman. "Abang nak masuk sekali ke?" soal Qamariah sekali lagi.

"Takpelah, abang tunggu luar. Qamar masuklah."

"Baik."

Sedang dia menunggu Qamariah, Sabihah menghampirinya.

"Eh, apa Luqman buat dekat sini? Cari Sabihah ke?" Sabihah malu-malu kucing disitu.

"Maaf, Sabihah. Tiada masa Luqman untuk mencari Sabihah."

Sabihah menahan geram. Sampai hati!

"Habistu? Luqman cari perempuan tak guna tu ke?" soal Sabihah tak puas hati.

Dari berpeluk tubuh, Luqman berdiri tegak. "Siapa perempuan tak guna? Patutnya gelaran itu untuk kau. Bukan Qamar." tegas Luqman berkata.

"Kenapa ye, semua berpihak pada Qamariah. Dia itu tiada apa-apa. Lainlah Biha." Sabihah cuba memegang lengan Luqman namun ada tangan yang menepis.

"Jangan berani nak pegang Luqman, Biha." tegas Qamariah bersuara.

Sabihah berdecit marah. "Kau kenapa? Sibuk apa pasal? Sukahati akulah nak pegang Luqman. Kenapa? Engkau cemburu ke?" soal Sabihah bertalu-talu.

"Jaga percakapan kau, Biha. Ingat dengan siapa engkau bercakap."

"Hahaha. Buat apa aku nak hormat dekat kau. Bagi aku, kau ni elok dekat bawah tapak kaki aku la, perempuan!" tidak kesah akan kata-kata tidak beradapnya.

"Hey, Sabihah. Aku nak tanyalah kan. Kenapa eh kau tak puas hati dengan Qamariah. Kau ni elok sebenarnya, tapi perangai nauzubillah. Macam syaitan. Kau ingat aku tak tahu ke yang kau ni pernah kurung kembar kau dalam bilik stor? Takda rasa perikemanusiaan sedikit ke?" panjang lebar Luqman bertanya.

"Jawapan dia senang, perempuan ni ambik Luqman dari Sabihah."

"Siapa yang rampas siapa? Aku isteri kau ke? Aku mak kau ke? Bukan kan? So, lantak aku nak buat apa. Takda masalah kalau Qamar ambik aku dari kau. Sebab Qamar memang aku punya!" sejurus dia melepaskan rasa tidak puas hatinya, dia terus menarik lembut tangan Qamariah dan membawa masuk kedalam kereta.

"Luqman, Luqman!" panggil Sabihah berkali-kali. Namun, hampa. Kereta yang dipandu Luqman sudah jauh dari pandangan Sabihah.

"ARGHH!!" jerit Sabihah. Suara Ahmad yang memanggilnya, dihiraukan. Kakinya menyepak batu kecil diatas jalan sebelum masuk kedalam rumah. Hatinya membara ketika ini.

TBC

Ingatkan takda masalah masa kahwin, rupanya masa balik dari akad nikah baru ada 🥰.

𝗚𝗔𝗗𝗜𝗦 𝗣𝗨𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡Where stories live. Discover now