22

27 5 1
                                    

Sebulan berlalu...

Banyak benda yang berlaku sepanjang sebulan ini. Mereka ingat jikalau mereka berkahwin, fitnah itu akan tiada. Malangnya, tidak. Mereka tidak habis lagi menfitnah kerana kes Ahmad yang lalu. Namun, Luqman dan Qamariah hanya memekakkan telinga sahaja.

"Uhuk-uhuk." terus hilang lamunan Qamariah. Wajah Luqman ditatap sayu.

Doktor ada memberitahu bahawa jangka hayat Luqman hanya tinggal setahun sahaja lagi.

Ya. Luqman menghidap penyakit jantung. Sudah lama Luqman menghidap penyakit jantung.

Hampir gugur jantungnya apabila ayat itu sampai ditelinganya.

"Abang. Jom kita kita pergi klinik. Check lagi sekali. Qamar risaulah abang batuk setiap hari." perlahan suaranya.

"Takpa, Qamar. Abang boleh makan ubat yang doktor bagi haritu. Mari sini sekejap."

Qamariah hanya menurut. Didekati Luqman yang sedang duduk diatas katil itu. Perlahan-lahan punggung dilabuhkan di atas katil.

"Maafkan abang sebab rahsiakan penyakit abang dekat Qamar. Mesti Qamar rasa menyesal kahwin dengan abang kan? Sebab abang tak beritahu dahulu abang ada penyakit. A—" terus Qamariah memotong ayat Luqman.

"Abang. Qamar tak menyesal kenal Luqman. Jujur Qamar kata, Qamar tak menyesal langsung. Sepanjang kita kahwin, abanglah jadi penguat Qamar selepas bapak. Abang janganlah cakap begitu. Qamar sedihlah." luah Qamariah sedih. Luqman tersenyum kecil.

"Baik, Qamar. Abang tak cakap lagi. Abang sayang lah intan payung abang ni." digomol pipi Qamariah. Qamariah mengekek suka.

Luqman tersenyum melihat wajah Qamariah yang tersenyum itu. Bagaimana lah jikalau dia sudah tiada nanti? Masih ada lagi kah wajah bercahaya nya? Dia pasti akan membuatkan Qamariah bahagia sepanjang setahun ini. Insya Allah.

TBC

idea tiada itu pasti.. maaf kerana chapter kali ni sikit. Tadi dah buat 500 lebih patah perkataan. Tapi lupa nak save 🥲 Jadi begini cukuplah..

𝗚𝗔𝗗𝗜𝗦 𝗣𝗨𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡Where stories live. Discover now