"Sabihah!"
Tersentak Sabihah yang berada didalam bilik. Terhenti tariannya tadi. Baru sahaja mahu acah-acah princess tadi.
Sabihah terus keluar apabila Shah Ismael memanggilnya. Takut ada benda buruk terjadi. kalau boleh dia mahu abaikan sahaja panggilan dari Shah Ismael. Namun, takut ada sesuatu terjadi, dia paksakan diri juga untuk keluar dari bilik.
Kakinya terus bergerak ke arah ruang tamu.
Sampai sahaja diruang tamu, terkedu dia melihat sepasang tubuh sedang baring beralaskan bantal kusyen.
"Q-qamariah?" gagap Sabihah. Bagaimana Qamariah boleh keluar dari bilik stor itu? Siapa yang menolongnya?
Pelbagai pertanyaan berada di kepala Sabihah.
"Apa yang kamu tercegat lagi? Pergi ambil kain basah sekarang!" arah Shah Ismael tegas.
Sabihah terus memecut laju kearah dapur. Takut akan ketegasan Shah Ismael. Walaupun dia tahu Shah Ismael seorang penyabar dan tidak mudah marah, dia harus berjaga-jaga supaya Shah Ismael tidak melepaskan amarahnya kepada dia.
Sabihah mengambil kain didalam laci bersama sebuah besen yang berada di rak. Pili air dibuka dan air pun meluncur masuk kedalam besen tersebut.
Perlahan-lahan Sabihah membawa ke ruang tamu.
"Ini, bapak." Sabihah memberi besen yang berisi air dan kain yang diambil tadi.
Terus Shah Ismael mengambil kain kecil itu dan merendamkan kedalam besen yang berisi air itu. Diperah kain itu. Lalu, dilapkan dimuka serta tangan Qamariah.
Sabihah mengepal penumbuk.
Qamariah mencelik matanya apabila matahari menyinari mukanya. Terbangun Qamariah apabila dia dapat tahu dia berada didalam biliknya.
"Adakah ini mimpi?" gumam Qamariah. Ditepuk-tepuk pipinya.
"Ini realiti, bukan mimpi." Namun dia pelik. Bagaimana dia berada didalam biliknya? Sedangkan kunci stor itu hanya berada di Sabihah. Takkanlah Sabihah mengangkatnya pula?
Qamariah memegang kepalanya yang berpinar. Dia tidak ingat apa yang jadi semalam.
Qamariah segera turun dari katil dan berlalu ke dapur. Harapnya ada makananlah.
Lihat sahaja ada tudung periuk diatas meja, laju langkah Qamariah ingin ke meja.
Qamariah terus membuka tudung periuk itu. Bersinar-sinar matanya apabila melihat satu polistrin makanan. Diatasnya pula ada satu kertas kecil.
Qamariah mengambil kertas kecil itu.
"Makanlah. Bapak beli pagi tadi. Bapak takut Qamar akan kelaparan. Jadi, bapak beli sahaja di gerai berdekatan rumah pagi tadi. Sekali-sekala, Qamar bolehlah mengisi perut."
Tersenyum lebar Qamariah dibuatnya. Alhamdulillah. Rezeki dia. Benarlah, Jika Allah menolongmu, maka tidak ada orang yang dapat mengalahkan mu.
Seperti ayat itu. " Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada seorang yang dapat mengalahkanmu. Jika Allah membiarkanmu (tanpa memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang mendapat menolong kamu (selain) dari Allah? Oleh itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakal."
Ali 'Imran : Ayat 160
Qamariah terus membuka polistrin tersebut. Buka sahaja polistrin tersebut, rasa ingin menangis pula dia. Makanan didalam polistrin itu lenyap. Tiada sebutir nasi pun.
"Kenapa Biha buat Qamar begini?" gumam Qamariah kesal. Dia pasti Sabihah yang menghabiskan Nasi Lemak ini.
Terpaksanya Qamariah bangun dari duduk dan masak. Untuk isi perutnya juga. Sekali-sekala makan tengahari sekali.
Semasa masak, perutnya tidak habis-habis berkeroncong. Terpaksalah Qamariah menahan lapar.
Sabihah senyum sinis apabila dapat mengenakan Qamariah. Biar padan muka.
TBC
lama sangat tak menulis, macam nilah jadinya.
YOU ARE READING
𝗚𝗔𝗗𝗜𝗦 𝗣𝗨𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡
Fiksi SejarahSatu kisah wanita yang sanggup berjuang demi keluarganya sendiri. "Wahai bulan, walaupun seterang mana cahayamu, janganlah engkau sinarkan cahayamu kepada tempat persembunyian anakku." - Shah Ismael "Kalau Qamar sedih, pasti Qamar akan melihat bulan...