Lemah Qamariah memasukkan pakaian-pakaiannya ke dalam beg.
Dalam sedang dia mengemas pakaiannya, pintu biliknya terbuka.
Krekk!
Qamariah mengalihkan pandangan kearah gerangan yang membuka pintu biliknya itu.
"Sabihah?"
Sabihah hanya diam.
"Biha buat apa dekat sini?" soal Qamariah.
"Kau nak kemana?" lain ditanya, lain dijawab.
Soalan dijawab soalan.
"Qamar saja je nak kemaskan pakaian arwah abang Luqman." Ya. Dia mahu menderma kan pakaian-pakaian arwah suaminya kepada yang memerlukan.
Kalau mahu dilihat, baju suaminya hanya sedikit. Namun, sudah penuh didalam almari Qamariah.
Dia tinggalkan satu pakaian arwah Luqman untuk menghilangkan rasa rindunya terhadap arwah.
"Ohh." mulut dibulatkan.
Qamariah mengerut dahi.
Apa tujuan Sabihah datang ke biliknya? Hanya sekadar tanya 'buat apa' sahaja?
"Apa hajat Biha datang ke bilik Qamar? tanya Qamariah. Lipatan yang terakhir diletak ke dalam beg.
"Tiada apa-apa." sejurus itu, Sabihah terus keluar dari bilik.
Qamariah menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Pelik betul dengan perangai adik kembarnya itu.
Sabihah menghempaskan badannya ke katil. Direnung siling rumah papannya itu.
"Apa yang aku dah buat ni, Ya Allah." sejak dari itu, baru dia tersedar yang sudah lama dia tidak sebut kalimah itu.
Beberapa hari ketika dia tiada di rumah, dia pergi mencari kerja.
Tempat kerjanya jauh! Di bandar sana. Namun, apa dayanya terpaksalah dia tumpang hotel murah sebelum masuk ke kerja.
Alhamdulillah, dia mendapat kerja sebagai personal assistant di pejabat yang gah.
Wang bernilai RM10,000 dilaci, ditenung. Duit itu sempena bonus nya bekerja di sebuah bangunan yang gah dan gajinya untuk bulan ini kerana dia masuk akhir-akhir bulan.
Setiap duit diasingkan menjadi RM5,000. Dia mahu tebus balik kesilapannya dahulu. Mencuri, menceroboh rumah orang, menfitnah dan lain-lain lagi.
Dia alpa.
Dengan berkat terputus hubungan Fahmi dan Sabihah membuatkan Sabihah tekad untuk berubah.
flashback...
Dress ketat yang melekap ke tubuh badannya dipandang didalam cermin.
Seperti biasa, dia suka akan memuji dirinya sendiri.
Mangkuk bertingkat diambil dan terus menuju keluar dari rumahnya.
Dia mahu memberi ke teman lelakinya makanan.
Mana tahu dah boleh angkat jadi future wife?
Sedang dia menanggalkan high heels nya, Sabihah perasan yang ada satu kasut wanita yang disorok di bawah rak kasut.
Dengan perasaan marah, terus Sabihah membuka pintu rumah tersebut.
Terjatuh makanan yang dibawanya.
Melihat Fahmi yang hanya bertuala melilit pinggang dan seorang gadis yang tubuhnya membaluti comforter yang menangis teresak-esak itu membuatkan Sabihah kecewa.
"Y-you?"
Fahmi memggeleng kepalanya berkali-kali. Didekati Sabihah yang berdiri kaku dihadapan pintu.
Fahmi mencuba meraih tangan Sabihah, namun Sabihah menepis.
"Bukan macam yang you sangka, sayang. I tak tahu macam mana perempuan tu datang dekat bilik I." rayu Fahmi.
"SHUT UP, FAHMI. YOU FIKIR I BODOH?! TERANG-TERANG YOU BERDUA-DUAAN DENGAN PEREMPUAN TU." turun naik dada Sabihah sekarang ini.
"No! Bukan, sayang."
"STOP CALLING ME WITH THAT WORD! SAYANG YOU HANYA MELALUI PERKATAAN DAN BUKANNYA DARI HATI YOU!" terhinjut-hinjut bahunya melepaskan tangisan.
Begini rupanya perasaan Qamariah jikalau dia merampas Luqman daripada Qamariah.
"MENYESAL I KENAL DENGAN YOU!"
"Please, Biha. I tak buat apa-apa." sayu suara Fahmi.
"Kita putus. I harap you jaga baik-baik perempuan tu macam mana you jaga I."
Fahmi memggeleng kepala. Bukan ini yang dia nak.
"Kalau takdir menolak kita untuk bersama, I lah yang mengalah demi semua ini. Terima kasih untuk semua ni, Fahmi." usai kata, terus dia keluar dari rumah itu.
"ARGH! BIHA!" dipandang gadis yang masih menangis itu.
"KAU JANGAN INGAT AKU AKAN TERIMA KAU LAH, PEREMPUAN!" herdik Fahmi kuat.
end of flashback...
TBC
sikit je harini. saya pun taktahu apa yang saya tulis
YOU ARE READING
𝗚𝗔𝗗𝗜𝗦 𝗣𝗨𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡
Historical FictionSatu kisah wanita yang sanggup berjuang demi keluarganya sendiri. "Wahai bulan, walaupun seterang mana cahayamu, janganlah engkau sinarkan cahayamu kepada tempat persembunyian anakku." - Shah Ismael "Kalau Qamar sedih, pasti Qamar akan melihat bulan...