** Di Tawau Sabah**
Beberapa kumpulan penjenayah yang masuk di kawasan kampung secara senyap-senyap. Kes penyeludupan senjata api dikampung itu dikendalikan oleh beberapa kumpulan penjenayah disitu.
Ketua kumpulan penyeludupan itu membuka kotak yang berisikan beberapa senjata api haram. Anak-anak buah mereka memerhati dengan penuh teliti terhadap senjata api itu.
Ketua mereka menggapai senjata itu dan menepuk-nepuk dengan riak wajah yang bangga setelah berjaya menyeludup masuk senjata api itu secara haram dikawasan perkampungan itu.
Beberapa minit kemudian, unit khas Pasukan Gerakan Am diketuai oleh Inspektor Azreel Huq dan beberapa anggota mengiringi dibelakang menuju ketempat dimana aktiviti penyeludupan berada.
Setelah mereka tiba di satu perkampungan, dengan perlahan-lahan pasukan mereka memerhati disetiap sudut kawasan itu.
Seorang anggota mereka ternampak dimana beberapa orang suspek yang sedang rancak mengangkat beberapa kotak yang berisikan senjata api dibawa masuk kedalam rumah usang itu.
"Tuan!" Sapa salah seorang anggota disitu. Pandangan tajam terpanah kearah dimana suspek berada. Aktiviti penyeludupan senjata api secara haram sedang giat berjalan.
"Ada apa?" Sapa Azreel Huq tegas. Anggota berpangkat koperal itu menunjuk kearah tempat aktiviti penyeludupan secara haram sedang giat berjalan kepada ketuanya.
"Itu tempat dia tuan!"
"Awak pasti itu tempat dia?" Tanya Azreel Huq tegas. Wajah anggotanya dipandang tajam.
"Ya tuan! Saya yakin disitulah tempatnya."
Azreel Huq memerhati lokasi suspek yang tidak jauh daripada mereka untuk menyasarkan sasaran. Pandangan tajam daripada Azreel kearah lokasi suspek itu membuatkan dirinya makin mencabar.
Isyarat tangan kepada anggotanya menjadikan semua diantara mereka sudah bersedia untuk membanteras penjenayah penyeludupan dikawasan itu.
"Baik! Kita gerak sekarang!" Arah Azreel Huq kepada anggotanya. Mereka semua bergerak kearah lokasi suspek yang tidak jauh daripadanya.
"Hahaha! Finally, i got it! Thank you Mr Feng!" Ujar ketua penyeludupan itu dengan riak bangga.
"No problem!"
Azreel dan anggota-anggotanya memerhati diluar bangunan itu sebelum menerjah masuk untuk membanteras semua suspek yang berada didalam bangunan itu. Azreel mengangguk kepala kepada anggotanya menandakan bersedia untuk menerjah masuk.
"Jangan Bergerak! Polis! Letak senjata dan menyerah!" Jerit Azreel dengan mengarahkan pistolnya kearah suspek.
Ketua penjenayah itu melarikan diri daripada bangunan itu dan Azreel juga mengejar ketua itu dengan sepantasnya. Dimana anggota yang lain mengepung didalam bangunan itu dengan beberapa suspek sudah berjaya diberkas.
"Jangan lari!" Tengking Azreel sambil mengacukan pistolnya kearah ketua suspek itu.
"Bang!" Satu das tembakkan dilepaskan kearah Azreel tetapi dengan pantas dia elak daripada terkena sasaran.
" Bang!" Tembakkan daripada Azreel kearah suspek berjaya disasarkan sehingga ketua suspek itu terpelanting tidak dapat bergerak. Tangannya cedera sehingga terkeluarnya darah tanpa henti.
"Diam! Ooo kau rupanya kepala penyeludup."
"Arggg lepaskan aku!"
"Diam! Bangun!" Tengking Azreel sambil memegang tangan suspek yang sudah digari sebentar tadi. Wajah barannya membuatkan suspek itu tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya mampu menyerah diri.
YOU ARE READING
He's Mine Mr PGA (Inspektor Azreel Huq)
ActionInspektor Azreel Huq X Herlina Ayuni _____________________________________ Azreel Huq seorang pegawai polis berpangkat Inspektor didalam unit Pasukan Gerakan Am di Tawau Sabah. Seorang yang bersikap ramah dan lemah lembut dengan orang sekelilingnya...