💚 BAB 15💚

63 4 0
                                    

Jam menunjukkan tepat 5:30 pagi, azan subuh berkumandang ditaman perumahan yang mewah itu. Azreel memandang jam di dinding biliknya dengan mata yang masih kuyu dan mengantuk.

Tuala yang disangkut pada hanger dibelakang pintu diggapai dan langkahnya bermula menuju kearah bilik mandi. Belum sempat dia melangkah masuk kedalam bilik mandi, dia menoleh kearah isterinya yang masih nyenyak dibuai mimpi.

Wajah cantik isterinya dipandang lama. Terukir senyuman nya melihat wajah Herlina. Walaupun isterinya anak orang kaya tetapi sifatnya tersangatlah sederhana dan ramah.

"Cantik betul Mrs PGA aku ni." Puji Azreel sambil memandang lama kearah isterinya. Herlina menukar posisi tidurnya kearah lain dengan memeluk bantal peluk. Selepas dia memandang lama kearah isterinya, kembali dia melangkah kearah bilik mandi untuk bersiap-siap solat subuh.

Tepat jam 7 pagi, Azreel menyarung uniform ditubuhnya sementara menunggu Herlina menyiapkan sarapan pagi sebelum dia bergerak pergi ke batalion. Bau haruman daripada masakkan yang dimasak oleh isterinya termasuk kedalam rongga hidungnya. Perutnya mula berkeroncong kerana terhidu bau masakkan isterinya.

Setelah selesai menyarung uniformnya, dia bersiap sedia keluar daripada biliknya dan turun ketingkat bawah.

"Morning abang!" Sapa Herlina yang selesai menghidangkan sarapan pagi diatas meja.

''Morning. Sedapnya sayang masak. Nasi lemak je?" Soal Azreel dengan reaksi wajah yang bercampur haduk.

"Aah bang! Nasi lemak dan..... ayam berempah."

Dia menggapai seketul ayam goreng berempah itu dan diletakkan didalam pinggan yang berisikan nasi lemak dan sambal tumis itu. Belum sempat dia ingin menyentuh nasi itu, Herlina membetulkan kolar uniform suaminya.

Riak wajah terkejut Azreel membuatkan dia terdiam seketika apabila melihat isterinya membetulkan kolar uniform yang dipakai itu.

"Kenapa?" Tanya Azreel sambil memandang kearah Herlina.

"Saya nak betulkan uniform abang. Biarlah nampak hensem sikit Tuan Inspektor saya ni."

"Janganlah hensem-hensem sangat. Kan nanti ada yang mengorat abang macamana?" Usik Azreel. Airmuka Herlina berubah kepada serius mendengar kata-kata itu. Tangannya disilang dengan riak wajah muncung.

Azreel dengan pantas bangun daripada tempat duduknya dan memujuk isterinya selepas dia mengeluarkan kata-kata itu. Herlina menepis pelukkan Azreel untuk memujuk dirinya.

"Alah merajuk pula. Janganlah merajuk, abang gurau jak. Siapa yang mahu mengorat abang. Beranikah mereka diluar sana lihat abang?"

"Bohong!"

"Astagfirullahalazim. Betul bah!"

"Baik! Kalau saya dapat tahu abang main dengan perempuan lain, tahulah saya halau abang tidur diluar." Ugut Herlina kepada suaminya.

"Tidak. Cinta abang hanya untuk sayang." Ujar Azreel dengan mengukir senyuman kepada Herlina.

Jam ditangan dipandang seketika, menunjukkan sudah masuk 7:45 pagi, Azreel dengan segera bersiap-siap menyarung stokin dan kasut kerjanya sebelum bergerak ke batalion.

"Okaylah, abang gerak dulu. Abang terpaksa kerja walaupun kita masih dalam mood pengantin. Kes pengedaran dadah masih tertangguh."

"Hati-hati bang."

"Baik! Bye Assalamualaikum."

"Waalaikumusalam." Tangan suaminya dicium sebelum bergerak menuju masuk kedalam kereta. Kereta mewah Honda Civic Type-R meninggalkan halaman rumah yang besar itu.

He's Mine Mr PGA (Inspektor Azreel Huq)Where stories live. Discover now