Dua lelaki itu menuam ais dipipi mereka setelah dibelasah oleh Azreel sewaktu Azreel menyelamatkan Herlina. Bengkak dipipi mereka semakin sakit. Kelihatan Shahrul sedang menggosok kakinya setelah dipijak kuat oleh Azreel.
"Sial punya jantan. Aku takkan lepaskan kau kali ini." Ujar Shahrul dengan penuh rasa dendam.
"Sekarang macamana boss? Nak kitaorang dapatkan perempuan tu?"
Shahrul dengan pantas bangun dan memandang lama kearah dua orang lelaki sebagai orang kanan dan kiri nya didalam setiap tugasan didalam hutan itu. Aktiviti haram yang berjalan didalam hutan itu tidak diketahui oleh mana-mana pihak.
"Aku nak korang berdua ekori perempuan itu. Dalam masa yang sama, aku nak korang perhati Inspektor polis tu."
"Tapi boss, kalau ada orang bawahan bersama dia."
" Aah boss, dia punya hebat bukan calang-calang."
"Ahh! Aku tak kira, aku nak korang berdua dapatkan perempuan itu dan ekori jantan itu." Ujar Shahrul dengan penuh kekerasan. Dia menyimpan rasa dendam apabila Azreel menyelamatkan Herlina pada malam itu.
"Baik boss!" Serentak lelaki itu membalas.
___________________
Azreel yang sedang sibuk menyiapkan kerjanya tanpa menghirau anggota lain lalu lalang diluar bilik kerja. Dalam masa yang sama, Ainul dan Kalisya memerhati Azreel yang fokus menyiapkan kerja.
Mereka berdua saling berpandangan antara satu sama lain sebelum dia kembali memandang lama kearah Azreel. Kelihatan wajah Azreel seperti tertekan. Apa yang difikir oleh Inspektor lelaki yang kacak itu.
Ainul dan Kalisya melangkah masuk untuk bersua muka dengan Azreel.
"Reel!" Sapa Ainul dengan Kalisya serentak. Azreel dengan pantas menoleh kearah sapaan suara itu.
"Are you okay? Muncung semacam je." Soal Ainul tenang. Mereka berdua melabuhkan punggung diatas kerusi berhadapan dengan Azreel.
"Okay! Kenapa? Nampak aku macam tak okay kah?" Tanya Azreel dengan wajah tenang walaupun hatinya kini tidak tenang.
"Taklah, aku tengok kau macam ada masalah je! Cuba cerita dekat kitaorang apa masalah." Ujar Kalisya kepada Azreel.
Azreel masih berdiam diri dan tidak merespon apa-apa dengan pertanyaan daripada dua Inspektor wanita itu. Dia meneruskan kerjanya.
" Tak ada apalah! Aku okay jak! Don't worry about me!" Balas Azreel dengan penuh ketegasan. Kini dia tersangat risau tentang keselamatan tunangnya Herlina apabila kejadian semalam membuatkan dirinya hampir diambang maut.
"Reel, aku tahu kau dalam masalah sekarang betul atau tidak?"
Azreel menarik kerusi kerjanya. Nafasnya dilepaskan sebelum dia berbincang dengan Ainul dan Kalisya.
"Ainul,Kalisya, aku nak minta pertolongan daripada kau berdua. Boleh?" Tanya Azreel kepada Ainul dan Kalisya.
Airmuka mereka berdua berubah kepada terkejut. Seperti ada sesuatu yang serius yang ingin Azreel sampaikan kepada Ainul dan Kalisya sendiri. Apa yang serius sangat itu?
Dia berdiri dibelakang Ainul dan Kalisya dengan posisi yang menunduk.
"Aku nak minta bantuan dekat kau berdua."
YOU ARE READING
He's Mine Mr PGA (Inspektor Azreel Huq)
ActionInspektor Azreel Huq X Herlina Ayuni _____________________________________ Azreel Huq seorang pegawai polis berpangkat Inspektor didalam unit Pasukan Gerakan Am di Tawau Sabah. Seorang yang bersikap ramah dan lemah lembut dengan orang sekelilingnya...