💚 BAB 19💚

51 4 0
                                    

Pada petang itu, Azreel membawa anaknya yang sudah dibungkus dengan kain kafan untuk disemadikan di tanah perkuburan. Beberapa orang kampung diikuti oleh ibu bapa mertuanya dan juga isterinya.

Herlina diiringi oleh adiknya Herlene. Tangisan itu ditahan seketika.

Setelah sampai ditanah perkuburan yang sudah digali oleh dua orang kampung, begitu berat hati Azreel untuk melepaskan jasad anaknya.

Jasad Hezreen dicium sebelum disemadikan. Airmata Azreel mengalir perlahan dengan hati yang cuba untuk tabah tapi apakan daya, terasa berat hatinya.

Setelah dia meletakkan jasad anaknya di liang lahad, beberapa orang kampung dan dirinya turut menggambus tanah menutup liang lahad anaknya.

Doa dibaca oleh semua orang kampung yang berada disitu. Begitu lama dia memandang kearah batu nisan anaknya.

Setelah selesai bacaan doa dan yaasin, Azreel bersama isterinya menyiram air bertaburkan bunga diatas makam anaknya. Begitu besar ujian yang dihadapi mereka berdua.

"Bermainlah ditaman syurga sayang." Sapa Herlina.

Azreel hanya menenangkan isterinya yang masih dengan tangisan. Mereka berdua meninggalkan makam anak mereka dengan melangkah menuju keluar dikawasan tanah perkuburan itu.

...

Didalam bilik kerja Dsp Hasif, Inspektor Azreel ,Inspektor Ainul dan Inspektor Kalisya menghadap ketuanya itu dengan penuh suasana tenang.

Wajah Inspektor Azreel dipandang lama oleh Dsp Hasif.

"Saya bersimpati dengan awak Inspektor Azreel. Saya tahu ujian sebesar ini menimpa awak. Saya harap awak tabah."

"Terima Kasih Tuan."

"Saya turut berduka cita dengan apa terjadi pada Inspektor Azreel tuan. Dia dah bersedia nak jadi seorang ayah tetapi lain pula jadinya."

"Jodoh, maut dan ajal semua ditangan Allah, Ainul. Kita hanya perlu redha dengan apa yang terjadi." Sapa Dsp Hasif.

Azreel Huq hanya dengan riak wajah yang tenang tetapi didalam hatinya masih menangis apabila terkenang dengan tragedi menimpa isteri dan anaknya. Kini dia perlu kuat sewaktu didalam tugasan.

Gambar scanner kandungan dipandang lama oleh Herlina. Dia menyandar badannya pada kepala katil sambil memandang kearah gambar scanner kandungan itu.

Perasaan trauma yang melanda dihatinya masih lagi terpahat. Pintu bilik tidurnya yang terbuka luas itu, Azreel berdiri didepan pintu bilik dan memandang lama kearah isterinya.

Begitu sakitnya apabila seorang ibu dan bapa disaat kehilangan seorang anak. Dia hanya terdiam seketika.

"Sayang!"

Herlina menoleh kearah suara yang menyapanya. Gambar scanner itu diletakkan diatas meja kecil itu. Airmata nya diseka cepat. Azreel melangkah masuk dan menuju kearah katil tidur. Segera dia melabuhkan punggung diatas katil itu.

"Sayang! Abang ada masak bubur. Sayang nak?"

"Tak apalah! Saya tak ada selera."

"Janganlah macam ini. Abang tahu sayang sedih sebab Hezreen pergi buat selama-lamanya. Abang pun sedih tapi kena kuatkan semangat."

" Abang tahu ini semua salah abang. Kerana abang, Hezreen pergi."

"Tidak bang. Abang tidak bersalah."

"Habis itu?"

"Ini semua salah saya. Saya beria-ia datang ke stadium tempoh hari datang nak jemput abang pulang."

He's Mine Mr PGA (Inspektor Azreel Huq)Where stories live. Discover now