"Kenapa bah kau ndak ikut saja Tuan Afeeq ke hospital?" Soal Alex apabila dapat tahu Inspektor Afeeq dibelasah oleh tiga lelaki sewaktu kekecohan di hospital.
"Aku ndak tahu bah! Tuan Afeeq daripada rumahnya terus ke hospital. Masalah sekarang, dia ndak maklum hal ini kepada kita semua." Jawab Fierhan tegas. Hisham, Arief dan Anthony hanya memerhati pentengkaran antara Alex dan Fierhan. Kerana ketua mereka dibelasah, mereka berdua menyalahkan antara satu sama lain.
"Kalau terjadi apa-apa pada Tuan Afeeq tadi bagaimana? Kau buat kerja ndak fokus lah bah." Balas Alex. Fierhan menepuk meja kerja dengan kedua-dua tapak tangan untuk melepaskan geramnya terhadap Alex. Sungguh baran dirinya apabila ada yang menghina dirinya.
"Kau ulang kata-kata mu Alex! Kau ndak faham kah aku bilang apa tadi?"
"Kau buat kerja ndak clean."
Tiba-tiba munculnya Inspektor Afeeq dihadapan mereka. Kelihatan suasana tegang itu membuatkan Afeeq semakin ingin menegur secara keras terhadapa anak-anak buahnya. Dia menyilangkan tangannya dan memerhati pertengkaran antara Alex dan Fierhan yang masih belum henti.
"Apa bising-bising ni?" Tegur Afeeq dengan suara yang lantang.
''Tuan!" Serentak mereka menyapa. Terkedu seketika dan suasana pertengkaran tadi terhenti seketika.
"Apa yang berlaku? Tidak reti ke sekarang awak semua dimana?" Tanya Afeeq lagi. Mereka semua terdiam dan terkaku. Fierhan, Alex, Anthony, Hisham dan Arief menunduk kepala mereka dan memandang kebawah. Langkah Afeeq kearah lima anak buahnya itu membuatkan kelima-lima daripada mereka menjadi semakin gerun.
Pandangan tajam dan maut Afeeq kearah anak buahnya membuatkan satu ruang kerja di batalion itu semakin sunyi dengan sebarang suara.
"Apa yang awak semua bincangkan? Siapa bertengkar tidak ingat dunia?"
"Tuan! Saya cuma risaukan tuan tentang kes di hospital tadi."
"So?"
"Awak ingat saya masih budak-budak lagi ke? Takkan disebabkan kes saya kena pukul dengan tiga lelaki tadi sampai awak berdua nak bertengkar."
"Sekarang ini saya taknak dengar apa-apa, saya nak awak berdua minta maaf. Sekarang." Tegur Afeeq kepada Fierhan dan Alex. Tanpa membuang masa, Alex dan Fierhan bermaaf-maafan sesama mereka.
"Sorry!" Sapa Alex.
"Okay." Ujar Fierhan. Mereka berdua saling mengukir senyuman dan meminta maaf selepas teguran daripada Inspektor Afeeq kepada mereka.
Pada petang itu, Azreel mula menjalankan tugas undercovernya disebuah hutan dimana tempatnya satu kumpulan besar sedang bergiat mengagihkan dadah yang berpakat dengan kumpulan siam. Dengan berpakaian lusuh dan bertopi kebun sambil membawa satu cangkul seperti orang ingin menanam.
Dia bersiap sedia untuk melangkah masuk kedalam hutan itu. Hutan itu dipenuhi pokok durian yang sudah lama ditanam oleh seorang pekebun. Alat pendengar yang diletakkan di telinga disorok kemas untuk menyampaikan sesuatu maklumat kepada pegawai atasan nya.
"Tuan! Saya dah sampai lokasi."
"Baik! Hati-hati. Ingat sekiranya ada apa-apa, maklumkan kepada saya. Faham."
"Saya faham tuan."
Bersiap sedialah Azreel melangkah masuk kedalam hutan dengan membawa cangkul yang dipikul diatas bahu dan dia berjalan seperti biasa. Sedikit kedengaran suara yang riuh jauh daripada tempat dia berdiri sekarang. Setelah dia sampai di satu pohon pokok durian itu, dia memerhati daripada jauh, sudah nampak dimana lokasi pengedar dadah bersembunyi.
YOU ARE READING
He's Mine Mr PGA (Inspektor Azreel Huq)
AçãoInspektor Azreel Huq X Herlina Ayuni _____________________________________ Azreel Huq seorang pegawai polis berpangkat Inspektor didalam unit Pasukan Gerakan Am di Tawau Sabah. Seorang yang bersikap ramah dan lemah lembut dengan orang sekelilingnya...