Matanya dibuka perlahan-lahan dan dia memerhati keadaan sekeliling yang begitu aneh. Kepalanya terasa pening. Apabila dia cuba untuk bangun daripada tempat itu, tiba-tiba dia melihat tangannya terikat kebelakang dan kakinya juga diikat.
"Aku dekat mana ni? Kenapa tangan aku terikat." Ujar Azreel kehairanan. Dia cuba untuk membuka ikatan pada tangannya tetapi apakan daya ikatan tali itu terlalu kuat dan rumit untuk dibuka.
Pintu rumah kayu itu ditendang kuat sehingga tersentaknya bahu Azreel melihatnya. Shahrul bersama dua orang bawahannya melangkah masuk kedalam rumah itu dengan wajah yang baran sambil memegang sesuatu di tangan Shahrul. Dia memandang lama kearah Azreel yang cuba melepaskan ikatan itu sehingga agresif tetapi Shahrul hanya mengukir senyuman sinis jahat.
Shahrul memegang dompet milik Azreel dan dia memeriksa setiap perkara didalam dompet itu. Dia terjumpa sekeping gambar milik Azreel yang lengkap beruniform PGA, senyuman jahat dilemparkan kepada Azreel. Dia melangkah kearah Azreel satu per satu langkahnya. Dia mencangkung dihadapan Azreel.
"Pandai kau berlakon ya."
"Apa yang kau mau? Ndak cukup lagi kah dengan kerja haram yang kau buat. Lepas itu kau ganggu isteri aku." Ujar Azreel dengan suara yang menahan kegeraman kepada Shahrul.
"Hahaha! Itu belum cukup wahai Inspektor Azreel Huq. Kau ingat tak, tempoh hari isteri kau ditembak di perkarangan stadium kecil tu? Kau ingat tak?"
"Engkau yang tembak isteri aku? Sampai aku kehilangan anak." Jerit Azreel menahan marah. Tragedi yang menimpa isterinya tempoh lalu membuatkan dia melepaskan rasa marah kepada Shahrul.
"Ya! Memang aku yang tembak. Sebab, aku dapat lepaskan dendam aku terhadap kau. Kerana kau, aku tidak dapat Herlina kembali."
"Dasar iblis bertopengkan manusia."
"Debush!" Satu tumbukkan dilepaskan kearah muka Azreel sehingga seluruh mukanya terteleng kearah kanan. Shahrul dengan pantasnya menarik kuat rambut Azreel sehingga riak wajah Azreel menahan sakit. Darah dan lebam sudah tercalit diwajahnya. Shahrul dengan wajah baran sambil memandang Azreel dengan pandangan yang maut.
"Arghh!" Azreel mengerang kesakitan apabila rambutnya ditarik kuat.
"Kau dengar sini ya Inspektor Azreel Huq, aku jamin, kawan-kawan kau di batalion tu akan cari kau. Kalau diorang tidak cari kau. Mungkin hayat kau berakhir disini."
"Aku pastikan kawan-kawan aku akan cari kau. Dasar pengkhianat negara."
"Debush!" Sekali lagi tumbukkan diberikan kepada Azreel. Shahrul dan dua orang bawahannya pergi meninggalkan tempat itu. Pintu rumah kayu itu ditutup sekuat-kuatnya. Salah seorang anak buah mereka menjaga pintu diluar rumah kayu itu sambil memegang senjata mereka.
"Jaga dia! Jangan sampai terlepas."
"Baik bos!"
Azreel sekali lagi cuba membuka ikatan dengan rontaan yang kuat tetapi gagal untuk melepaskan dirinya. Dia melepaskan nafas keluhannya. Begitu gagal merasai didalam dirinya apabila dia ditawan sewaktu menjalankan tugas penyamaran untuk mengintip lokasi dimana Shahrul berada.
" Sayang! Maafkan abang sayang. Abang harap sayang jaga diri dirumah." Keluh Azreel sambil memandang siling rumah kayu itu. Kini didalam fikirannya hanya memikirkan keselamatan isterinya dan dia mengabaikan nyawanya. Dia tidak kisah sekiranya dia terkorban ditempat itu.
___________________________________
"Betul puan, saya semalaman tunggu suami saya pulang tetapi sehingga hari ini langsung tiada jejak dia pulang kerumah. Apatah lagi saya hubungi dia pun langsung tiada respon." Ujar Herlina kepada pegawai yang sedang bertugas didalam batalion itu.
YOU ARE READING
He's Mine Mr PGA (Inspektor Azreel Huq)
AcciónInspektor Azreel Huq X Herlina Ayuni _____________________________________ Azreel Huq seorang pegawai polis berpangkat Inspektor didalam unit Pasukan Gerakan Am di Tawau Sabah. Seorang yang bersikap ramah dan lemah lembut dengan orang sekelilingnya...