"Arghhh! Arghh!" Dia mengerang untuk membuka ikatan tali itu.
"Tuan! Tuan buat apa itu?" Tanya Fierhan yang masih dalam keadaan tenang. Dia melihat Afeeq mencuba untuk membuka ikatan itu.
"Awak tanya lagi buat apa? Saya nak cuba buka ikatan ni." Tiba-tiba dia ternampak satu serpihan kaca yang berada di depan matanya. Dengan segera dia menggapai serpihan kaca itu menggunakan kakinya.
Beberapa minit kemudian, pintu rumah usang itu dibuka kuat oleh dua lelaki yang melangkah masuk. Pandangan Afeeq kearah dua lelaki itu menjadi seram.
"Durjana dua badut ni." Bisik perlahan Arief ditelinga Fierhan.
"Shuhhh!" Fierhan menyuruh Arief diam. Mereka berdua hanya memerhati gerak geri dua lelaki itu. Dia cuba meronta-ronta untuk dilepaskan.
Seterusnya, hadirnya pula seorang figura iaitu Shahrul Ashwaq kerumah usang itu. Afeeq membulat matanya melihay figura didepan matanya. Begitu panas hatinya apabila lelaki didepan nya menculik Azreel.
"Bos, inilah mereka yang ceroboh masuk kawasan kita."
"Mana satu ketua dia?" Tanya Shahrul dengan nada yang bengis.
"Itu bos, yang pakai jaket hitam berbaju putih."
Afeeq mula meronta-ronta kegeraman melihat suspek utama itu. Wajahnya mula menjadi merah menahan marah. Sikapnya teramat jauh berbanding Azreel Huq. Dia tersangat baran dan tegas.
"Inspektor Afeeq Ilham. Selamat Datang. Apa hajat kau datang ke sini? Siapa yang izinkan kau jejak kawasan kitaorang?"
"Kenapa kau tanya? Kau kenal ke aku siapa?" Tanya Afeeq dengan suara yang marah.
"Aku kenal sangat kau siapa. Kau pegawai polis PGA daripada Tawau Sabah. Berpangkat Inspektor. Haha, sama lah dengan kawan kau yang nama Azreel Huq tu kan."
"Kenapa kau buat macamni Shahrul? Apa kau tidak takut dengan undang-undang negara? Sanggup kau calarkan negara."
"Dasar pengkhianat!" Tambah Arief kepada Shahrul.
"Diam! Aku tak bercakap dengan kau. Aku bercakap dengan tuan kau ni."
"Aku nak kau lepaskan aku, Azreel dan dua orang aku sekarang!" Tengking Afeeq menambah marah didalam hatinya.
"Pang!"
Wajah Afeeq ditampar kuat oleh Shahrul. Luka dan darah sudah kelihatan di bibir Afeeq.
"Tuan!" Arief dan Fierhan serentak menjerit apabila melihat ketuanya ditampar.
"Kurang ajar kau ya! Kau dengan kawan kau sama-sama teruk."
"Engkau lebih teruk daripada binatang." Balas Afeeq lagi.
"Kau buka ikatan dia yang sorang ni." Shahrul sudah hilang sabar. Dia menyuruh orang bawahan nya membuka ikatan tangan Afeeq.
Selepas dia membuka ikatan tali ditangan Afeeq, dia memegang dan menyilang tangan Afeeq.
"Kau pegang dia! Berani dia cabar aku."
"Debush!" Satu tumbukkan kuat diperut Afeeq. Berubah posisi Afeeq sehingga tertunduk kepalanya menahan sakit selepas ditumbuk.
"Debush!"
Shahrul menendang Afeeq begitu kuat sehingga terpelanting jatuh kebelakang.
"Arhhh!" Afeeq sudah dalam keadaan lemah terbaring dibelakang. Dia tidak dapat bangun manakala salah seorang lelaki mengacukan senjatanya kearah Afeeq.
Shahrul melangkah kearah Afeeq dengan langkah yang perlahan sambil tersenyum sinis.
"Inilah padahnya kalau ada orang yang berani cabar kesabaran aku. Kau tahu tak berapa banyak kerja aku gagal. Disebabkan kawan kau."
YOU ARE READING
He's Mine Mr PGA (Inspektor Azreel Huq)
AcţiuneInspektor Azreel Huq X Herlina Ayuni _____________________________________ Azreel Huq seorang pegawai polis berpangkat Inspektor didalam unit Pasukan Gerakan Am di Tawau Sabah. Seorang yang bersikap ramah dan lemah lembut dengan orang sekelilingnya...