💚 BAB 6💚

94 5 0
                                    

Di Kedai Bouquet Bunga...

Jam 10 malam, Kedai Bouquet Bunga itu dijaga oleh seorang gadis cantik dan putih iaitu Herlina. Dia menyusun barang-barang didalam kedainya sebelum dia menutup kedainya.

Segala bouquet bunga yang dihiasnya diletakkan diatas rak yang tinggi, patung beruang juga diletakkan diatas tempat yang tinggi.

"Alamak! Dah jam 10 ni, sikit lagi, sikit lagi." Ujar Herlina sambil mengemas barang-barang kedainya.

Beberapa minit selepas itu, setelah dia selesai mengemas, dia menggapai beg tangannya dan menggapai kunci kedai. Langkahnya menuju kearah pintu kedai dan dia mengunci pintu kedai itu.

Dalam leka dia mengunci, tanpa sedari ada satu figura yang sedang memerhati dia daripada jauh. Figura berpakaian hoodies hitam memerhati dirinya daripada jauh.

Kunci kereta dibuka oleh Herlina dan dia membuka pintu kereta itu dan melangkah masuk kedalam kereta. Enjin keretanya dihidupkan dan cahaya lampu menerangi kawasan bandar itu. Tanpa membuang masa, dia menekan pedal minyak untuk meninggalkan tenpat itu.

Satu figura yang keluar daripada tepi bangunan itu memerhati kereta milik Herlina bergerak laju meninggalkan tempat yang sunyi itu.

"Tunggu Herlina! Aku akan cari kau lagi." Kata figura berhoodies itu. Dia juga meninggalkan kawasan sunyi dan sepi itu.

Keesokan harinya, Afeeq berjalan-jalan didalam mall bersama dengan anak sulungnya yang kini menjadi anak yatim.

Dia membawa anaknya dengan stroller bayi mengelilingi Mall yang besar itu.

Apabila saat leka dia berjalan sambil menolak stroller anaknya, dia terpandang kearah dua sosok tubuh yang dikenali. Arief dan Anthony sedang berjalan sambil memegang beberapa buah beg berisikan barang yang dibeli.

"Hahaha! Aku sik pandai.." Tanpa Anthony menghabiskan percakapannya dengan Arief, terus dia terpandang kearah wajah pegawainya dihadapan dengan wajah cuak.

" Eh Eh, Tuan Afeeq!" Sapa Anthony dan Arief serentak.

Anak perempuan Afeeq itu bernama Asheeqa. Kelihatan seperti dia sedang mengukir senyuman kearah dua lelaki yang tinggi itu.

" Kamu berdua buat apa dekat sini?" Tanya Afeeq tenang.

"Sikda Tuan. Kamek shopping jak." Balas Anthony.

"Arief pun ada sekali?"

"Ya tuan! Saya terpaksa temankan si Tony ni. Kalau ikutkan saya malas nak keluar." Keluh Arief selamber. Anthony memberi jelingan kepada Arief apabila Arief seperti tidak rela menemaninya shopping.

"Hai Asheeqa." Usik Anthony kepada anak pegawainya.

"Hmm dah mulalah gediknya tu." Perli Arief apabila dia melihat Anthony cuba mengangkat anak kecil itu. Afeeq hanya mengukir senyuman manis. Jarang sekali dia mengukir senyuman apabila berjumpa dengan anak buahnya.

Arief yang melihat pegawainya mengukir senyuman membuatkan dia semakin seram kerana di tempat kerja selalu saja serius dan tegang.

"Ya Allah. Betul ke ini Inspektor Afeeq? Seram sejuk aku tengok dia senyum." Bisik didalam hati Arief. Matanya sambil memandang kearah Anthony yang sedang mendukung anak kecil perempuan Afeeq.

He's Mine Mr PGA (Inspektor Azreel Huq)Where stories live. Discover now