Dirumahnya yang indah dan besar, Azreel Huq mengemas ruang tamu dan dapur seorang diri selepas pulang daripada kerja. Mop lantai berserta vacum tersedia ditepi dinding untuk digunakan.
Barang kaca yang berada diatas meja kecil disisi dinding itu dialihkan buat sementara. Tangannya menggapai mop lantai untuk mengemop lantai yang kotor itu.
Rumah itu adalah rumah barunya setelah dia berpindah ke Semenanjung. Segala barang didalam rumah dibersihkan.
Lagu yang dimainkan didalam telefonnya adalah Donde oleh Andi Bernadee. Sambil dia mengemas, dia juga turut ikut menyanyi lagu itu.
"Enak jak suara ko Andi." Ujar Azreel terhadap suara Andi Bernadee didalam lagu itu. Dia meneruskan mengemop lantai tanpa sedikit pun berhenti. Setiap sudut rumah itu dia bersihkan tanpa sedikit habuk pun dia tidak mahu tengok.
Sangkar kucingnya yang 2 ekor itu diangkat diletakkan diatas meja buat sementara.
"Meow!" Bunyi kucing itu mengeow. Kucing oren itu bernama Olee dan yang seekor lagi Oree.
"Meow"
Terhenti seketika kerja Azreel apabila mendengar bunyi kucingnya mengeow. Dengan pantas dia melangkah kearah sangkar kucingnya. Kepala kucing orennya dibelai dan digosok selembut-lembutnya.
"Duduk diam disitu. Papa mau siapkan kerja sikit!"
Dia menyambung kembali kerjanya.
Beberapa minit kemudian,selesailah kerja rumahnya yang dibersihkan tadi. Dia merebahkan badannya diatas sofa. Nafasnya turun naik berombak-ombak kepenatan.
"Haih! Penat bah!" Keluh Azreel kepenatan. Dia memenjam matanya seketika untuk rehat. Dia perlahan-lahan menutup matanya untuk rehat sekejap.
.
.
.Fierhan,Alex dan Hisham keluar bersama-sama pada malam itu untuk melepaskan tekanan kerja seharian. Mereka bersiar-siar mengambil udara malam di bandar Tawau itu.
Kelihatan airmuka Fierhan seperti tiada sedikit senyuman yang terukir. Dia masih tidak dapat menerima bahawa pegawai yang selalu menceriakan dirinya sebelum itu sudah berpindah ke tempat lain.
Alex dan Hisham memandang kearah wajah Fierhan. Mengapa wajah sahabatnya itu tiada sedikit senyuman.
"Fier, kau okay kah?"
Fierhan hanya berdiam diri dan tidak merespon apa-apa. Dia melajukan langkah dan meninggalkan Alex dan Hisham dibelakang. Mereka berdua juga turut mengejar langkah Fierhan sepantasnya.
"Fier! Kau kenapa bah? Sedih jak muka kau." Tanya Alex
"Ndak apa-apalah!" Balas Fierhan tenang. Kedua-dua tangan diseluk didalam poket hoodies hitamnya.
"Aku tahu, kau rindukan Tuan Azreel." Fierhan dengan pantas menghentikan langkahnya dan laju menoleh kearah wajah dua kawannya. Wajah tegang Fierhan membuatkan Alex dan Hisham terkaku seketika.
"Kenapa? Kau urang berdua mau aku pindah ke semenanjung kah?" Tanya Fierhan tenang.
"Aku ndak berkata begitu bah! Aku tahu kau rindu Tuan Azreel dan kau tidak suka apabila ada pegawai baru dalam Batalion kita."
"Ya! Aku ndak suka sama pegawai baru itu. Inspektor Afeeq. Kerja aku yang selesai dikatanya belum selesai. Aku tertekan bah!" Sapa Fierhan dengan suara yang lantang. Wajahnya berubah tegang dan berkerut.
Tiba-tiba satu bunyi deringan iphone milik Hisham dan terpapar nama "Tuan Azreel" dan dia mengangkat panggilan itu dengan wajah teruja dan gembira.
Dia menggoncangkan bahu Alex apabila panggilan itu membuatkan mereka gembira.
YOU ARE READING
He's Mine Mr PGA (Inspektor Azreel Huq)
AcciónInspektor Azreel Huq X Herlina Ayuni _____________________________________ Azreel Huq seorang pegawai polis berpangkat Inspektor didalam unit Pasukan Gerakan Am di Tawau Sabah. Seorang yang bersikap ramah dan lemah lembut dengan orang sekelilingnya...