💚 BAB 10 💚

83 5 0
                                    

Dua hari kemudian, Alex kini kembali masuk bertugas seperti biasa setelah sekian lama dia berehat didalam wad akibat cedera dipahanya sewaktu operasi tempoh lalu, Sebutir peluru yang tertusuk didalam pahanya kini sudah tiada.

Fierhan dan Alex berjalan menuju masuk kearah balai battalion itu dengan wajah yang ceria. Arief,Hisham dan Anthony tergamam seketika apabila sahabatnya itu kembali masuk bertugas apabila sekian lama berehat.

"Alex!" Serentak mereka bertiga menjerit nama Alex didalam balai itu apabila sosok tubuh yang dirindui kini masuk bertugas kembali. Inspektor Afeeq juga terkejut apabila anggota bawahannya kembali masuk bertugas.

Mereka bertiga dengan pantasnya memeluk Alex kerana rasa kerinduan terhadap seorang sahabat itu tersangatlah tinggi. Alex tidak dapat berbuat apa kerana dirinya kini dipeluk erat oleh tiga sekawan nya.Wajahnya mula berubah kepada terharu kerana masih ada yang merindui ketika dirinya dalam kritikal dihospital.

''Kau sihatkah kawanku? Aku rindu kau Lex." Sapa Hisham sayu kepada Alex. Rambut milik Alex kini menjadi kusut kerana diraup kuat oleh Hisham. Dia membetulkan kembali gaya rambutnya yang diraup kuat oleh Hisham.

'' Apa bah soalan kau ini?! Aku dah sihatlah ini." Balas Alex tenang. Airmuka nya berubah menjadi hairan dengan soalan yang ditanya oleh kawannya. Hisham hanya menggaru kepalanya kehairanan jua dengan pertanyaan nya. Arief dan Anthony memandang kearah Hisham dengan reaksi wajah yang pelik sambil menahan ketawa.

'' Opps! Sorry sorry." Sapa Hisham sambil menggaru kepalanya menahan malu,

Mereka hanya menggeleng kepala melihat kerenah masing-masing yang tidak pernah menyakitkan hati tetapi boleh membuatkan hati mereka tenang daripada segala keresahan dan kesedihan yang sentiasa berlaku.

"Selamat kembali Koperal Alex!" Sapa Inspektor Afeeq kepada Alex yang kembali masuk bertugas.

"Terima Kasih Tuan!" Ujar Alex sambil memberi senyuman kepada pegawainya.



Tepat jam 9 malam, Arief, Hisham,Anthony,Alex dan Fierhan Bersama ketuanya Inspektor Afeeq Ilham keluar bersama-sama keluar makan malam diluar. Afeeq memandang telefonnya dengan penuh fokus. Di skrin telefonnya terpapar satu gambar seorang lelaki merupakan satu suspek baru yang masih belum dijumpai dimanakah bersembunyi.

Mereka berlima memerhati ketua mereka dengan penuh kehairanan.

''Tuan!"

"Ya saya!" Sapa Afeeq dengan suara tegas.

'' Apa yang tuan lihat dan fokuskan itu?"

" Ini haa! Suspek baru yang masih belum dijumpai. Dia bersembunyi dimana pun kita tidak tahu."

'' Tuan nak kita berlima cari kah malaon itu?" Laju saja Arief bertanya. Afeeq memandang kearahnya sehingga membuat Arief tergamam seketika.

'' Jangan dulu! Kita belum dapat apa-apa klu lagi. Kita belum tahu apa muslihat dan aktiviti mereka ini buat!" Tegas saja suara Afeeq memberitahu tentang itu. Mereka berlima hanya mengangguk akur dengan arahan ketuanya.

Dalam perjalanan mereka menuju ke sebuah restoran, ada satu sosok tubuh juga berjalan menuju kearah restoran itu juga. Anak mata Fierhan terpandang kearah sosok tubuh itu dan seperti ia kenal lelaki itu. Matanya disepetkan sedikit untuk mengecam sosok tubuh itu dan rupa-rupanya lelaki itu adalah Inspektor Azreel Huq.

Belum sempat mereka melangkah masuk kedalam restoran, Hisham terlanggar bahu seorang lelaki yang juga ingin masuk kedalam restoran itu. Membulat mata Hisham melihat wajah lelaki dihadapannya.

He's Mine Mr PGA (Inspektor Azreel Huq)Where stories live. Discover now