Pintu rumah itu dibuka perlahan oleh Afeeq selepas dia pulang daripada tempat kerjanya pada malam itu. Belum sempat dia melangkah masuk kedalam rumah, kelihatan ada dua orang lelaki yang cuba menganggu seorang wanita ditepi jalan itu.
Wanita itu berpakaian seperti model dan kaya. Afeeq memandang lama kearah dimana wanita itu diganggu.
"Serahkan segala barang yang kau ada." Ugut lelaki itu sambil mengacukan pisau kearah wanita itu.
"Siapa kau? Aku ndak akan bagi apa-apa." Marah wanita itu sambil menarik beg tangannya sebelum terlepas ketangan lelaki yang menganggunya. Dengan sekeras-kerasnya dia menarik beg tangannya.
"Debush!"
Satu penumbuk diberikan kepada wanita cantik itu diperutnya sehingga wanita itu terduduk kesakitan. Afeeq yang melihat suasana tegang itu dengan penuh rasa dingin dan beku itu, dengan pantas dia berlari kearah itu.
Wajahnya yang dingin itu membuatkan didalam hatinya makin panas melihat keadaan tegang itu. Uniform PGA nya yang lengkap ditubuhnya tidak dihiraukan kerana waktu itu dia baru saja pulang daripada tempat kerja.
"Lebih baik kau bagi semua barang yang kau ada sebelum pisau ini tertusuk diperut kau." Ugutan itu semakin merbahaya kepada wanita itu.
"Lepaskan akuuuu!!" Jerit wanita yang cantik.
"Apa yang kau berdua buat ni?" Sapa Afeeq dengan suara yang tegas dan dingin itu. Dua lelaki itu menoleh kearah suara yang garau Afeeq. Terukir senyuman sinis jahat dua lelaki itu apabila melihat seorang lelaki berpakaian uniform PGA dihadapannya.
Dua lelaki itu mendekatkan diri mereka dengan Afeeq yang berdiri tegak dengan wajah yang serius dan beku. Afeeq tidak pernah gentar apabila berhadapan dengan musuh walaupun musuh itu ada senjata tajam dan berbahaya.
Wanita yang dalam keadaan ketakutan tadi sudah terbaring pengsan kerana sudah berasa lemah gemalai setelah diganggu teruk oleh dua lelaki itu. Afeeq menghiraukan wanita itu buat sementara kerana dia harus fokus terhadap dua lelaki durjana itu.
"Boy, kau tengok siapa dekat depan kita. Inspektor polis lah." Ejek lelaki itu kepada Afeeq.
"Hahaha! Kenapalah ramai sangat hero dan perwira atas dunia ni wujud ya. Rimas aku."
Riak wajah Afeeq bersahaja dan dingin itu juga masih belum merespon apa-apa ejekkan daripada dua lelaki dihadapannya. Dia hanya perlu bersedia untuk menghadapi apa jua keadaan yang bakal berlaku.
" Aku nak kau pergi daripada sini." Ujar Afeeq dengan ketegasan.
"Woii, kau jangan sibuklah polis. Kalau kau nak tangkap orang, pergilah dekat hutan sana."
"Diam! Aku nak kau berdua letak senjata kau kebawah, melutut dan angkat tangan."
Perlahan-lahan dua lelaki itu melutut sambil mengangkat tangan dan Afeeq memeriksa setiap badan terutama didalam poket seluar lelaki itu tetapi salah seorang daripada itu, dia menyiku wajah Afeeq sehingga terpelanting.
"Ahhh!"
"Afeeq dengan pantas bangun dan mengejar dua lelaki itu tetapi lolos dengan pantasnya. Dia melepaskan geramnya kerana tidak dapat menangkap dua lelaki yang menganggu wanita itu.
"Ahhh! Tak guna." Marah Afeeq apabila dua lelaki itu lolos.
Beberapa orang awam yang berada disitu mengawal disekitar dimana wanita itu masih pengsan disitu. Afeeq melangkah kearah wanita itu dan sudah kelihatan ramai orang awam mengawal tempat itu. Dengan wajah yang serius Afeeq, dia memeriksa wanita itu sekiranya ada yang cedera.
" Siapa perempuan ni?"
"Apa terjadi sebenarnya?"
Huru hara suara orang awam yang melihat keadaan wanita yang pengsan disitu. Setelah Afeeq memeriksa wanita itu, sebuah ambulans datang ke tempat itu. Beberapa orang ambulans mengangkut wanita itu dimasukkan kedalam ambulans.
YOU ARE READING
He's Mine Mr PGA (Inspektor Azreel Huq)
AcciónInspektor Azreel Huq X Herlina Ayuni _____________________________________ Azreel Huq seorang pegawai polis berpangkat Inspektor didalam unit Pasukan Gerakan Am di Tawau Sabah. Seorang yang bersikap ramah dan lemah lembut dengan orang sekelilingnya...