Beberapa orang jururawat menolak katil hospital untuk dibawa ke bilik pembedahan. Diatas katil itu dipenuhi darah yang melimpah daripada badan Herlina.
Apabila tiba didepan bilik pembedahan, Azreel terhenti langkahnya disitu. Pintu bilik pembedahan ditutup serapat-rapatnya.
Dia melabuhkan punggung diatas kerusi yang berada didepan bilik pembedahan itu sementara menunggu pembedahan itu selesai. Begitu risau dihatinya apabila melihat keadaan isterinya yang sarat mengandung itu menjadi mangsa sasaran peluru.
"Ya Allah, kau selamatkanlah isteriku. Selamatkanlah anakku."
Beberapa jam kemudian....
Pintu itu dibuka oleh seorang doktor lelaki. Wajah doktor itu dipandang lama dengan rasa cemas.
"Doktor macamana dengan isteri saya?" Tanya Azreel cemas.
"Isteri Encik selamat cuma.."
"Cuma apa doktor?"
"Anak encik tidak dapat diselamatkan." Ujar doktor itu. Azreel membulat matanya apabila dapat tahu bahawa anak didalam perut isterinya tidak dapat diselamatkan. Airmatanya gugur membasahi pipinya.
"Allahuakbar!"
"Sebutir peluru telah menembusi janin yang sudah berusia 5 bulan. Jadi anak encik tidak dapat diselamatkan."
"Allahuakbar, anak aku!"
"Saya harap encik tabah dan redha dengan ujian ini. Sabar ya encik."
Selepas doktor meninggalkan tempat itu, Azreel memandang bilik pembedahan, begitu rasa bersalah apabila dia tidak dapat menyelamatkan anaknya dan bernasib baik Tuhan panjangkan usia isterinya.
"Papa minta maaf nak, ini semua salah papa. Tidak lindungi mama kamu." Sayu saja suara Azreel merintih luahan.
...
"What? Isteri Azreel ditahan dalam wad kecemasan zon merah?" Terkejut Kalisya apabila mendapat tahu tentang itu.
"Ya, Azreel baru saja beritahu dekat aku di Whatsapp tadi. Tapi paling menyedihkan, anaknya tidak dapat diselamatkan."
"Allahuakbar. Sekarang ni Azreel ada dekat mana?"
"Di hospital. Bersama mak dan ayah mertua nya."
"Kesian Azreel, baru je dia nak merasa menjadi seorang ayah, tapi tiba-tiba jadi begini."
"Tak apa. Nanti kita melawat dia." Sapa Ainul tenang. Kalisya hanya mengangguk.
Kuala Lumpur - Seorang wanita berusia 25, tahun Herlina Ayuni merupakan seorang penggubah bouquet dan bunga-bunga yang terkenal disekitar Kuala Lumpur itu ditembak oleh seorang lelaki yang melepaskan tembakkan secara rambang disekitar stadium bolasepak sewaktu dia menjemput suaminya, seorang pegawai polis PGA Inspektor Azreel Huq ketika selesai perlawanan bolasepak menentang pasukan Angkatan Tentera Malaysia semalam.
Menurut suaminya, kini isterinya masih berada di wad kecemasan zon merah dan paling menyedihkan dirinya adalah anak didalam kandungan isterinya tidak dapat diselamatkan.
"Huh! Puas hati aku, ingat aku main-main dengan kau Azreel Huq."
Shahrul hanya mengukir senyuman sinis jahat apabila membaca berita mengenai Herlina Ayuni ditembak diskrin telefon nya. Dia menyimpan dendamnya terhadap Azreel Huq sebegitu mendalam didalam hatinya.
Selagi dia tidak dapat kembali didalam hati bekas kekasihnya, selagi itulah dendam terpahat didalam hati.
"Bos! Apa yang bos senyum sorang-sorang tu?" Tanya lelaki itu kepada Shahrul.
YOU ARE READING
He's Mine Mr PGA (Inspektor Azreel Huq)
AcciónInspektor Azreel Huq X Herlina Ayuni _____________________________________ Azreel Huq seorang pegawai polis berpangkat Inspektor didalam unit Pasukan Gerakan Am di Tawau Sabah. Seorang yang bersikap ramah dan lemah lembut dengan orang sekelilingnya...