💚BAB 2💚

143 8 4
                                    

Ainul dan Kalisya melangkah masuk kedalam balai setelah pulang daripada makan tengahari diluar bersama-sama. Mereka berdua melabuhkan punggung diatas kerusi dan menggapai fail laporan yang berada diatas meja itu.

Mata Kalisya meliar mencari kelibat Inspektor Azreel Huq tetapi tidak kelihatan didalam balai itu.

Ainul kehairanan melihat kawannya seperti mencari seseorang dengan keadaan yang gelisah. Apa yang dicarinya itu.

"Kalisya, apa yang kau carikan tu?" Tanya Ainul kehairanan. Kalisya kembali bangun daripada tempat duduknya dan pinggangnya dicekak dengan wajah yang serius.

"Eh mana Inspektor daripada Sabah tu ya? Tak nampak pula dia hari ini!"

"Kenapa? Janganlah kau ganggu dia. Biarkan dia selesa dulu dengan tempat baru. Apalah kau ni!" Keluh Ainul sambil menyambung kerjanya.

Beberapa saat kemudian, Azreel Huq melangkah keluar daripada bilik kerja dengan riak wajah yang bersahaja. Sedikit pandangan pun tidak berganjak kearah dua Inspektor wanita itu.

"Azreel!" Sapa Ainul dengan nada yang lembut. Azreel Huq pantas menoleh kearah sapaan itu. Tidak sempat untuk dia melangkah keluar daripada balai itu.

"Kau nak kemana?" Tanya Ainul kepada Azreel. Dia menayang riak wajah yang bersahaja apabila berhadapan dengan Azreel.

"Ndak kemana-mana, mau healing jak diluar!"

Ainul tergaru-garu kepalanya tidak faham apabila Azreel menggunakan loghat Sabah. Dia cuba mengukir senyuman terpaksa kerana tidak faham.

"Maaf! Saya tak faham!" Ujar Ainul dengan reaksi tidak faham.

"Saya cakap saya tak kemana-mana, cuma nak healing dekat luar itu je." Sapa Azreel tenang.

"Jom petang ini kita ngopi-ngopi?" Ujar Ainul tenang.

"Ngopi-ngopi? Apa tuh?" Tanya Azreel. Kini gilirannya tidak faham apa yang diperkatakan oleh Ainul.

"Awak ni kena belajar loghat KL lah. Baru awak faham."

"Ngopi-ngopi tu maksudnya jom lepak. Kita keluar makan malam." Sampuk Kalisya kepada Azreel.

"Ooo makan malam. Umm sorry lah malam ini saya ada hal sikit."

Ainul dan Kalisya membulat mata mereka apabila mendengar kata-kata daripada Azreel. Apa perancangan malam nanti yang Azreel bakal buat.

"Ada hal? Hmm, baru je nak ajak keluar makan malam sekali. Tak apalah, lain kali boleh!"

Azreel Huq hanya mengukir senyuman. Dia masih perlahan untuk bergaul dengan rakan satu unit ditempat baru itu. Apabila ditempat baru, perlulah sesuaikan diri dulu ditempat orang.

.
.
.
.
.

** Di Aeon Mall**

Azreel bersama seorang gadis yang cantik paras rupanya, berpakaian dress putih tetapi tidak bertudung berjalan bersama-sama didalam Aeon Mall itu.

Gadis itu memeluk lengan Azreel dengan penuh erat. Langkah mereka berdua seketika berhenti seketika meneruskan langkah.

"Syukurlah awak dapat tukar ke Semenanjung, kalau tidak hari-hari kita bervideo call jauh-jauh."

"Itulah syukur juga sia dapat ditukarkan kesini. Kalau tidak terpaksalah awak pergi ke Sabah semata-mata untuk berjumpa dengan sia."

Setelah langkah mereka sampai menjejak di medan selera, Azreel dan gadis yang cantik itu melabuhkan punggung diatas kerusi untuk makan sebelum mereka pulang kerumah.

Makanan yang dipesan tadi tiba di atas meja mereka. Masing-masing menggapai sudu dan garpu untuk mengaut makanan untuk disuap kedalam mulut.

"So, Inspektor Azreel ku, bagaimana? Sampai bila kita nak begini?" Tanya gadis itu dengan riak wajah comel.

He's Mine Mr PGA (Inspektor Azreel Huq)Where stories live. Discover now