"Assalamualaikum, Inspektor Afeeq Ilham disini. Boleh saya bercakap dengan Inspektor Ainul?"
"Waalaikumusalam, Inspektor Ainul tiada hari ini. Ada apa-apa yang boleh saya bantu tuan?" Sapa anggota yang bertugas disitu.
"Tak apalah, jika dia ada, beritahu dia untuk call saya."
Disebalik belakang tabir, anggota yang bertugas terdengar suara pegawai mereka yang baru saja melangkah masuk kedalam batalion itu dengan beberapa orang pegawai lain.
"Puan!" Sapa anggota itu. Ainul menoleh kearah sapaan anggota bawahan mereka. Dia dengan pantas melangkah kearah itu.
"Ada apa Koperal?" Tanya Ainul dengan nada yang tegas.
"Inspektor Afeeq Ilham daripada PGA Tawau, dia nak bercakap dengan puan."
Anggota berpangkat Koperal itu menyerahkan gagang telefon itu kepada Ainul. Dengan segera gagang telefon diletakkan ditelinga nya.
"Assalamualaikum, Inspektor Ainul disini."
"Waalaikumusalam. Inspektor Ainul, ini saya Inspektor Afeeq."
"Ada apa-apa boleh saya bantu?"
" Saya cuma mahu bertanya tentang Inspektor Azreel Huq. Betul ke pihak sana masih belum dapat jejak lagi dimana Azreel Huq?"
" Oo.. Buat masa ini kami masih lagi menjalankan tugas untuk mencari dimana hilangnya jejak Inspektor Azreel sewaktu dia meneruskan tugasan undercover disalah satu lokasi. Sampai sekarang kami tak dapat klu."
"Begini ya Inspektor, saya baru saja selesai berbincang dengan anggota-anggota saya. Insyallah, kemungkinan kami akan kesana untuk bantu dalam siasatan ini."
Ainul terkaku seketika apabila pihak PGA di Tawau ingin datang membantu untuk membantu menyelesaikan kes kehilangan Azreel Huq dan juga ingin menumpaskan kes yang berada di kotaraya itu.
"Macamana?"
"Baiklah! Kami setuju dengan pendapat Inspektor."
"Baiklah, apa-apa pun kami akan maklumkan kembali. Assalamualaikum."
"Waalaikumusalam." Panggilan itu segera dimatikan. Begitu terkejut apabila Afeeq Ilham ingin datang ke Semenanjung untuk membantu mencari Azreel Huq yang hilang sekian beberapa hari. Dalam masa yang sama, beberapa aktiviti haram kini diketuai oleh Shahrul Ashwaq disebuah pendalaman hutan.
"Azreel, aku akan datang dan untuk selamatkan kau." Tegas dan baran saja suara Afeeq apabila dia sekarang berada didalam keadaan risau apabila sahabat baiknya hilang tanpa berita.
.
.
.Herlina yang kini berada didalam keadaan gelisah dan tidak tenang apabila sudah beberapa hari suaminya hilang tanpa berita. Kepalanya diraup perlahan. Airmatanya perlahan-lahan menitis apabila rasa kerinduan terhadap suaminya kini terpahat didalam hati.
Azeel memerhati kakak iparnya yang kini gelisah dengan wajah yang pucat sedang duduk diatas sofa yang empuk itu. Dia juga risaukan abangnya yang hilang tanpa berita tetapi dia hanya riak tenang.
"Akak!" Sapa Azeel kepada Herlina.
Herlina menoleh kearah suara menyapa namanya. Azeel membuka langkah untuk melangkah menuju kearah ruang tamu itu. Dia melabuhkan punggung diatas sofa yang satu itu.
"Akak okay?"
"Dik! Kemana abang Azreel pergi? Sudah beberapa hari dia tak balik rumah!"
"Akak, saya rasa mesti ada sesuatu yang ndak kena."
"Apa maksud adik?"
Dia kembali bangun daripada sofa itu dan menarik nafas sebelum mengeluarkan jawapan daripada mulutnya.
YOU ARE READING
He's Mine Mr PGA (Inspektor Azreel Huq)
БоевикInspektor Azreel Huq X Herlina Ayuni _____________________________________ Azreel Huq seorang pegawai polis berpangkat Inspektor didalam unit Pasukan Gerakan Am di Tawau Sabah. Seorang yang bersikap ramah dan lemah lembut dengan orang sekelilingnya...