💚 BAB 13💚

65 4 0
                                    

Setelah kapal terbang tiba di KLIA, Azreel Huq berjalan menuju kepintu keluar daripada lapangan terbang itu. Dia mencari sosok tubuh yang dirindui selama ini iaitu tunangnya. Kedengaran satu suara yang sangat garau menegurnya daripada jauh. Dengan pantasnya dia menoleh kearah suara yang menyapanya, rupa-rupanya suara adik bongsunya Azeeq Haq. 

" Abang!" Sapa Azeeq daripada jauh. 

Dengan pantas dia berjalan menuju kearah adiknya yang sudah lama menunggu. Azeeq dengan berpakaian tshirt biasa dan berseluar slack hitam menunggu abangnya diluar kawasan lapangan terbang itu. 

'' Aik! Siapa suruh kau jemput aku disini?" Tanya Azreel dengan nada perli. Sesungguhnya dia suka mengusik dan mengutuk adik bongsunya. Wajah Azeeq mula berubah mendengar pertanyaan pelik daripada abangnya. 

" Wah wah kau bang! Semenjak kau dah dua paku dibahu, makin berlagak dengan aku bang." Bidas Azeeq kepada abangnya. Sakit betul hatinya dengan sikap berlagak abangnya tetapi dia memahami abangnya kerana dia adalah seorang adik bongsu. 

"Woi! Pangkat aku kau jangan buat main. Kau beruntung tau ada abang yang menyarung uniform PGA." Bidas Azreel dengan begitu lantang suaranya. Azeeq hanya menjeling menyampah dengan kata-kata abangnya. 

"Habis itu ingat kau seorang jak sarung uniform? Aku ini apa bah?"

"Aku ini doktor bah! Doktor Azeeq Haq." 

" Ping Ping!" Bunyi hon teksi dikawasan itu. Azeeq dan Azreel tersentak bahu apabila mendengar bunyi hon teksi itu. 

Pemandu teksi itu membuat isyarat tangan kepada Azeeq dan Azreel untuk memberi laluan kepada teksi itu. Teksi itu berlalu pergi daripada tempat itu. Azeel memandang lama kearah teksi itu.

" Ini semua salah kau bang!"

"Kenapa aku pula? Lain kali kalau nak bertengkar, tunggu didalam kereta dulu."

Azeel meletakkan beg milik abangnya didalam bonet belakang keretanya. Pintu bonet belakang itu ditutup sepenuhnya. Mereka berdua melangkah masuk kedalam kereta milik Azeel yang mewah itu. 

Dalam perjalanan pulang kerumah, Azreel hanya diam dan tidak bersuara. Kereta yang laju dibawa oleh adiknya tidak dihiraukan. Sewaktu kereta itu berhenti kerana lampu isyarat merah, dia memerhati abangnya yang diam daripada tadi. Apa yang difikirkan abangnya. 

"Bang!" Sapa Azeel tenang. 

"Hmm!" 

"Kau okaykah bang? Sejak tadi kau diam jak!" Tanya Azeel kepada abangnya. Wajah yang kacak itu dipandang lama. 

''Zeel, abang rasa tidak tenanglah hati ini." 

"Why?" 

"Aku cuma risau dekat kak Herlina kau tu." 

''Kenapa? Kenapa abang risau dengan kak Herlina?"

'' Kau tahu kan kerja aku macamana. Sentiasa dikelilingi musuh. Aku rasa kau tak tahu lagi cerita sebenarnya apa yang berlaku." Azeel membulat matanya. Dia hanya bersedia untuk mendengar cerita daripada abangnya. 

"Apa yang berlaku bang? Aku tak tahu apa berlaku. Cuba cerita dekat aku." 

" Beberapa hari yang lalu, kak Herlina kau daripada kedainya ingin pulang kerumah. Ada tiga orang lelaki yang tidak dikenali cuba menganggu dia."

Membulat matanya sekali lagi apabila mendengar cerita tentang Herlina diganggu sewaktu ingin pulang daripada kerja. 

"Siapa bah yang ganggu kakak ipar aku? Kau beritahu aku bang."

"Sabar! Kau jangan terburu-buru nak cari mereka. Kau kena ingat, kau itu doktor. Serahkan tugas ini pada aku jak." Balas Azreel tenang.

"Tapi bang, sekiranya terjadi apa-apa pada kau, siapa yang susah?"

He's Mine Mr PGA (Inspektor Azreel Huq)Where stories live. Discover now