Dihari bahagia Azreel Huq dan Herlina Ayuni.
Herlina Ayuni menyarung gaun putih yang disaluti dengan manik-manik pada gaun itu. Solekkan yang siap disolek oleh jurumekap dipandang indah didalam cermin. Begitu cantiknya mekap yang terletak pada wajahnya. Tiba-tiba tangannya terketar-ketar secara tiba-tiba.
'' You okay?" Tanya jurusolek itu kepada Herlina. Dia memandang lama kearah kedua-dua tangan Herlina yang terketar-ketar itu.
'' Tak tahulah, tangan ni tiba-tiba terketar-ketar." Ujar Herlina sambil menggosok-gosokkan tangannya.
"Sabar sayang sabar! Mungkin majlis mengejut kot."
Pintu bilik solek pengantin itu dibuka oleh seseorang. Adik kepada pengantin perempuan menjengah sedikit kepalanya didalam bilik itu. Dia memandang lama kearah kakaknya.
"Assalamualaikum." Salam diberi oleh adik pengantin perempuan.
"Waalaikumusalam. Masuklah!" Salam dijawab oleh jurusolek itu. Dia melangkah masuk dan mendekati kearah kakaknya. Mekap yang telah dipacak oleh jurusolek terletak elok pada wajah pengantin perempuan.
"Kakak. Abang Azreel dah sampai."
"Haaa! Lajunya."
"Dah ramai ke dekat luar sana?"
"Dah ramai. Maklong,Maksu dah tunggu dekat luar."
Jurusolek itu menyimpan segala alat solek didalam begnya.
________
"Mohd Azreel Huq bin Mohd Azhar."
"Saya."
"Aku nikahkan dikau dengan Nurul Herlina Ayuni bin Mohd Azfar dengan hantaran mas kahwin sebanyak RM7000 tunai."
"Aku terima nikahnya Nurul Herlina Ayuni Bin Mohd Azfar dengan mas kahwin sebanyak RM7000 tunai."
Sah?
Sah
Sah?
Sah.
"Alhamdulilah." Sesi akad nikah telah selesai. Kini sesi bacaan doa untuk pasangan itu. Semua orang yang berada diruang tamu itu menadah tangan untuk bacaan doa yang dibaca oleh tok kadi.
Selesai saja sesi bacaan doa, tetamu yang berada diruang tamu itu melangkah kearah meja yang dipenuhi hidangan orang kahwin. Berpusu-pusu tetamu yang hadir tanpa henti lalu lalang diluar rumah pengantin perempuan itu.
Dengan kehadiran tetamu yang tanpa henti, Azeel memerhati seorang gadis cantik yang mengiringi pengantin perempuan menuju naik ke pelamin. Gadis itu adalah adik kepada Herlina iaitu Herlene. Seorang pramugari AirAsia.
Selepas lama dia memerhati Herlene, Azeel tiba-tiba terpandang kearah satu figura yang sedang berdiri diluar rumah. Matanya disepetkan sedikit untuk melihat siapakah figura yang memakai hoodies hitam itu.
Pantasnya dia meninggalkan ruang tamu itu dan dengan langkah yang laju dia keluar daripada rumah untuk mengejar figura itu. Azreel daripada jauh memerhati adiknya itu keluar daripada rumah dan seperti mengejar sesuatu.
Herlina memandang hairan kearah suaminya.
"Abang! Kenapa?" Soal Herlina hairan.
" Ta..tak ada apa-apa." Jawab Azreel tenang.
Beberapa minit kemudian, ada 5 tetamu yang hadir melangkah masuk kedalam rumah. Ternyata tetamu itu adalah Inspektor Afeeq bersama empat orang anggotanya iaitu Arief,Fierhan,Hisham dan Alex hadir ke majlis perkahwinannya.
YOU ARE READING
He's Mine Mr PGA (Inspektor Azreel Huq)
ActionInspektor Azreel Huq X Herlina Ayuni _____________________________________ Azreel Huq seorang pegawai polis berpangkat Inspektor didalam unit Pasukan Gerakan Am di Tawau Sabah. Seorang yang bersikap ramah dan lemah lembut dengan orang sekelilingnya...