Ainul bersama-sama Kalisya dan beberapa anggota bawahan Afeeq Ilham sedang bersiap sedia untuk melakukan perbincangan untuk mencari dan menyelamatkan Azreel Huq dan Afeeq Ilham yang sudah beberapa hari turutnya. Kain slide putih yang berada dihadapan dipandang dengan begitu fokus. Pegawai atasan mereka membuka beberapa slide untuk memulakan perbincangan itu.
"Assalamualaikum dan salam Sejahtera semua." Sapa pegawai atasan mereka.
"Waalaikumusalam tuan."
"Baiklah! Telah tiba harinya untuk saya berbincang dengan kamu tentang.. kehilangan Inspektor Azreel Huq dan juga pegawai PGA daripada Tawau yang baru saja datang kesini untuk membantu kita mencari Inspektor Azreel Huq, iaitu Inspektor Afeeq Ilham."
Pegawai atasan itu membuka slide seterusnya dan terpapar empat gambar. Ainul dan Kalisya saling pandang berpandangan dengan riak wajah yang begitu risau. Alex dan Hisham juga dengan riak wajah mereka bertukar risau apabila gambar pegawai dan rakan seunitnya terpapar dihadapan.
"Baiklah, inilah empat gambar terpapar dihadapan kamu semua. Dua pegawai dan dua anggota yang hilang sehingga tidak dapat jejak sehingga kini"
Mereka semua hanya mengangguk faham.
"Baiklah! Kita akan mulakan operasi kita dalam beberapa hari lagi untuk mencari dan menyelamatkan Inspektor Azreel Huq, Inspektor Afeeq Ilham dan dua anggota bawahannya."
"Bila kita akan mulakan operasi kita Tuan?" Tanya Ainul tegas.
"Dua hari akan datang. Insyallah kita akan kumpulkan orang-orang kita untuk berpecah tapi buat masa sekarang kita belum dapat apa-apa klu dan lokasi dimana mereka disembunyikan."
Mereka semua hanya mengangguk faham dengan apa yang diperkatakan oleh pegawai atasan mereka tentang kes itu.
"Baiklah, semua bersurai. Kita jumpa operasi dua hari akan datang."
.
.
Herlina termenung diatas meja kaunter bayaran kerana dia teramat risau dan menjadi tanda tanya kemana suaminya hilang tanpa khabar berita sehingga kini. Kedai bouquetnya kini suram dan sepi tiada seorang pun pelanggan yang datang untuk menempah bouquet dengannya. Frame yang berada diatas meja kaunter bayaran itu dipandang lama. Begitu kacak suaminya yang lengkap beruniform PGA tetapi dihatinya kini sebak dan rindu yang teramat.
"Abang! Kemana abang menghilang? Sayang betul-betul rindu abang." Bisik didalam hatinya dengan penuh rasa sedih.
Tiba-tiba dia terdengar dua suara daripada luar yang sedang berdiri betul-betul dihadapan pintu kedai bouquetnya. Dia memandang daripada jauh tetapi yang berdiri dihadapan pintu kedainya adalah Shahrul dan beberapa anak buah.
"Bos! Tak apa ke kita tinggalkan mamat tu sorang-sorang dekat pula utu?"
"Hey! Apa kau nak risau? Orang-orang kita semua sedang berjaga di Kawasan pulau itu kan."
"Sampai bila bos?"
"Sampai aku suruh korang berdua bunuh polis tu." Ujar Shahrul dengan penuh dendam.
Herlina membulat mata apabila mendengar perbualan Shahrul bersama beberapa orang lelaki yang berdiri disebelah Shahrul. Tiba-tiba Shahrul terpandang pantas kearah Herlina yang berada didalam kedai itu. Herlina dengan pantas menyorok dibawah meja kaunter bayaran dan manakala Shahrul dengan pantas melangkah masuk kedalam kedai itu.
"Herlina! Herlina!" Jerit Shahrul memanggil nama Herlina.
"Oo kau menyorok, jom ikut aku!"
"Lepaskan aku! Oo kau culik suami aku lepas itu kau kurung dia dekat pulau. Pulau mana suami aku kau sorokkan?" Tengking Herlina sambil cuba melepaskan genggaman daripada Shahrul.
YOU ARE READING
He's Mine Mr PGA (Inspektor Azreel Huq)
AcciónInspektor Azreel Huq X Herlina Ayuni _____________________________________ Azreel Huq seorang pegawai polis berpangkat Inspektor didalam unit Pasukan Gerakan Am di Tawau Sabah. Seorang yang bersikap ramah dan lemah lembut dengan orang sekelilingnya...