💚 BAB 31💚

200 7 0
                                    

Beberapa hari kemudian, setelah selesai operasi mereka menghapuskan aktiviti haram dan menyelamatkan Azreel setelah menjadi mangsa tebusan, Afeeq bersama-sama rakan PGA sedang beriadah dan membuat aktiviti bbq.

Ainul dan Kalisya menyediakan makanan bbq yang masih panas diatas dapur arang itu sementara Fierhan,Arief,Alex dan Hisham menyusun barang-barang lain sementara menunggu makanan siap.

"Oh mak kau meletop!" Melatah Ainul apabila sotong yang dibakar atas api yang panas itu membuatkan api keluar membara.

"Ish kau ni Ainul, hati-hati weh!" Tegur Kalisya dihadapannya.

"Dah siap ke? Aku lapar ni!" Ujar Afeeq dengan tanpa rasa bersalah.

"Ish sabarlah! Fierhan, awak tengoklah tuan awak ni. Tak menyabar betul." Ejek Ainul kepada Afeeq. Wajah Afeeq mula berubah apabila Ainul mengejeknya. Fierhan dan kawan-kawannya hanya melepaskan gelak.

"Tuan Afeeq awak semua ni memang jenis tak menyabar eh?" Tanya Kalisya sambil mengipas makanan didepannya.

"Awak semua gelak kenapa? Nak kena denda ke?" Soal Afeeq kearah anggota bawahannya dengan nada yang tegas. Kesemua daripada mereka kembali diam dan menyambung kerja mereka.

"Sekejap! Mana Azreel?" Ainul,Kalisya dan Afeeq mencari dimana Azreel berada. Ternyata Azreel sedang termenung jauh dan jauh daripada mereka semua. Apakah dia mengalami trauma terhadap dirinya apa yang berlaku.

Afeeq melabuhkan punggung disebelah Azreel dan menarik nafas sebelum mengeluarkan kata-kata.

"Reel! Kau okay?"

Azreel hanya terdiam dan diam tanpa merespon apa-apa. Sebarang suara pun tidak keluar daripada kotak suaranya. Afeeq menggengam bahu Azreel untuk menenangkan keadaan dan hati sahabatnya itu. Dia tahu bahawa Azreel kini mengalami trauma apa yang berlaku tempoh lalu.

"Azreel! Aku tahu kau trauma dengan apa yang berlaku dekat kau kan! Janganlah macam ini. Kau kena kuat semangat Reel. Aku tahu apabila kes kau jadi mangsa tebusan si Shahrul tu boleh buat kau patah semangat. Ishh! Janganlah macam ini."

"Kau cakap senanglah! Kau tak berada di tempat aku! Kau tak kena macam aku!"

"Siapa cakap? Kau tahu tak aku pun jadi mangsa tebusan diorang. Bukan aku saja, si Fierhan dengan Arief pun turut jadi mangsa tapi dengan kekuatan diorang, kitaorang dapat selamatkan diri."

Membulat mata Azreel mendengar cerita daripada Afeeq. Didalam tempoh dia dikurung dan disembunyikan, Afeeq juga menjadi mangsa tebusan Shahrul. Dia kembali termenung dan merenung nasib dirinya. Airmatanya tiba-tiba menitis membasahi pipi. Afeeq memujuk Azreel.

"Serius? Kau pun jadi mangsa diorang?"

'' Ya! Aku juga turut jadi mangsa diorang. Time itu aku ada tugasan untuk mencari kau tetapi firasat aku betul, ada yang memerhati kitaorang dilokasi itu dan akhirnya kitaorang bertiga dalam perangkap tapi hal itu tidak buat aku gentar dan patah semangat."

"Aku respek dengan keberanian kau Feeq. Kau layak dinaikkan pangkat." Ujar Azreel dengan penuh rasa sayu.

"Kenapa?"

'' Sebab kau lebih berani daripada aku."

"Jangan macamni! Kau juga berani Reel." Ujar Afeeq tenang.

"Dahlah! Jom kita makan. Aku taknak kawan aku sedih-sedih. Kita kan polis, kena kuat."

Azreel mengukir senyuman apabila hatinya kini redha dan sejuk. Dia bersyukur kerana mempunyai sahabat seperti Afeeq walaupun berlainan batalion. Keberanian Afeeq memberi impak besar dan dia dapat menjadi Afeeq sebagai inspirasi nya sebagai pegawai PGA.

"Terima Kasih Afeeq. Kalau tanpa kau, tentu aku dah terkorban."

"Tiada hal lah Azreel. Aku harap kau tak patah semangat. Sebagai pegawai polis, kita kena kuat."

Azreel hanya mengukir senyuman ikhlas kepada Afeeq menandakan terima kasih. Mereka berdua melangkah kearah dimana kawan-kawan yang lain sedang menghidangkan makanan yang baru saja siap dibakar.

Keesokan harinya, di KLIA, Azreel bersama isterinya datang ke KLIA untuk mengiringi Afeeq dan rakan-rakan yang lain untuk pulang ke Sabah. Herlina kini sedang mengandung 1 bulan. Afeeq memeriksa bagasinya supaya tiada barang yang tertinggal.

Sebelum dia ingin melangkah kepintu masuk berlepas ke Sabah, Afeeq memeluk erat Azreel untuk berpisah disitu. Rasa sebak didada hanya menahan seketika.

"Terima kasih Reel, jaga diri kau baik-baik."

"kau pun jaga diri. Jangan lupa call aku kalau ada apa-apa. Insyallah aku sampai ke Sabah."

"Insyallah!"

"Jaga diri ya Tuan!" Sapa Fierhan mewakili kawan-kawannya yang lain sebelum dia berpisah dengan pegawai lamanya itu. Airmatanya kini akhirnya jatuh membasahi pipi kerana dia tidak sanggup untuk berpisah dengan pegawainya.

"Awak semua pun jaga diri tau. Dengar arahan Tuan Afeeq awak kalau ada operasi dan tugasan. Jangan ingkar."

"Baiklah Tuan."

Selepas pada itu, mereka melangkah masuk keruang berlepas untuk memeriksa bagasi masing-masing sebelum meninggalkan Azreel dan Herlina. Selepas Afeeq dan rakan-rakannya kian jauh daripada pandangan matanya, Azreel dan Herlina meninggalkan KLIA itu dengan rasa sunyi dan sebak setelah berpisah dengan Afeeq dan rakan-rakannya.




Tamat sudah story part of Inspektor Azreel Huq

Waiting cerita untuk Inspektor Afeeq Ilham pula. Thank you mana yang support walaupun banyak kekurangan dalam cerita ini. 

He's Mine Mr PGA (Inspektor Azreel Huq)Where stories live. Discover now