" Afeeq, saya nak tanya awak sesuatu boleh?" Tanya Eidatul dengan suara yang begitu lemah lembut. Jantungnya masih berdebar-debar apabila berada berhadapan dengan polis lelaki yang kacak itu.
"Apa dia?"
"Awak dah kahwin ke?" Membulat mata Afeeq mendengar pertanyaan daripada Eidatul. Dia menarik nafas dan bersedia menjawab pertanyaan daripada Eidatul tentang status dirinya.
"Saya duda anak 1." Jawab Afeeq tenang. Eidatul dengan riak wajah terkejut apabila mendengar jawapan daripada Afeeq. Biar betul Inspektor lelaki ini duda anak 1. Tidak nampak seperti duda pun.
"Anak 1? Seriuslah tapi kenapa status awak duda?" Tanya Eidatul sekali lagi. Dia masih was-was dengan jawapan daripada Afeeq.
"Panjang ceritanya Cik Eidatul. Saya duda bukan sebab bercerai."
"Habis itu?"
"Saya mendirikan rumahtangga beberapa tahun lalu tapi ada pihak yang berdendam dengan saya sehingga menjadikan isteri saya sebagai mangsa tebusan. Pihak yang berdendam itu adalah musuh yang menjadi buruan pihak polis. Kerana musuh berdendam, mereka pukul saya selepas saya pulang daripada operasi dan mereka bunuh isteri saya didalam rumah. Tapi nasib saya sempat sampai kerumah tetapi isteri saya mati didepan mata saya."
Eidatul sebegitu terkejut mendengar cerita kisah lama tentang arwah isteri Afeeq yang dibunuh oleh pihak musuh beberapa tahun lalu.
"Allahuakbar! Salam takziah buat awak Afeeq. Habistu anak awak tinggal dengann siapa kalau awak masuk bertugas?"
"Dengan ibu saya."
"Oo. Semoga awak kuat dan tabah ya Afeeq."
"Saya dah tabah dengan ujian ini. Saya sebagai pegawai polis kena cekal dan kuat untuk hadapi ujian seperti ini. Bukan senang bagi seorang bergelar isteri apabila menjadi suri hati uniform."
"Saya faham. Salam takziah."
Afeeq hanya menayangkan senyuman manis kepada Eidatul.
....
Azreel bersama-sama dengan pasukannya untuk bergerak ke satu lokasi dimana orang bawahan Shahrul yang sedang membuat kacau bilau disebuah kampung pendalaman.
Mereka bersiap-siap menyarung uniform operasi sebelum bergerak ke lokasi.
"Semua dah siap?" Tanya Azreel dengan penuh ketegasan. Anggota bawahan mereka berdiri tegak menghadap ketua mereka sebelum memulakan operasi.
"Siap tuan!"
"Baiklah! Ingat, ikut seperti macamana kita aturkan strategi dan satu lagi, jangan lalai. Mereka berada disetiap sudut lokasi itu."
"Baik Tuan!"
"Ok, kita gerak sekarang."
.
.
.
.Kedai bouquet itu sepi seketika pada hari itu. Herlina hanya termenung diruang kaunter bayaran sambil memandang kearah skrin telefonnya.
Gambar suaminya ditatap lama. Didalam hatinya hanya mendoakan semoga suaminya selamat pergi dan selamat pulang daripada operasi.
"Ya Allah, kau lindungilah suamiku Azreel Huq didalam operasi nanti." Bisik doa didalam hati Herlina. Dia mengharapkan semoga suaminya selamat.
"Kring kring."
Bunyi loceng yang digantung pada pintu kedai itu. Herlina memandang kearah bunyi loceng itu, kelihatan seorang figura berpakaian seperti doktor. Sekilas dipandang adik iparnya yang datang kekedai.
"Assalamualaikum kak." Sapa Azeel
"Waalaikumusalam, eh Azeel. Apahal datang kedai akak?"
"Akak! Saya nak minta akak tolong buatkan bouquet fererro rocher dan bunga ros biru."
YOU ARE READING
He's Mine Mr PGA (Inspektor Azreel Huq)
AcciónInspektor Azreel Huq X Herlina Ayuni _____________________________________ Azreel Huq seorang pegawai polis berpangkat Inspektor didalam unit Pasukan Gerakan Am di Tawau Sabah. Seorang yang bersikap ramah dan lemah lembut dengan orang sekelilingnya...