💚 BAB 16💚

55 5 0
                                    

Keesokan harinya, Afeeq sekali lagi melawat Eidatul dihospital dengan lengkap berpakaian uniform PGA melangkah masuk kedalam kawasan hospital. Orang awam yang berada disitu memandang dirinya dengan begitu tajam. Apakah yang mereka fikir sehingga salah seorang pegawai polis ini datang ke hospital. Dia meneruskan langkahnya tanpa menoleh kearah orang awam yang memandang pelik.

Sewaktu langkahnya ingin menuju kearah wad dimana Eidatul berada, ada dua orang lelaki yang duduk dikerusi yang jauh daripada wad itu. Afeeq hanya meneruskan langkahnya. Apabila dia melangkah masuk, dua lelaki itu turut bangun dan hanya memerhati daripada jauh.

"Assalamualaikum." Salam diberi oleh Afeeq dengan suara yang tegas. Eidatul menoleh kearah suara yang memberi salam itu. Riak wajah Eidatul yang cuak itu membuatkan dirinya semakin berdebar. Seorang pegawai polis berdiri ditepi katilnya.

"Waalaikumusalam." Salam dijawab kembali oleh Eidatul. Begitu cuaknya apabila dia ingin membetulkan posisi duduknya diatas katil. Afeeq mendekati sedikit dirinya pada katil Eidatul tetapi wajah Eidatul semakin memerah apabila seorang pegawai polis berada dihadapannya.

"Macamana keadaan cik Eidatul?" Soal Afeeq tegas. Kelihatan kedua-dua tapak tangan Eidatul sudah mula terketar-ketar dan dia menggosok tangan itu tanpa henti. Dia memandang lama pangkat dibahu Afeeq.

"Inspektor polis rupanya. Boleh tahan juga tinggi dia." Bisik didalam hati Eidatul sambil memandang lama kearah pegawai polis dihadapannya.

Dia mengelipkan matanya untuk menyedarkan khayalan nya sewaktu memandang lama kearah wajah kacak Inspektor Afeeq. Kedua-dua pipinya ditepuk sebelum menjawab pertanyaan daripada Inspektor Afeeq sebentar tadi.

"Cik Eidatul, sekali lagi saya tanya. Bagaimana keadaan cik hari ini?" Tanya Afeeq sekali lagi. Dia hanya menunggu jawapan daripada Eidatul sendiri.

"Hari ini saya dah sihat sedikit daripada sebelumnya." Jawab Eidatul dengan tenang didepan Inspektor lelaki itu. Wajah kacak itu dipandang seketika dan dia kembali memandang kearah lain.

Afeeq hanya mengangguk faham. Dia bersyukur kerana gadis yang menjadi mangsa ragut tempoh hari semakin sihat apabila pihak hospital menahannya dalam beberapa hari. Kini dia mengukir senyuman gembira.

''Tapi apa yang berlaku sebenarnya tuan Inspektor?" Sekali lagi Eidatul bertanya. Apa yang berlaku kepada dirinya sehingga dia berada didalam wad hospital. Wayar yang berada di atas tangan nya dipandang seketika.

''Cik Eidatul diganggu oleh dua lelaki yang samun cik Eidatul tempoh hari. Ingat tak?" Tanya Afeeq dengan tenang. Eidatul hanya menggeleng kepalanya menandakkan dia tidak inga tapa yang terjadi.

"Tak apa kalau cik Eidatul tak ingat. Tapi sewaktu kejadian itu, saya turut kena pukul tau nak selamatkan cik Eidatul." Eidatul turut terkejut dengan kata-kata Afeeq itu. Kerana dirinya diganggu oleh dua lelaki tempoh hari Afeeq juga turut dipukul dibelakang oleh dua lelaki yang ingin meyamun Eidatul.

"Takkan tuan sebagai polis pun menjadi mangsa pukul." Cemas saja suara Eidatul berkata-kata.

"Kami pun manusia biasa cik. Risiko kerja macam kami ni tinggi. Sentiasa berhadapan dengan musuh. Kiri kanan depan belakang. Lagi-lagi apabila menjaga sempadan negara, lagilah kami mudah disasarkan oleh musuh tapi kami tak pernah gentar." Ujar Afeeq kepada Eidatul.

Bukan perkara mudah untuk menjadi seorang badan beruniform apatah lagi askar dan polis yang memegang tanggungjawab untuk menjaga keamanan negara. Ada juga yang tewas dan meninggal ketika didalam tugasan.

"Apa maksud tuan?"

"Dia beginilah, tugas polis macam saya ni begitu..." Belum sempat dia menghabiskan percakapan nya, terdengar suara huru hara diluar wad itu. Dia melihat beberapa orang jururawat yang sedang berlari huru hara. Afeeq dengan segera bangun dan berlari menuju kearah pintu keluar wad. Tiga lelaki bersenjata melepaskan tembakkan secara serentak menyebabkan suasana itu semakin huru hara.

He's Mine Mr PGA (Inspektor Azreel Huq)Where stories live. Discover now