💚 BAB29💚

63 3 0
                                    

Azeel menunggu keputusan daripada doktor yang sedang merawat kakak iparnya selepas kejadian dipukul teruk oleh Shahrul. Dia hanya merenung dan tangannya mengenggam penumbuk menahan marah apabila keluarganya kini dalam keadaan tidak selamat.

"Shahrul! Kau tunggu aku akan balas apa yang kau dah buat pada kakak ipar aku. Aku takkan duduk diam." Sapa Azeel dalam hati dengan penuh rasa baran.

"Abang Reel, tunggu aku datang selamatkam kau. Aku takkan biarkan mereka apa-apakan kau."

Krekkk

Bunyi pintu yang dibuka oleh seorang doktor yang baru saja melangkah keluar daripada bilik rawatan itu. Azeel melangkah kearah doktor itu.

"Doktor! Macamana dengan kakak ipar saya?" Soal Azeel kepada doktor lelaki itu.

"Encik ni adik ipar kepada Puan Herlina ya?"

"Ya saya!"

"Buat masa sekarang kakak ipar awak masih tidak sedar tapi hanya cedera dibahagian mulutnya saja. Insyallah nanti akan dipindahkan ke wad biasa."

"Terima Kasih doktor."

"Ya Allah, Kau kuatkanlah semangat kakak iparku dan berikanlah dia kekuatan untuk menempuh ujian ini."

Azeel mengaminkan doanya itu untuk kakak iparnya yang kini masih didalam wad kecemasan zon kuning. Dia berharap semoga kakak iparnya kembali sihat dan abangnya berada didalam keadaan selamat.
.
.
.
.

Pada keesokan harinya, Afeeq masih lagi berada di Semenanjung bersama-sama beberapa anggota bawahannya untuk mengikuti operasi untuk mencari dan menyelamatkan Azreel Huq setelah kini seminggu hilang ditawan oleh pihak musuh.

"Selamat pagi Tuan!" Sapa anggota bawahan kepada Afeeq.

Ainul dan Kalisya yang sedang siapkan kerja memandang kearah Afeeq apabila suara yang lantang itu menghentikan kerjanya.

"Morning semua." Sapa Afeeq tenang.

"Morning Feeq! Kau okay tak hari ini?" Tanya Ainul tenang.

"Entahlah! Bahu aku terasa sakit sikit." Ujar Afeeq sambil membetulkan urat bahunya yang terasa sakit itu.

"Kalau dah bahu sakit, macamana nak join operasi nanti?!"

"Apa? Kau ingat Inspektor Afeeq lepas kena pukul terus mengalah ke? Come on lah!"

"Yalah-yalah. Dah jom breakfast dulu."

Ainul,Kalisya dan Afeeq melangkah keluar daripada batalion untuk keluar makan pagi bersama-sama.
.
.
.
.

Suasana riuh rendah dipulau itu membuatkan Azreel meronta-ronta untuk melihat tetapi tangannya terikat kebelakang dan kakinya juga terikat membuatkan dirinya rumit bergerak.

Kain putih yang menutup mulutnya juga terlepas dan membuatkan dia ingin menjerit.

"Oiii.. Lepaskan aku! Setan!" Jerit Azreel membuatkan musuh diluar khemah itu tersentak mendengar suara jeritannya. Salah seorang lelaki melangkah masuk kedalam khemah itu dengan wajah berang.

Rambut Azreel ditarik kuat sehingga wajahnya bertukar merah. Dia mengacip giginya menahan kesakitan.

"Kau ni memang tak boleh diam ke?" Tiba-tiba lelaki itu mengheret Azreel keluar daripada khemah itu dan dia mencampak Azreel sehingga terbaring diatas tanah itu. Beberapa orang lelaki disitu memerhati Azreel dengan wajah yang sinis dan tersenyum jahat.

Azreel cuba menggerakkan dirinya sedikit demi sedikit tetapi dibelakangnya dipijak oleh lelaki yang mencampaknya tadi.

"Arghhh!"

He's Mine Mr PGA (Inspektor Azreel Huq)Where stories live. Discover now