💚 BAB 25💚

61 5 0
                                    

Shahrul bersama dua anak buahnya berjalan menuju kearah keretanya yang diparking dihadapan bangunan tealive.

"Bos! Sekarang macamana? Berapa lama kita nak simpan mamat tu?" Tanya anak buahnya dengan perasaan cemas.

"Aihh! Rilek! Asal kau gelabah sangat ni?"

"Tak adalah bos! Kalau kawan-kawan dia yang lain datang macamana?"

Belum sempat Shahrul ingin membalas kata-kata anak buahnya, tiba-tiba bahunya disentuh dan mukanya ditumbuk oleh seseorang. Jejaka yang berpakaian tshirt putih dan berjaket hitam dengan wajah baran. .

"Debush!" Shahrul tersungkur disitu.

"Mana abang aku?" Tengking Azeel sambil memijak tubuh Shahrul. Dua anak buah Shahrul menarik Azeel tetapi ditepis kuat oleh Azeel.

"Aku tanya kau sekali lagi, mana abang aku?"

"Siapa kau?"

"Aku adik kepada Azreel Huq. Kau sembunyikan dia kan! Jawablah!"

"Ba..baik.." Shahrul mengukir senyuman sinis sambil membetulkan bajunya.

"Siapa kau sebenarnya? Aku tak percaya yang kau adik kepada Inspektor Azreel Huq."

"Kau percaya atau tidak, sekarang aku nak tahu, dimana abang aku? Kau culik dia kan?!"

"Hahaha! Kau ingat aku tak kenal kau! Kau doktor di hospital itu kan?! Kau punya tahap bodoh itu macam abang kau."

"Diam! Dimana abang aku? Cakaplah sial!" Tengking Azeel dengan rasa tidak puas hati. Kesabarannya kini dicabar dan tercabar.

Shahrul bersama dua anak buahnya meninggalkan Azeel begitu sahaja dengan wajah senyuman sinis jahat. Kereta milik Shahrul meninggalkan perkarangan kawasan itu.

Nafas Azeel naik turun menahan sabar.

"Woi. Sial punya jantan! Kau tunggu, aku takkan biarkan abang aku hilang begitu saja."
.
.
.
.

Keesokan paginya, beberapa orang anak buah Shahrul sedang mengawasi kawasan hutan itu. Azreel tangannya diikat kebelakang manakala wajahnya kini sudah dilumuri kesan darah.

Shahrul tiba diseitar kawasan itu dengan wajah yang jahat sambil mengukir senyuman kearah Azreel.

Dengan pantasnya dia mengenggam dagu Azreel sambil memandang tajam kearah inspektor lelaki itu.

"Huh! Dasar polis tunjuk berani."

"Debush!"

"Arhhh!" Azreel mengerang kesakitan apabila perutnya ditumbuk. Darah memercik keluar daripada mulutnya.

"Debush!"

"Arhhh!"

Sekali lagi perutnya ditumbuk kuat oleh Shahrul. Kini dirinya merasa lemah sehingga nafasnya laju.

"Apa yang kau nak buat dengan aku?"

"Kau tahu tak, selama hari ini kau ekori jejak kitaorang. Kau fikir aku tak tahu?!"

"Memang patut aku ekori kau Shahrul. Segala kerja haram kau aku dapat intip."

"Huh! Bagus ya kau Inspektor Azreel Huq. Pegawai polis PGA."

Dia meronta-ronta untuk menyerang Shahrul kerana dirinya dihina sebegitu. Dua anak buah Shahrul menumbuk perut Azreel sehingga Azreel menjadi lemah.Dia tidak dapat berbuat apa-apa untuk melepaskan dirinya. .

.

.

Afeeq bersama-sama dengan beberapa anggotanya kini sudah tiba Semenanjung untuk melibatkan dirinya didalam satu operasi yang bakal mereka ikut. Dalam masa yang sama, mereka juga dalam misi mencari dimana Azreel disembunyikan.

He's Mine Mr PGA (Inspektor Azreel Huq)Where stories live. Discover now