💚 BAB 8💚

93 7 0
                                    

Pintu rumah itu dibuka dengan perlahan. Shahrul dengan wajah tegang dan dingin melangkah masuk dalam rumah. Didalam fikirannya kini bermain wajah Azreel dan Herlina.

Barang-barang diatas meja itu ditolak sehingga jatuh kebawah. Nafasnya naik turun menahan kesabaran.

"Kau tunggu Herlina! Aku akan cari kau lagi." Gambar Herlina dipandang lama dengan penuh rasa dendam.

Dia menampal gambar itu pada cermin dan sekali lagi dia memandang lama kearah wajah gadis yang cantik itu.

Dihari majlis pertunangan antara Azreel Huq dan Herlina Ayuni berlangsung dengan lancarnya. Azreel dengan berpakaian kameja biru gelap dan dimana Herlina berpakaian gaun biru gelap.

Kedua-dua belah pihak keluarga menanti bakal pengantin duduk diatas pelamin yang sederhana itu.

Azreel bersama beberapa anggota lelaki yang menunggu diluar rumah pengantin perempuan.

Wajah cantik Herlina yang putih itu dipandang oleh jurusolek yang berada dihadapannya. Begitu cantik rupanya. Dengan tiba-tiba tangan Herlina terketar-ketar, wajahnya pucat lesi.

"Herlina! Are you okay sayang!" Tanya jurusolek itu. Berus solek itu masih ditangannya.

"I berdebarlah you. Ni pula bertunang dengan abang polis. Inspektor pula tu."

Jelingan manja diberikan oleh jurusolek itu kepada Herlina. Jurusolek itu mengusik Herlina bahawa beruntungnya gadis itu dipikat oleh seorang jejaka sebagai Inspektor polis.

Selepas selesainya majlis menyarung cincin kepada Azreel dan Herlina, keluarga pengantin lelaki mengambil ruang untuk bergambar bersama-sama. Kelihatan indah dan cantik cincin yang berada di jari manis Herlina.

Tetamu yang hadir tanpa henti berpusu-pusu untuk menjamu selera.

**Seminggu Kemudian**

Shahrul memerhati anak-anak buahnya yang sedang menjalankan kerja-kerja haram itu didalam hutan tanpa diketahui oleh orang lain.

Dengan wajah yang dingin dan tegang,kini hatinya menyimpan rasa dendam apabila dirinya dihina oleh Herlina. Dia mengenggam penumbuk apabila dirinya tidak dapat lagi rasa sabar.

Matanya masih meliar melihat sekeliling dengan lalu lalang anak buahnya. Hadirnya salah seorang lelaki melangkah kearah Shahrul.

"Shah! Aku ada berita baik untuk kau!"

"Apa?"

" Ada pengedar senjata akan bekerjasama dengan kita. Mereka daripada siam."

"Bagus! Aku nak semua stok mencukupi." Lelaki itu hanya mengangguk setuju.
.
.
.

"Woohoo! Tuan Azreel dah bertunang!" Sapa teruja Anthony bersama Arief dan Hisham. Gambar pertunangan Azreel dan Herlina terpapar dilaman sosial instagram milik Anthony.

" Cantik bah tunang Tuan Azreel. Beruntungnya dia." Usik Hisham. Mereka masih lagi melihat beberapa keping lagi gambar pertunangan itu.

"Siapa bah bertunang?" Tanya Fierhan dengan suara yang tegas. Dia dengan pantas menggapai telefon milik Anthony dengan wajah tegang.

"Tuan Azreel kita!" Balas Hisham tenang.

Tiba-tiba wajahnya bertukar teruja apabila pegawai lama yang dulu dia selalu rapat kemana-mana sahaja kini sudah menjadi tunangan orang. Mata Fierhan mula membulat melihat gambar itu.

" Ooo selama hari ini Tuan Azreel berahsia sama kita. Katanya dia ndak ada siapa-siapa. Dalam diam dia sudah bertunang." Ejek Hisham tanpa rasa bersalah.

He's Mine Mr PGA (Inspektor Azreel Huq)Where stories live. Discover now