Kereta miliknya diparking diperkarangan Balai Batalion itu. Sewaktu dia keluar daripada kereta, seorang anggota berpangkat Sarjan iaitu Sarjan Hainina menegurnya.
"Selamat Pagi Tuan!" Sapa Sarjan Hainina. Azreel pantas menoleh kearah sapaan itu. Dia membetulkan uniformnya sebelum masuk kedalam pejabat.
"Selamat Pagi! Awak buat apa dekat sini?" Tanya Azreel kepada anggotanya.
"Saya nak ambil barang dalam kereta, kebetulan pula terserempak dengan Tuan dekat sini."
Azreel hanya mengangguk faham.
Dia membuka langkah untuk masuk kepejabat tetapi terhenti seketika langkahnya apabila Sarjan Hainina sekali lagi menegurnya.
Sekali lagi dia menoleh kearah anggota wanita itu.
"Tuan, sekejap!"
"Apa dia?"
"Nah, ole ole daripada Cameron Highland untuk Tuan!" Membulat mata Azreel Huq melihat 4 bekas berisikan strawberi yang segar.
Wajah terkejutnya membuatkan Sarjan Hainina memandang lama kearah jejaka berpangkat Inspektor itu. Wajah yang kacak itu dipandang lama.
"Kenapa Tuan? Strawberi tu dah buruk ke?" Tanya Sarjan Hainina dengan wajah pelik. Azreel menggeleng kepala tetapi dalam masa yang sama dia menggaru kepalanya kehairanan.
"Banyaknya strawberi awak bagi dekat saya Sarjan. Masyallah!"
" Alah Tuan! Semenjak Tuan berpindah kesini, Tuan adalah idola saya."
Membulat mata Azreel mendengar kata-kata yang mengejutkan daripada Sarjan Hainina. Apa yang dimaksudkan dengan idola itu.
Sekali lagi dia menggaru kepalanya keseganan dengan kata-kata Sarjan Hainina. Mengapa dirinya sering digilai oleh ramai anggota wanita yang berada di batalion itu. Apakah dia lagi kacak daripada anggota dan pegawai lain.
"Wait! Kenapa awak jadikan saya sebagai idola." Tanya Azreel dengan nada tegas tetapi tidak mendebarkan hati anggota wanita itu.
Wajah cuak Sarjan Hainina membuatkan Azreel menahan ketawa dan menunggu jawapan daripada Sarjan Hainina.
"Hainina! Saya tanya sekali lagi. Kenapa awak jadikan saya sebagai idola? Saya hanya pegawai polis PGA, bukan artis macam Zul Ariffin,Remy Ishak atau Shukri Yahya."
"Sebab tuan hensem sangatlah. Sebab itu saya idola sangat dengan Tuan!"
"Masyallah! Hainina, saya bukan artis. Saya hanya pegawai polis PGA berpangkat Inspektor. Saya hanya insan biasa."
" Tapi tuan segak dan bergaya tau."
"Ehem-ehem!" Tiba-tiba sampuk satu suara berdehem dibelakang Hainina. Seorang anggota lelaki berpangkat Sarjan iaitu Sarjan Shahirul. Mereka berdua adalah pasangan kekasih didalam batalion itu.
"Awak!" Hainina menoleh kebelakang dengan wajah terkejut
"Selamat Pagi Tuan!" Sapa hormat Shahirul kepada Inspektor Azreel.
"Alamak! Matilah aku kali ini." Bisik didalam hati Hainina apabila kekasihnya sudah berdiri disebelahnya dengan wajah tegang. Inspektor Azreel Huq hanya memerhati mereka berdua dengan wajah tenang dan ingin menahan ketawa.
"Apa awak cakap? Tuan Azreel lagi hensem daripada saya?" Tanya Sarjan Shahirul dengan nada kecewa.
"Eh! Tak..tak adalah! Saya kata Tuan Azreel hensem macam Zul Ariffin. Sumpah tak tipu!"
"Bohong!"
"Ya betul. Buat apa saya nak tipu. Awak hensemlah!"
"Awak settlelah masalah awak berdua. Saya masuk dulu. By the way thank you for this strawberry Sarjan." Sapa Azreel Huq dengan memegang empat bekas strawberi.
YOU ARE READING
He's Mine Mr PGA (Inspektor Azreel Huq)
ActionInspektor Azreel Huq X Herlina Ayuni _____________________________________ Azreel Huq seorang pegawai polis berpangkat Inspektor didalam unit Pasukan Gerakan Am di Tawau Sabah. Seorang yang bersikap ramah dan lemah lembut dengan orang sekelilingnya...