Habis sahaja lepak mamak Qaira dan Afiera hendak membayar namun di halang oleh Tengku Ammar katanya dia tolong bayarkan sebab dah tumpang semeja dengan mereka
walaupun pada mulanya Qaira dan Afiera tidak mahu namun terpaksa jua mereka setuju.Paling penting Afiera sempat dia bertukar nombor telefon dengan Fareez Akmal dan Hud Mikael heh minah ni . mereka berdua berjalan menuju ke parking kereta bersama di ikuti oleh Megat Adam, Tengku Ammar dan Hud Mikael, Fareez Akmal.
sewaktu berjalan tiba-tiba seorang lelaki memandang Qaira tidak jauh dari mereka .
Qaira yang juga perasan akan lelaki itu dia hanya mengabaikan sahaja namun dia tahu siapa lelaki tersebut." Qai apa hal mamat tu asyik perhatikan kau je dari tadi ? aku tak sedap hati la babe " ujar Afiera sambil berbisik .
" Entah biarkan je nanti kalau aku jumpa dia lagi memang aku mandulkan mamat tu " kata Qaira dengan tegas.
Qaira masuk ke dalam perut kereta di ikuti Afiera . Kereta milik Afiera meninggal kawasan parking dan pulang ke rumah mereka .
" Weh kau perasan tak minah tepi Adam tadi ? " soal Fareez Akmal.
" Haah Qaira Ameerah en nama dia " ujar Hud Mikael bersandar di kereta Tengku Ammar .
" Kenapa dengan dia ? " soal Tengku Ammar .
" Entah dia nampak macam bukan gadis biasa tau tak ? I mean dia cakap she's working as a barista but dia macam anak orang kaya " ujar Fareez Akmal Tengku Ammar jugak angguk dia juga perasan tentang gadis itu .
" Yang korang sibuk pasal dia kenapa ? lantak dia la " bidas Megat Adam tangan di masuk kedalam poket seluarnya .
" Tapi dia lawa dho kawan dia si Afiera tu pun lawa jugak " ujar Fareez Akmal .
" Kau dapat nombor telefon perempuan tu kan ? " soal Tengku Ammar
" Ha'ah Tuan muda saya dapat nombor dia cuma telefon Cik Qaira je saya tak dapat " jawab Fareez Akmal . Tengku Ammar hanya menjeling tajam ke arah sahabatnya.
" Dah aku balik dulu esok ada meeting " ujar Megat Adam , mereka fist bump sebelum Megat Adam masuk ke dalam keretanya dan pulang ke rumah dan Tengku Ammar juga ikut turut pulang ke rumah .
-∗ ࣪ ˖༺ ♡ ༻˖ ࣪ ∗--------------------------------
" Qal kamu ada jumpa kakak kamu ? " soal Dato' Zubair memandang anak bongsunya itu
" Tak . " jawab Qalif dengan dingin .
Dato' Zubair hanya mengeluh dengar jawapan dingin dari anak bongsunya itu sudah terbiasa dengan sikap dingin Qalif sejak Qaira keluar dari rumahnya Qalif berubah .
" Qalif dah fikir masak-masak ke ? nak masuk Askar ? " soal Datin Zahirah lembut .
" Ha'ah ibu adik dah fikir masak-masak " ujar Qalif tanpa sebarang nada . sungguh dingin Qalif sama ada dengan Dato' Zubair dan Datin Zahirah dia sangat dingin .
" Qal keluar dulu " sambung Qalif lagi . Datin Zahirah dan Dato' Zubair hanya angguk sahaja
anak mata mereka memerhati tubuh Qalif ." Qalif dah berubah sangat bang saya rindu anak-anak saya " luah Datin Zahirah sambil mengalirkan air mata .
" Salah abang . Tolong maafkan abang Zah " ujar Dato' Zubair . salahnya menjadi punca puteri sulungnya keluar dari rumah mereka salahnya jugak putera bongsunya berubah menjadi seorang yang sangat dingin kerana dirinya lebih menyayangi anak angkat mereka
berbanding anak kandungnya sendiri .Qaira dan Faliq sibuk mencari barang di Lotus sambil melihat senarai yang di berikan oleh Rayna hari ini shif mereka petang jadi ingat mereka ingin memasak nasi ayam sebelum masuk kerja .
YOU ARE READING
Milik Tuan Megat [𝒞 ]
Romance- my 1st romance story - Megat Adam Qhalish x Nur Qaira Ameerah Nur Qaira Ameerah hanya gadis biasa yang bekerja sebagai barista di sebuah cafe hidupnya sedikit berbeza dengan gadis lain walaupun memegang degree namun dia memilih untuk bekerja seb...