chapter22ᰔᩚ

5.3K 193 12
                                    

....

Lepas makan malam Qaira membasuh tangan dan pinggan sementara yang lain sudah di ruang tamu . Lina dan Mak ngah masih lagi mencari peluang untuk sakitkan hati Qaira tak puas hati kes petang tadi.

" Hei perempuan ingat sikit eh kau bernasib baik je tau . Macam aku kata tadi jangan ingat yang Adam akan simpan kau lama-lama jadi bini dia . " sinis kata-kata Lina sengaja!

" Kau ingat sikit yang kau tu tak se-level tau dengan keluarga diaorang , anak aku ni lagi layak jadi bini Adam tu! " giliran Mak ngah pula bersuara .

" Entah-entah mesti mak ayah dia pun tak ingin ada anak macam ni kan mama? Sedar posisi kau tu orang luar je . Adam tu layan kau elok sebab nak jaga hati kau je . " kata Lina lagi saja mahu menambah minyak didalam api

Malas dia hendak layankan Mak ngah dan Lina
Qaira terus berlalu pergi setelah selesai dia mencuci pinggan mangkuk di sinki pintu bilik di tutup air mata yang di tahan akhirnya jatuh jua ke pipi .

Telefon iphone miliknya di ambil lalu nombor seseorang di dial tapi tak di angkat jadi dia telefon no orang lain entah siapa hendak dia mengadu sekarang ini .

" Assalamualaikum , Haiiiii Qaira . " ceria sahaja suara Haisha Maryam menyapa sambil dia tersenyum manis , kebetulan ada Hud Mikael, Fareez Akmal dan Tengku Ammar, mereka tengah face time sekarang.

" Waalaikumussalam, hai Aisha .... "luntur sahaja nada Qaira . Buatkan senyuman Haisha di skrin telefon terhenti .

" kenapa ni Qaira?! Okay tak? " soal Haisha Maryam dengan risau terus yang lain turut ikut masuk ke dalam kamera .

" Awak okay tak Qaira? Kenapa mata merah tu Adam marah awak ke ? " soal Fareez dia juga risau mana tak nya selalu Qaira ceria .

" Diaorang buli kau ke? " soal Tengku Ammar dia mengagak pasti ada sesuatu jadi .

Air mata mengalir ke pipi gebu Qaira buatkan Qaira tak mampu buka mulut untuk cerita. Haisha Maryam, Hud Mikael, Fareez Akmal dan Tengku Ammar setia menunggu Qaira tenang sedikit .

" Diaorang kata Adam kahwin dengan Qai di sebabkan nak zuriat je , siap sebut pasal cerai lagi lepastu ugut nak buat Adam ceraikan Qai tadi diaorang kata Qai tak layak untuk Adam then.... " sebak nada Qaira sekarang ini sedih sangat emosi dia terganggu. Haisha Maryam sudah mengepal penumbuk, yang lain pula sudah mengetap rahang terasa sakit mana tak nya Qaira dah di anggap macam adik dia muda antara mereka semua.

" Diaorang kata Adam layan Qaira baik sebab terpaksa je ... Nanti Adam nak tinggalkan Qai ke ? Tadi Lina dengan Mak ngah siap sebut lagi pasal mama abah .... " Qaira menangis laju air mata mengalir di pipi gebu itu .

" Qaira jangan nangis , Adam tak kan tinggal awak lah jangan percaya cakap diaorang lah , diaorang saja je nak sakitkan hati awak sebab awak tengah mengandung jadi saja kacau emosi awak tu . " pujuk Haisha lembut , yang lain turut angguk tanda Setuju , mereka terus memujuk Qaira daripada sedih walaupun tak pandai macam Megat Adam adalah usaha tu kan?

Tanpa di sedari ada telinga yang mendengar segala perbualan Qaira dan Haisha Maryam serta yang lain . Megat Zahar menarik nafas dalam-dalam kemudian dia hembus tiba-tiba dia rasa geram dah lebih Lina dan adik ipar nya itu. Megat Zahar menuju ke ruang tamu melihat Lina yang tak habis-habis cuba cari perhatian Megat Adam walhal tahu anak dia itu rimas .

"Megat Adam Qhalish b Megat Zahar. " sergah Megat Zahar dengan wajah bengis .

" Ye abah . " jawab Megat Adam . Kecut perut lihat abahnya bengis begitu mana pernah abahnya tayang wajah sebegitu sebelum ini .

" Qaira Ameerah dalam bilik tu . " ujar Megat Zahar cukup sekadar buat anak sulungnya itu faham . Terus laju Megat Adam berlalu pergi ke bilik tidur .

" Ingat menantu aku bukan patung . Adam tu dah beristeri dan isteri dia bukan orang luar orang dalam rumah ni sesiapa pun tak ada hak nak hina dia! kalau aku dengar mati aku keja kan!! " jerkah Megat Zahar buat semua terjungkit bahu. Tahu takut!

Milik Tuan Megat [𝒞 ]Where stories live. Discover now