Tengku Ammar memandang ke arah Nuraisha yang dari tadi rasa tidak selesa dan dari tadi juga dia perasan Dato zahir asyik memandang ke arah Nuraisha dengan pandangan penuh nafsu? Tengku Ammar berdehem sedikit lalu terus Dato Zahir bagai tersentak daripada pandangannya lalu berdehem sedikit.
" Ahem ... Tengku kalau tak ada apa-apa hal dan halang saya rasa minggu depan kita boleh meeting tentang projek ni lagi . " ujar Dato Zahir sesekali itu memerhatikan NurAisha disebelah Tengku Ammar .
" Baik . "sepatah sahaja Tengku Ammar jawab dingin aura lelaki itu memandang kearah Dato Zahir .
" Bagus kalau macam tu oh ye jemput minum Tengku dan Cik NurAisha. " pelawa Dato Zahir tersenyum sinis .
" Tuan muda izinkan saya ke tandas sekejap . " Tengku Ammar angguk tanpa buang masa langkah kaki NurAisha terus ke tandas .
Dato Zahir dan Tengku Ammar terus berborak kosong tapi yang cakap tu Dato Zahir bukan Tengku Ammar . Lambert lagi dia nak cakap panjang lebar ko tahu ?
NurAisha melepaskan keluhan berat di dalam tandas hampir 2 jam dia menahan diri tadi daripada pandangan nafsu Dato Zahir rasa nak terajang aje orang tua gatal tu!
Lama NurAisha pergi ke tandas tapi kalau ikut hati tak mahu dia kembali ke sana malas nak hadap orang tua gatal tak sedar diri! Tiba - tiba pintu tandas terbuka muncul satu sosok tubuh lelaki .
Terbeliak mata NurAisha perlahan - lahan dia berundur ke belakang nak lari mana? Masuk dalam stor ? Tak sempat! Lelaki itu melihat dirinya atas dan bawah lidah menjilat bibir .
" Kenapa baby ? Tak kan takut? " soal Dato Zahir tersenyum senget pandangan penuh nafsu .
" Orang tua tak sedar diri! Baby ke babi ? " bidas NurAisha nasib baik dia pakai heel kalau orang tua apa-apa kan dia memang auto jadi mandul lah!
" Grrr.... Garang tapi i suka! " kata Dato Zahir lagi masih tersenyum senget .
" Keluar orang tua! Sebelum aku jerit! " ugut NurAisha kuat suaranya itu namun sikit tak di hiraukan oleh Dato Zahir .
Tanpa sebarang amaran terus Dato Zahir menerkam NurAisha hingga terjatuh ke lantai tandas , tudung NurAisha cuba di lepaskan lalu tangannya mulai cuba mengoyakkan baju wanita itu .
" Lepas lah! Dasar orang tua gatal! " NurAisha bergelut .
" Diam baby! Kita nak pergi ke syurga. " arah Dato Zahir yang cuba koyak baju NurAisha .
" Syurga kepala bapak kau! Dasar orang tak sedar diri! Pergi mampos! " maki NurAisha tangannya cakar lengan Dato Zahir .
Sedaya upaya NurAisha cuba melepaskan diri daripada Dato Zahir kakinya mahu tendang bahagian sensitif namun dia bergelut dengan Dato Zahir yang cuba melihat bahagian yang terdedahnya itu .
BUK!
Terlentang Dato Zahir di lantai , Tengku Ammar memandang dingin ke arah orang tua yang kini separuh abad itu
" Kau ingat aku bodoh? Tak perasan? Berani jugak kau sentuh bakal isteri aku ? "Tengku Ammar memandang ke Dato Zahir dengan satu pandangan maut .
" T...tak! Perempuan ni yang cuba goda aku! " nafi Dato Zahir, dia menuding ke arah NurAisha yang jelas adalah mangsa .
" Goda ? Dia atau kau? Banyak betul syaitan atas kepala kau ni ? Nak kelentong aku pun agak-agak lah! Ingat aku tak tahu yang kau selalu langgan pelacur? "sinis kata-kata yang di lontar oleh Tengku Ammar .
Tanpa sebarang amaran Tengku Ammar terus menumbuk muka Dato Zahir bertubi - tubi , NurAisha terkedu melihat sisi lelaki dingin itu sangat berbeza bahkan pandangan juga berbeza! Bukan pandangan tajam atau dingin tapi pandangan mahu bunuh!
YOU ARE READING
Milik Tuan Megat [𝒞 ]
Romance- my 1st romance story - Megat Adam Qhalish x Nur Qaira Ameerah Nur Qaira Ameerah hanya gadis biasa yang bekerja sebagai barista di sebuah cafe hidupnya sedikit berbeza dengan gadis lain walaupun memegang degree namun dia memilih untuk bekerja seb...