chapter31♚

4.7K 163 9
                                    

...

" Brom Brom Brom Brom . " Megat Adam dan kereta kebalnya itu . Qaira hanya mampu geleng kepala nya sahaja pelik-pelik je Megat Adam ni .

Qaira menyapu losyen di tangannya kemudian dia bangun menuju ke katil untuk berbaring rasa sakit pinggang pulak duduk lama-lama nak mintak tolong suami sibuk dengan kereta kebal dia pulak . Jadi marilah kita baring aje .

Megat Adam perasan akan Qaira menuju ke katil untuk berbaring . Tahu isterinya itu sakit pinggang ya hari ni puas berjalan satu Mall dengan rakan mereka tadi . Kereta kebal di tinggalkan Megat Adam mendekati Qaira yang sudah melelapkan mata.

" Sayang , Sakit pinggang ke ? Kenapa tak tahu bagi abang ? " bisik Megat Adam lembut ke telinga Qaira .

" Sayang tak nak kacau abang main kereta kebal . " jawab Qaira meskipun dia sudah lelap sekarang ni bukan dia tak dengar apa yang di katakan oleh Megat Adam.

" Abang boleh je tinggalkan kereta kebal tu . Meh sini abang urutkan belakang sayang. " ujar Megat Adam sambil dia menarik Qaira ke dalam pelukannya. Tangan sasa itu mulai ke belakang tubuh Qaira perlahan-lahan dan mengurut lembut.

" I love you sayang . " Megat Adam memberi satu ciuman di kepala dan pipi gebu Qaira .

" I love you too abang . " ujar Qaira yang sudah menyembamkan mukanya ke leher Megat Adam .

Selepas Megat Adam mengurut pinggang dia juga turut terlelap sambil memeluk Qaira dan tangannya masih setia menjadi bantal buat Qaira seperti biasa.

Di sisi lain pula Qalif memandu motosikal yang baru sahaja di beli olehnya itu Yamaha R15 V4
itu menuju ke sebuah restoran. Tanpa disangka dia bertemu semua dengan gadis itu .

" Apa yang awak nak lagi hah?! Tak cukup lagi ke awak dah curang dengan saya hah?! tidur dengan ramai perempuan! " marah Zafia . Dia sudah tidak tahan lagi kesabaran nya bagai hilang kini .

" Hei! Perempuan dengar sini! Aku ni tunang kau tahu ! Sejak bila kau pandai lawan cakap aku hah!!? Dengar cakap aku atau kau akan mampos!! " ugut Haizen sambil dia menunjal kepala Zafia dengan Kasar .

Qalif yang menyaksikan kejadian itu dia terasa perasaan marahnya kini sudah sampai hadnya
dia mengetap rahang kemudian mendekati pasangan itu .

" Kesian kau ni . Aku tengok kau setakat berani dengan perempuan je , pelik tapi saja lah aku nak tanya , kalau cakap dengan mak kau ada main tunjal kepala eh? " Qalif menyoal namun saja dia menyelit perlian.

Haizen memandang Qalif lalu mendengus kuat dan kasar . Mamat ni lagi!

" Gi mampos la kau! Jangan menyibuk hal aku dengan tunang aku boleh tak!! " jerkah Haizen yang sudah hilang sabar itu . Tangannya sudah mengepal penumbuk.

" Yeke tunang ? " Qalif memandang ke arah Zafia .

" T...tak kami dah putus cincin semua dah di pulangkan. " jawab Zafia dengan sedikit rasa takut namun entah dari mana ada kekuatan membuatkan dirinya berani menjawab begitu.

Qalif ketawa sinis memandang ke arah Haizen lalu dia menjungkit keningnya . Haizen pula dah tak senang duduk melihat Qalif .

" See dah putus tunang . Yang kau sibuk kacau dia kenapa ? Dah berambus . "bidas Qalif lalu menarik lengan baju Zafia ke belakangnya .

" Kau....memang nak mati dengan aku!! "jerkah Haizen cuba menumbuk Qalif namun sempat di tahan . Tanpa ragu-ragu dia mengcengkam kuat buku lima Haizen hingga menjerit sakit. 

" Kau nak tumbuk aku boleh cuma jangan kat muka aku yang kacak ni . " ujar Qalif dengan selamba sahaja . Haizen mengetap bibir sakit tangan dia sekarang ni .

Milik Tuan Megat [𝒞 ]Where stories live. Discover now