special chapter °❀⋆

2.6K 83 3
                                    

Tengku Ammar tersenyum sinis lalu Glock 25 di atas meja di ambil , dia menunduk sedikit lalu Glock 25 mengangkat dagu Hanis yang sudah pun nyawa ikan dek di seksa oleh dirinya juga!

" Kesian kau kan? Mak ayah kandung buang lepastu dapat keluarga angkat kau jadi lupa daratan... "perli Tengku Ammar tersenyum sinis.

" Kau .... Diam ! " jerkah Hanis kuat meskipun dia sudah tak mampu melawan .

" Kenapa nak diam kalau Allah bagi mulut ? " soal Tengku Ammar sambil terjungkit kening.

" Atau kau memang tak sanggup dengar fakta tentang kehidupan kau ? "

Hanis mengetap bibir lelaki dihadapannya itu benar-benar menyakitkan hatinya! Sudahlah mengurungnya di bilik ini kemudian di rantai pula . Sesekali itu dia ada datang dengan Megat Adam.

" Okay time out! Aku di arahkan untuk hantar kau ke alam abadi . " ujar Tengku Ammar lalu mengacukan Glock 25 tepat ke dahi Hanis .

" Lepaskan aku! Berani ke kau nak bunuh !? " soal Hanis namun sejujurnya dia merasa amat gerun dan takut dengan aura Tengku Ammar ada sekarang .

" Berani atau tak itu bukan masalah . " Tengku Ammar tidak bereaksi apa-apa.

" Tsk! tembak kalau kau berani . " ujar Hanis
cuba provoke Tengku Ammar .

" Kau ingat sikit , sama ada kau mati ataupun tak diri kau tu tak ada harga diri? Tahu sebab apa ? Sebab kau dah jijik! Tak suci! Lupa ke? " Tengku Ammar tertawa sinis memandang ke arah Hanis .

" Tak! Tak! Kau binatang!! Tunggu nanti abah aku datang bawak aku keluar dari sini!! " kata Hanis sedaya upaya cuba melepaskan diri itu .

" Jangan lupa kau dah kena ' makan ' ! Abah ? Kau ada keluarga ke? Keluarga angkat kau dah buang diri kau tau! " bisik Tengku Ammar, dia beri satu pandangan sinis dan senyum ejek kepada Hanis .

" Now let's say goodbye . "

BANG!

BANG!

BANG!

" you shouldn't provoke me cause i will kill you no matter what . Baru rasa tenang nak pergi majlis kahwin nanti ."kata Tengku Ammar pada dirinya sendiri .

Kaki panjang melangkah ke ruangan base semula meninggal ruang bawah tanah itu , nanti adalah yang settle mayat Hanis .

Maserati MC20 Cielo meredah lebuh raya malam , dia pulang ke rumah agam milik keluarganya itu esok mereka akan pergi majlis perkahwinan Fareez dan Fiera . Setibanya dia di rumah agam milik keluarganya itu Tengku Ammar terus ke bilik tidur bersihkan diri lalu baru dia lelapkan mata.

•••••

Selesai sahaja sarapan pagi dia terus bertolak ke rumah agam Megat Zahar untuk jemput Megat Adam dan Qaira . Toyota Vellfire hitam miliknya itu tiba di halaman rumah agam milik keluarga sahabatnya itu .

" Hi Am! " ceria sahaja Dhiya menegur .

" Hi Qaira " jawab Tengku Ammar. Megat Adam hanya geleng sahaja sudah biasa sangat . Nak jealous? Jauh sekali .

" Sudah. Korang dua ni bukan boleh ada saja benda nak di gaduhkan. " kata Megat Adam memandang tajam ke arah isterinya dan juga Tengku Ammar .

" Diam abang . "

" Diam Adam . "

" Masuk kereta little one . " arah Megat Adam dengan sedikit tegas laju sahaja Qaira masuk walaupun agak terkedek-kedek macam itik akibat perutnya kini sudah memboyot.

Milik Tuan Megat [𝒞 ]Where stories live. Discover now